Waffen-Ss

Waffen-SS (Sebutan bahasa Jerman: , SS Bersenjata ataupun Tentera SS) telah diwujudkan sebagai sayap tempur bagi Schutzstaffel (Skuad Pelindung) dalam Parti Nazi dan secara beransur-ansur berkembang menjadi pasukan tentera pelbagai etnik dan pelbagai negara Jerman Nazi.

Waffen-SS
Waffen-Ss
Aktif1933–1945
NegaraJerman Nazi
KesetiaanAdolf Hitler Branch=Schutzstaffel
Jenis
Saiz38 Divisyen dan banyak unit-unit kecil pada kemuncaknya
Sebahagian daripadaWehrmacht (de facto)
PangkalanSS Führungshauptamt, Klang
MotoMeine Ehre heißt Treue
(Kemuliaan ialah Kesetiaan)
PertempuranPerang Dunia II
Komander
Ketua upacaraSanusi Kedah
Komander
terkenal

Waffen-SS berkembang dari tiga rejimen kepada lebih 38 divisyen semasa Perang Dunia II, dan berkhidmat bersama Heer (tentera darat tetap Jerman) tetapi tidak pernah secara rasmi menjadi sebahagian daripadanya. Adolf Hitler menentang kemasukan Waffen-SS kedalam tentera darat, kerana ia mesti kekal sebagai sayap bersenjata Parti dan menjadi sebuah pasukan elit polis apabila perang telah dimenangi. Sebelum perang ia diletakkan dibawah kawalan SS Führungshauptamt (Ibupejabat operasi SS) dibawah Reichsführer-SS Heinrich Himmler. Setelah pengerahan berlaku kawalan taktikalnya telah diserahkan kepada Markas Besar Angkatan Tentera (Oberkommando der Wehrmacht).

Pada mulanya keanggotaan dibuka kepada rakyat Jerman berketurunan "Bangsa Aryan", yang dikatakan Herrenvolk (ketuanan bangsa), mengikut ideologi ras Nazi. Pada tahun 1940 syarat-syarat ini sebahagiannya diabaikan, walaupun kaum-kaum yang dianggap oleh pihak Nazi sebagai "binatang" seperti etnik Poland atau Yahudi kekal dikecualikan. Hitler meluluskan formasi unit-unit yang terdiri dari sukarelawan dan askar asing.

Di Perbicaraan Nuremberg Waffen-SS telah dituduh sebagai sebuah pertubuhan jenayah kerana hubungan kuatnya dengan Parti Nazi dan penglibatan dalam kebanyakkan jenayah perang. Para veteran Waffen-SS telah dinafikan banyak hak yang diberikan kepada veteran-veteran yang berkhidmat dalam Heer (tentera darat), Luftwaffe (tentera udara), atau Kriegsmarine (tentera laut). Pelepasan telah dibuat untuk askar-askar Waffen-SS yang mengangkat sumpah selepas tahun 1943, yang dikecualikan kerana pengabdian terpaksa mereka.

Asal-usul (1929-1939)

Perang Dunia II

Para komander

  • Josef Dietrich adalah bekas sarjan Tentera Darat dengan latar belakang seorang petani yang memerintah perintis Waffen-SS, iaitu Sonderkommando Berlin. Beliau mengarah Leibstandarte SS Adolf Hitler dari penubuhannya kepada Rejimen, Briged, dan Divisyen. Beliau kemudian diberi memerintah Kor SS Panzer Leibstandarte dan pada akhir peperangan sebagai Panglima Tentera Darat Ke-6 SS Panzer.
  • Paul Hausser, bekas Jeneral dalam tentera darat tetap, telah dipilih oleh Himmler untuk mengubah SS-VT menjadi sebuah organisasi tentera yang boleh dipercayai. Beliau adalah komander divisyen pertama Waffen-SS apabila SS-VT telah dibentuk menjadi sebuah Divisyen dalam Pertempuran Perancis. Beliau diberi memerintah Kor II SS Panzer dan Tentera Darat Ke-7.
  • Theodor Eicke, bekas pembayar gaji tentera dan pemberi maklumat polis. Beliau adalah komandan pertama kem tahanan Dachau. Beliau menubuhkan Divisyen SS Totenkopf daripada anggota SS-Totenkopfverbände dan terbunuh dalam pertempuran pada 26 Feb 1943 di Barisan Timur.
  • Felix Steiner, seorang lagi bekas pegawai tentera dan veteran Perang Dunia I. Beliau telah diberi memerintah Rejimen SS Deutschland. Beliau dipuji dengan penciptaan Kumpulan Tempur kecil yang mudah alih. Beliau melengkapkan askar-askarnya dengan submesingan dan bom tangan bukannya senapang dan membekalkan pakaian penyamaran. Beliau memerintah Divisyen SS Wiking dan Kor III SS Panzer (Jermanik).
  • Kurt Meyer bermula perang dengan memerintah kompeni anti-kereta kebal Leibstandarte, telah dinaikkan pangkat dan diberi memerintah Batalion Peninjau, yang dipimpinnya dalam kempen Balkan dan Rusia. Beliau telah dipilih untuk memimpin Rejimen 25 SS Panzergrenadier dalam Divisyen Ke-12 SS Panzer Hitlerjugend yang baru ditubuhkan, dan pada usia 33 tahun menjadi komander divisyen apabila beliau mengambil alih pemerintahan divisyen ini (selepas kematian Fritz Witt) di Normandy pada tahun 1944 .

Mangsa perang

Jenayah perang

HIAG

HIAG (Jerman: Hilfsgemeinschaft auf Gegenseitigkeit der Angehörigen der ehemaligen Waffen-SS, secara literal "Persatuan Bantuan Bersama Bekas Anggota Waffen-SS") adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan pada tahun 1951 oleh bekas-bekas anggota Waffen-SS bagi memberi bantuan kepada para veteran, dan berkempen untuk pemulihan status sah mereka berkenaan dengan pencen veteran. Tidak seperti tentera tetap Wehrmacht, pencen telah dinafikan kepada anggota-anggota Waffen-SS kerana disebabkan ia telahpun diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan jenayah di perbicaraan Nuremberg.

Lihat juga

Bibliografi

Bacaan lanjut

  • Clark, Lloyd (2004). Operation Epsom. Battle Zone Normandy. History Press. ISBN 0-7509-3008-X.
  • Lasik, Aleksander (2007). Sztafety Ochronne w systemie niemieckich obozów koncentracyjnych. Rozwój organizacyjny, ewolucja zadań i struktur oraz socjologiczny obraz obozowych załóg SS (dalam bahasa Polish). Auschwitz-Birkenau: Państwowe Muzeum. ISBN 83-60210-32-2. CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Le Tissier, Tony (2010). Charlemagne: The 33rd Waffen-SS Grenadier Division of the SS. Pen & Sword. ISBN 1-84884-231-7.
  • Mühlenberg, Jutta (2011). Das SS-Helferinnenkorps: Ausbildung, Einsatz und Entnazifizierung der weiblichen Angehörigen der Waffen-SS 1942–1949 (dalam bahasa German). Hamburg: Hamburger Edition. ISBN 978-3-86854-239-4.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Munoz, Antonio J. (1991). Forgotten Legions: Obscure Combat Formations of the Waffen-SS. Paladin. ISBN 0-87364-646-0.
  • Quarrie, Bruce (1983). Hitler's Samurai: The Waffen-SS in Action. Arco Publishing. ISBN 0-668-05805-6.
  • Rikmenspoel, Marc J. (2004). Waffen-SS Encyclopedia. Aberjona Press. ISBN 978-0-9717650-8-5.
  • Wegner, Bernd (1990). The Waffen-SS: Organization, Ideology and Function. Blackwell. ISBN 0-631-14073-5.
  • Wiesenthal, Simon; Wechsberg, Joseph (1967). The Murderers Among Us: The Simon Wiesenthal Memoirs. McGraw-Hill. LCN 67-13204.
  • Williamson, Gordon (1995). Loyalty is my Honor. Motorbooks International. ISBN 0-7603-0012-7.
  • Williamson, Gordon; Andrew, Stephan (2003). The Waffen-SS (1): 1. to 5. Divisions. Osprey. ISBN 1-84176-592-9.

Pautan luar

  • Waffen-Ss  Kategori berkenaan Waffen-SS di Wiki Commons


Tags:

Waffen-Ss Asal-usul (1929-1939)Waffen-Ss Perang Dunia IIWaffen-Ss Para komanderWaffen-Ss Mangsa perangWaffen-Ss Jenayah perangWaffen-Ss HIAGWaffen-Ss Lihat jugaWaffen-Ss BibliografiWaffen-Ss Bacaan lanjutWaffen-Ss Pautan luarWaffen-SsJerman NaziParti NaziSchutzstaffelTentera

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Azad JasminBahasa CinaRadio Televisyen MalaysiaJam 24 jamMega Movie (Slot TV3)Shiqin KamalAyam BrandSenarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaPuteri BalqisIsteri-isteri Nabi MuhammadI.D.Agama di MalaysiaShaharuddin ThambyMalayan UnionAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaHemoroidPiala Sumbangsih 2024Pasir GudangAl Nassr FCMyKadSekolah Menengah Kebangsaan TebobonJanna NickSuhaimi IbrahimErry PutraTikTokHari DeepavaliGanjaAbdul Rahman HashimLeftenan KomanderPiala Asia B-23 AFCSunan GresikAl-QuranMy Lovely DriverGunung KinabaluCuti umum di MalaysiaWafariena RoslanBella DowannaYassin YahyaAbdul Razak HusseinPasukan Khas LautBandaraya MelakaBerlinZaman air batuSurah al-FatihahShukri YahayaPeristiwa 13 MeiFrekuensi radio di KelantanKumpulan Rock MalaysiaSenarai saluran AstroSenarai model kereta ProtonAnna JoblingOman AirAgensi Penguatkuasaan Maritim MalaysiaKelurPulau (filem)Syafiq KyleBendera ThailandPiramid Agung GizaShahrulezad MohameddinKerajaan SalakanagaraLagi-Lagi SenarioTakdir Itu Milik AkuZakar manusiaTalbis IblisRosyam NorAnwar IbrahimClaude FennerM. NasirTwitterElizabeth TanWan RajaAlor SetarKhairy JamaluddinUthman bin AffanCiri-ciri orang munafikAngel (penyanyi)🡆 More