Tuanku Bainun: Raja Permaisuri Perak

Raja Permaisuri Tuanku Bainun (Jawi: راج ڤرمايسوري توانکو بعينون) (lahir Bainun binti Mohd Ali; (1932-11-07)7 November 1932) merupakan mantan Raja Permaisuri Perak dari tahun 1984 hingga 2014 serta Raja Permaisuri Agong ke-9.

Baginda adalah isteri kepada Sultan Perak ke-34 dan Yang di-Pertuan Agong ke-9, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Tuanku Bainun
Yang Maha Mulia Raja Permaisuri
Tuanku Bainun: Kehidupan awal, Pendidikan, Perkahwinan
Raja Permaisuri Agong
Tempoh26 April 1989 – 25 April 1994
Didahului olehSultanah Zanariah
Diikuti olehTuanku Najihah
Raja Permaisuri Perak
Tempoh3 February 1984 – 28 May 2014
Didahului olehRaja Muzwin (sebagai Raja Perempuan)
Diikuti olehTuanku Zara Salim
KeputeraanBainun binti Mohd Ali
(1932-11-07) 7 November 1932 (umur 91)
Georgetown, Pulau Pinang
PasanganSultan Azlan Muhibbuddin Shah (k. 1955; m. 2014)
Anakanda
Nama diraja
Raja Permaisuri Tuanku Bainun
AyahandaMohd Ali bin Man
BondaChe Putih binti Abdullah

Kehidupan awal

Raja Permaisuri Tuanku Bainun dilahirkan pada 7 November 1932 di Georgetown, Pulau Pinang. Baginda adalah anak perempuan kepada pasangan Mohd Ali bin Man dan Che Putih binti Abdullah serta mempunyai 7 orang adik-beradik.

Adindanya, Datin Julini binti Mohd Ali merupakan ibu kepada pelakon Datin Seri Nina Juren.

Pendidikan

Raja Permaisuri Tuanku Bainun menerima pendidikan sekolah menengah di Sekolah St. George’s, Pulau Pinang dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kirkby, Liverpool, United Kingdom dari tahun 1952 hingga 1954.

Perkahwinan

Raja Permaisuri Tuanku Bainun telah mendirikan rumah tangga dengan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah pada 9 Disember 1955 yang pada ketika itu merupakan seorang Majistret di Kuala Lumpur serta dikurniakan lima cahaya mata iaitu dua orang putera dan tiga orang puteri.

Selepas berkahwin, baginda kemudiannya meneruskan kerjayanya sebagai seorang guru dan pendidik serta kembali mengajar di sekolahnya.

Kerjaya

Raja Permaisuri Tuanku Bainun menjadi guru selama 22 tahun dan berpengalaman mengajar di beberapa sekolah antaranya di Kuala Lumpur, Seremban (Negeri Sembilan), Raub (Pahang), Taiping (Perak) dan Kuantan (Pahang).

Sebagai menghargai sumbangan baginda kepada masyarakat dan bidang pendidikan, baginda telah mendapat penghormatan dan dianugerahkan "A Fellow of Liverpool John Moores University".

Raja Permaisuri Perak

Pada 3 Februari 1984, Raja Permaisuri Tuanku Bainun dimasyhurkan sebagai Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan dan kemudiannya ditabalkan pada 9 Disember 1985.

Baginda juga dilantik sebagai Raja Permaisuri Agong pada 26 April 1989 untuk tempoh lima tahun. Baginda merupakan rakyat jelata yang pertama dilantik sebagai Raja Permaisuri Agong.

Hobi dan minat

Semasa di bangku sekolah dan semasa menuntut di Kirkby, England baginda aktif bermain hoki. Baginda juga amat mahir bermain golf dan turut mengambil bahagian secara aktif dalam Pertandingan Golf Wanita.

Baginda yang juga sangat gemarkan bunga telah mendapat penghormatan apabila tiga jenis bunga orkid dinamakan sempena baginda: (i) Chiritiera (Chtra) Permaisuri Bainun, (ii) Dendrobium (Den) Tuanku Bainun dan (iii) Renantanda (Rntda) Tuanku Bainun.

Aktiviti

Baginda juga merupakan penaung kepada beberapa organisasi dan persatuan amal di Perak, antaranya Persatuan Bola Keranjang Wanita Perak, Persatuan Badminton Wanita Perak, Pergerakan Pandu Puteri dan Persatuan Hoki Wanita Perak serta PERKIM. Baginda sentiasa menitikberatkan kebajikan mereka.

Raja Permaisuri

Dewan Negara Negeri Perak juga telah mengisytiharkan pengurniaan gelaran Yang Maha Mulia Raja Permaisuri kepada baginda dengan gelaran Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun oleh Sultan Perak ke-35, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang juga merupakan anakanda sulung baginda berikutan kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 28 Mei 2014.

Panggilan dan gelaran

Gelaran hormat bagi
Raja Permaisuri Tuanku Bainun
Gaya panggilan Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Yang Maha Mulia
Gaya pilihan Tuanku
  • 7 November 1932 - 9 Disember 1955: Cik Bainun binti Mohd Ali
  • 9 Disember 1955 - 7 Jun 1972: Yang Berbahagia Datin Bainun binti Mohd Ali
  • 7 Jun 1972 - 12 November 1982: Yang Berbahagia Puan Sri Bainun binti Mohd Ali
  • 12 November 1982 – 1 Julai 1983: Yang Amat Berbahagia Toh Puan Bainun binti Mohd Ali
  • 1 Julai 1983 – 3 Februari 1984: Duli Yang Teramat Mulia Che’ Puan Besar Bainun binti Mohd Ali, Che’ Puan Besar Perak
  • 3 Februari 1984 – 25 April 1989: Duli Yang Maha Mulia Tuanku Bainun, Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan
  • 25 April 1989 – 27 April 1994: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong IX Tuanku Bainun
  • 27 April 1994 – 28 Mei 2014: Duli Yang Maha Mulia Tuanku Bainun, Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan
  • 28 Mei 2014 - kini: Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun

Rujukan

Pejabat DYMM Sultan Perak

Didahului oleh
Sultanah Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja
Raja Permaisuri Agong
1989-1994
Diikuti oleh:
Tunku Ampuan Najihah
Didahului oleh
Raja Muzwin binti Raja Ariff Shah (Raja Perempuan Perak)
Raja Permaisuri Perak
1984-2014
Diikuti oleh:
Tuanku Zara Salim Davidson

Tags:

Tuanku Bainun Kehidupan awalTuanku Bainun PendidikanTuanku Bainun PerkahwinanTuanku Bainun KerjayaTuanku Bainun Raja Permaisuri PerakTuanku Bainun Hobi dan minatTuanku Bainun AktivitiTuanku Bainun Raja PermaisuriTuanku Bainun Panggilan dan gelaranTuanku Bainun RujukanTuanku BainunJawiRaja Permaisuri AgongRaja Permaisuri PerakSultan Azlan Muhibbuddin ShahSultan PerakYang di-Pertuan Agong

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Jasmine Suraya ChinAisyah AzizHelikopter Nuri Terhempas di Genting Sempah 2007Insya-AllahSunan BonangSudirman (penyanyi)Nasi goreng (Nusantara)Posisi seksualSolat jamakKabungShahrulezad MohameddinSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan terendahBahasa Melayu SabahCabang dan mazhab IslamCinta Buat DaraSlot AkasiaAzizulhasni AwangSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiSenarai bank di MalaysiaKodi RasheedBola tamparMasya-AllahKedah TuaSolat subuhMajapahitSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaSenarai sistem badan manusiaKerana Dia SukaJambatan Pulau PinangAisha RetnoQistina KhaledEmma MaembongAllahLencana pangkat TLDMTentera Darat MalaysiaTelefon bimbitAgensi Penguatkuasaan Maritim MalaysiaAli bin Abi TalibDewan Negeri SelangorJermanBintara MudaFrekuensi radio di KelantanPerkahwinan menurut IslamPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaProton Holdings BerhadPasir GudangMegat SharizalEmpayar UthmaniyahAdam CorrieClaude FennerPuasa (Islam)Kumpulan Rock MalaysiaMuaz ZabirSiti HariesaKetupatTengku Permaisuri NorashikinFarah AhmadTuanku Zara SalimRaysha RizroseHari Kebangsaan MalaysiaMartin Cooper (pereka)Sungai BulohBruneiBerlinJamrahSarah SuhairiDaiyan TrishaBahasa MelayuUndang-Undang Laut MelakaAnwar IbrahimJenis darahHael HusainiSenarai pelakon lelaki MalaysiaProton SagaPersekutuan Tanah MelayuDataran Merdeka🡆 More