Vincenzo Grifo

Vincenzo Grifo (sebutan bahasa Itali: ; lahir 7 April 1993) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang beraksi di posisi sayap atau pemain tengah untuk Freiburg dan pasukan kebangsaan Itali.

Vincenzo Grifo
Maklumat peribadi
Nama penuh Vincenzo Grifo
Tarikh lahir (1993-04-07) 7 April 1993 (umur 31)
Tempat lahir Pforzheim, Jerman
Ketinggian 1.80 m (5 ka 11 in)
Posisi permainan Sayap, pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Freiburg
Nombor 32
Kerjaya remaja
1996–2006 1. CfR Pforzheim
2006–2010 Germania Brötzingen
2010–2011 1. CfR Pforzheim
2011–2012 Karlsruher SC
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2012–2013 1899 Hoffenheim II 21 (9)
2012–2015 1899 Hoffenheim 12 (0)
2014 → Dynamo Dresden (pinjam) 13 (1)
2014–2015 → FSV Frankfurt (pinjam) 33 (7)
2015–2017 Freiburg 55 (20)
2017–2018 Borussia Mönchengladbach 17 (0)
2018– 1899 Hoffenheim 7 (1)
2019Freiburg (pinjam) 16 (6)
2019– SC Freiburg 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2013 Itali B20 4 (1)
2018– Itali 2 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 11:44, 5 Jun 2019 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15 Oktober 2019

Kehidupan awal

Grifo telah dilahirkan di Pforzheim, Jerman yang mana ibu bapanya ialah orang Itali. Ibunya berasal dari Apulia manakala bapanya pula berasal dari Naro yang terletak di wilayah Agrigento, Sicily.

Kerjaya kelab

Kerjaya awal

Grifo memulakan kariernya ketika bersama kelab belia 1. CfR Pforzheim dan Germania Brötzingen sebelum menyertai kelab 2. Bundesliga, Karlsruher SC pada tahun 2011.

Hoffenheim

Pada Julai 2012, beliau menyertai Hoffenheim melalui perpindahan percuma dengan menandatangani kontrak selama dua tahun. Selepas beliau mula beraksi untuk pasukan simpanan Hoffenheim yang bersaing di Regionalliga Südwest, beliau kemudiannya menyertai skuad senior Hoffenheim. Beliau melakukan penampilan sulungnya bersama Hoffenheim pada 19 Oktober 2012 dalam aksi Bundesliga menewaskan Greuther Fürth 3-2 selepas beliau menggantikan Takashi Usami. Prestasinya yang baik telah membolehkan beliau ditawarkan kontrak lanjutan selama dua tahun. Beliau juga melakukan 12 penampilan sebagai pemain gantian sepanjang musim 2012–13 serta 13 penampilan dan lima jaringan gol di Regionalliga. Pada musim panas 2013, beliau secara rasminya menyertai skuad utama dan diberi jersi nombor 32. Beliau menghabiskan musim seterusnya sebagai pemain pinjaman untuk kelab Dynamo Dresden dan FSV Frankfurt. Bersama Frankfurt, beliau mencetak tujuh gol dan sepuluh bantuan jaringan dalam 35 penampilannya pada musim 2014–15.

Freiburg

Pada Julai 2015, Freiburg telah membawa masuk Grifo dengan nilai perpindahan sebanyak 1.5 juta euro. Grifo memainkan peranan penting membantu Frieburg merangkul gelaran 2. Bundesliga sekali gus memperoleh kenaikan ke Bundesliga untuk musim seterusnya. Beliau telah menjaringkan 14 gol dalam 31 penampilan liga sepanjang musim 2015–16.

Pada enam perlawanan pertama bagi musim 2016–17, Grifo menjaringkan satu gol dan empat bantuan jaringan di Bundesliga sementara pada saingan DFB-Pokal pula, beliau menjaringkan tiga gol dalam dua perlawanan. Beliau mengakhiri musim itu dengan enam jaringan gol dan 12 bantuan jaringan gol pada 30 perlawanan liga.

Saat beliau menjadi pemain Freiburg, secara jumlahnya beliau telah menjaringkan 20 gol dan melakukan 26 bantuan jaringan gol pada 61 perlawanan liga.

Borussia Mönchengladbach

Pada 28 Mei 2017, musuh seteru Freiburg iaitu Borussia Mönchengladbach telah mengumumkan pembelian Grifo melalui kontrak selama empat tahun dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan tetapi ia dipercayai sekitar 6 juta euro. Perpindahan tersebut berlangsung pada 1 Julai.

Kembali ke Hoffenheim

Pada 11 Jun 2018, Hoffenheim membawa masuk Grifo melalui rundingan kontrak selama empat tahun.

Pada 6 Januari 2019, Grifo kembali ke Freiburg secara pinjaman sehingga akhir musim 2018–19.

Kembali ke Freiburg

Pada 2 September 2019, Grifo kembali semula ke Freiburg secara tetap.

Kerjaya antarabangsa

Pada 6 September 2013, Grifo melakukan penampilan pertamanya untuk pasukan bawah-20 Itali ketika di bawah kendalian pengurus Alberigo Evani dalam aksi menentang Switzerland. Beliau turut menjaringkan gol pada perlawanan itu yang berakhir dengan keputusan seri 3–3 di Lugano. Pada 14 Oktober 2013, Grifo menerima panggilan pertama untuk menyertai pasukan bawah-21 oleh pengurus Luigi Di Biagio untuk menghadapi kempen kelayakan Kejohanan Eropah 2015 menentang Belgium.

Grifo melakukan penampilan sulungnya untuk skuad senior Itali yang dikendalikan oleh Roberto Mancini pada perlawanan persahabatan menentang Amerika Syarikat pada 20 November 2018. Beliau beraksi sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua permainan yang berakhir dengan kemenangan Itali 1-0. Beliau beraksi sebagai barisan kesebelasan utama Itali buat kali pertama pada 15 Oktober 2019 dalam aksi kelayakan UEFA Euro 2020 menumpaskan Liechtenstein 5-0.

Statistik kerjaya

Kelab

    Sehingga 16 Jun 2020
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Vincenzo Grifo  1899 Hoffenheim 2012–13 12 0 0 0 12 0
Vincenzo Grifo  Dynamo Dresden 2013–14 13 1 0 0 13 1
Vincenzo Grifo  FSV Frankfurt 2014–15 33 7 2 0 35 7
Vincenzo Grifo  Freiburg 2015–16 31 14 1 0 32 14
2016–17 30 6 2 3 32 9
Jumlah 61 20 3 3 64 23
Vincenzo Grifo  Borussia Mönchengladbach 2017–18 17 0 1 0 18 0
Vincenzo Grifo  1899 Hoffenheim 2018–19 8 1 2 0 1 0 10 1
Vincenzo Grifo  Freiburg 2018–19 16 6 16 6
2019–20 25 4 2 0 27 4
Jumlah 41 10 2 0 43 10
Jumlah kerjaya 184 39 10 3 1 0 195 42

Antarabangsa

Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2018 1 0
2019 1 0
Jumlah 2 0

Pencapaian

Kelab

Freiburg

  • 2. Bundesliga: 2015–16

Individu

  • Pembantu Jaringan Terbanyak 2. Bundesliga: 2015–16 (11 jaringan)

Catatan

Pautan luar

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Vincenzo Grifo, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Vincenzo Grifo Kehidupan awalVincenzo Grifo Kerjaya kelabVincenzo Grifo Kerjaya antarabangsaVincenzo Grifo Statistik kerjayaVincenzo Grifo PencapaianVincenzo Grifo CatatanVincenzo Grifo Pautan luarVincenzo GrifoPasukan bola sepak kebangsaan ItaliPemain tengahSC Freiburg

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

RentapTakwim HijrahSolat sunatMuhamad Akmal SalehSenarai haiwanCibaiAhirine AhirudinSolat subuhLeftenan KomanderDaerah SegamatMimi LanaBryan DomaniSijil Pelajaran MalaysiaGeografi JohorDaerah di MalaysiaAshraf SinclairZizan RazakSelangor F.C.Piala Asia B-23 AFC 2024BidaraSultan SelangorZed ZaidiAzhar SulaimanWan Azizah Wan IsmailMisteri DilailaZakar manusiaWadi AnnuarZUS CoffeeSenarai bank di MalaysiaPenggunaNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaNina IskandarPeristiwa 13 MeiEmbun (filem)Batik Air MalaysiaMenara Jam Condong Teluk IntanPanglima Angkatan TenteraMinal 'Aidin wal-FaizinMajapahitKedahSophia AlbarakbahPerjanjian HudaibiyahKhir RahmanJanji Diana (drama)Aisyah AzizLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaPersekutuan Tanah MelayuChempaka Emalin PahaminHantu rayaSingapuraKhairy JamaluddinShaharuddin ThambyAhli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15Orang BanjarMenteri Kesihatan MalaysiaMelakaJohor BahruKongkekAkikahSlot MegaDramaJata MalaysiaIkan Sebelah LautSekali Lagi Cinta KembaliPenjodoh bilangan bahasa MelayuAbang Long Fadil 3Iskandar ChempakaMaria OzawaNajis dalam IslamMusa HitamProton ExoraPerodua KancilFahrin AhmadKementerian Dalam Negeri MalaysiaWan SharmilaMay (kugiran)NeelofaKristianKata ganti diri🡆 More