Yantzen: Raja Rock Singapura

Yantzen bin Juniwan (lahir 2 Disember 1958) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Singapura.

Beliau terkenal sebagai vokalis kumpulan rock Rusty Blade. Pada tahun 2020, beliau merupakan salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh.

Yantzen
Yantzen: Kerjaya, Kehidupan peribadi, Diskografi
Album solo pertama Yantzen
Latar belakang
Nama lahirYantzen bin Juniwan
Juga dikenali sebagai
J. Yantzen
Kelahiran (1958-12-02) 2 Disember 1958 (umur 65)
Singapura
GenreRock, Heavy metal
PekerjaanPenyanyi, Pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1978–kini
Pengkarya berkait
Rusty Blade, May

Kerjaya

Yantzen dikatakan pernah pernah tinggal dikawasan Jurong. Beliau merupakan penyanyi utama Rusty Blade pada akhir 1980-an. Kumpulan yang berasal dari Singapura itu pernah muncul dengan album 786 Ikrar Perwira (1986), Rintangan Hidup Dunia (1987), Berat (1988) dan Awas (1989). Album terakhir mereka sebelum menyepi dari industri muzik tempatan adalah album Awas pada 1989. Yantzen dikatakan pernah membuka sebuah kedai jualan kaset di Joo Chiat Complex (Singapura).

Meneruskan kerjaya sebagai penyanyi selepas Rusty Blade tidak lagi aktif, Yantzen menghasilkan album solo pertamanya berjudul Lain Dulu Lain Sekarang pada tahun 1991. Lagu hit dari album ini berjudul Insan ciptaan Nathan dan lirik oleh Allahyarham Juwie menjadi siulan ramai, sekali gus melonjakkan namanya sebagai antara penyanyi rock solo yang diminati hingga kini.

Pada tahun 1992 hingga tahun 1996 Yantzen menganggotai May sebagai vokalis menggantikan tempat Mus yang menubuhkan kumpulan baru, Strangers.

Nama Yantzen menjadi popular semula pada 2005 apabila beliau menyertai album projek Semangat Zaman bersama lima vokalis rock ternama lain iaitu Rahim Maarof, Aris Ariwatan, Joey Bumiputra Rockers, Mus May dan Nash. Hubungan Yantzen dengan kumpulan May juga terjalin semula pada 2005 apabila beliau diundang membuat persembahan bersama kumpulan itu di Planet Hollywood, Kuala Lumpur.

Pada tahun 2009, Yantzen merupakan salah seorang penyanyi yang muncul dalam album kompilasi Rock Rohani yang turut menampilkan pelakon Razak Ahmad.

Gegar Vaganza 2020

Yantzen ialah salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh yang turut disertai oleh Mus May, Haslinda, Noraniza Idris dan lain-lain. Beliau sebelum ini telah menolak untuk menyertai rancangan itu sebanyak dua hingga tiga kali. Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 7)
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Kedudukan Keputusan
Minggu 1 Grand Konsert "Tiada Lagi Aku" & "Insan" Rusty Blade & dirinya sendiri Ke-5 SELAMAT
Minggu 2 Sama Naik "Duit" Kembara Ke-12 SELAMAT
Minggu 3 Cuba Try Best "Malam Ini Kita Punya" Bunkface Ke-9 TERKECUALI
Minggu 4 Lagu Berhantu Ke-4 SELAMAT
Minggu 5 Tahu Tahu Sampai "Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi" Alleycats Ke-10 SELAMAT
Minggu 6 Double Special "Di Sebalik Rahsia Cinta" (duet bersama Marsha Milan) Metropolitan Ke-8 SELAMAT
Minggu 7 Take Over "Bunga" Ara Johari Ke-4 SELAMAT
Minggu 8 GV Throwback "Segalanya Kuterima" Illusi Ke-8 TERSINGKIR

Kehidupan peribadi

Yantzen pernah bernikah dengan seorang dramatis, Sharifah Haslinda (Lynn), di kediaman pelakon tersebut di Taman Setia, Gombak, Selangor pada 9 Julai 1994. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Aliff Ronan. Yantzen dan Lynn akhirnya bercerai pada 2004 setelah lebih kurang 10 tahun hidup bersama.

Diskografi

Rusty Blade

  • 786 Ikrar Perwira (1986)
  • Rintangan Hidup Dunia (1987)
  • Berat (1988)
  • Awas (1989)

May

  • Ziet Geist (1992) - lagu hit Resah, Meniti Suratan & Renda
  • Wira Cyborg (1994) - lagu hit Suci, Hasrat Cinta Dan Tuhan & Tiada Lagi Berseri
  • Layar (1995)
  • Ideologi (1996)
  • Rock Klasik (2008)

Album solo

  • Lain Dulu Lain Sekarang (1991)
  • Impian (1994)

Album lain

  • Semangat Zaman (2005) - bersama Aris Ariwatan, Rahim Maarof, Joey Bumi Putra Rockers, Mus May dan Nash Lefthanded
  • Rock Rohani (2009)

Filemografi

Yantzen bersama May pernah membintangi filem Penyu pada tahun 1995. Watak mereka adalah sekumpulan anak muda yang bekerja di chalet tepi laut. Turut berlakon ialah aktres Susan Manen dan pelawak Jaafar Onn.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Yantzen KerjayaYantzen Kehidupan peribadiYantzen DiskografiYantzen FilemografiYantzen RujukanYantzen Pautan luarYantzenGegar VaganzaGegar Vaganza (musim 7)Rusty BladeSingapura

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Wan SharmilaBukan Kahwin PaksaKhaliq Mehtab Mohd IshaqHannah DelishaManchester United F.C.KucingLaluan Shah AlamPenanda wacanaDaerah SegamatKuala Kubu Baharu (kawasan negeri)Bunga rayaSiksa KuburYusof HaslamMegat SharizalKodi RasheedBidaraProton PrevéFuad RahmanMaria OzawaYasmin NapperPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalMelakaKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaHantu Kak LimahMerdeka 118LabuanAlor SetarJulia RaisSiti SalehaHulu Selangor (kawasan persekutuan)Adam CorrieIsteri HalalTadau KaamatanInsya-AllahHasmiza binti OthmanKOZ EntertainmentSultanah Nur ZahirahFarah AhmadKuala TerengganuSingapura Dilanggar TodakDarjah kebesaran MelayuJalaluddin HassanSyazuwan HassanPeribahasa MelayuPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaFarali KhanNur FazuraHamzah bin Abdul MuttalibNoor AzizahNeelofaSungai PetaniSekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji AdnanFauzi NawawiSudirman (penyanyi)Kerajaan Bani AbbasiyahJanji Diana (drama)Intan LadyanaMasjid Sri SendayanShah AlamAween IsmailAstro ShawSungai BulohIntan NajuwaPuncak AlamKerajaan SalakanagaraKuala LumpurKamal AdliAbdul Rahim Mohd NoorPasukan Khas LautMustaqim BahadonEda EzrinEtnik MelayuNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuSolat Sunat Tahiyyatul MasjidDataran MerdekaTrisha OoiPutrajaya🡆 More