Treron: Genus burung

Treron ialah genus bagi burung dalam keluarga merpati, Columbidae.

Ahlinya sering dikenali sebagai punai. Genus ini bertebaran di seluruh Asia dan Afrika. Genus ini mengandungi 30 spesies, yang dikenali kerana warnanya yang hijau, sehingga memberikan nama Inggerisnya "green dove" (dara hijau), yang mana diperoleh daripada pigmen karotenoid dalam dietnya. Punai memakan pelbagai buah-buahan, kekacang dan bijian. Ia tinggal di atas pokok dan mendiami aneka habitat berkayu. Ahli genus ini boleh dikumpulkan mengikut spesies dengan ekor panjang, ekor sederhana panjang, dan ekor berbentuk baji. Kebanyakan spesies punai memiliki dimorphisme seksual, di mana burung jantan dan betina mempunyai perbezaan warna bulu.

Treron
Treron: Genus burung
Punai lengguak jantan
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Columbiformes
Keluarga: Columbidae
Subkeluarga: Treroninae
Genus: Treron
Vieillot, 1816
Spesies jenis
Columba curvirostra
Gmelin, 1789
Spesies

Lihat teks

Taksonomi

Genus Treron telah diperkenalkan pada 1816 oleh seorang pakar ornitologi Perancis Louis Jean Pierre Vieillot dengan punai lengguak (Treron curvirostra) sebagai spesies jenisnya. Nama genusnya daripada Yunani Kuno trērōn yang bermaksud "merpati" atau "dara".

Genusnya mengandungi 30 spesies:

  • Punai bakau (Treron fulvicollis)
  • Punai siul (Treron olax)
  • Punai gading (Treron vernans)
  • Punai siam (Treron bicinctus)
  • Punai Pompadour sekelompok:
    • Punai Sri Lanka (Treron pompadora)
    • Punai paras kelabu (Treron affinis)
    • Punai kepala abu (Treron phayrei)
    • Punai Andaman (Treron chloropterus)
    • Punai Filipina (Treron axillaris)
    • Punai Buru (Treron aromaticus)
  • Punai lengguak (Treron curvirostra)
  • Punai pipi kelabu (Treron griseicauda)
  • Punai Sumba (Treron teysmannii)
  • Punai Flores (Treron floris)
  • Punai Timor (Treron psittaceus)
  • Punai bakuk (Treron capellei)
  • Punai kaki kuning (Treron phoenicopterus)
  • Punai Bruce (Treron waalia)
  • Punai Madagaskar (Treron australis)
  • Punai Comoros (Treron griveaudi)
  • Punai Afrika (Treron calvus)
  • Punai Pemba (Treron pembaensis)
  • Punai São Tomé (Treron sanctithomae)
  • Punai ekor jarum (Treron apicauda)
  • Punai Sumatera (Treron oxyurus)
  • Punai gunung (Treron seimundi)
  • Punai bukit (Treron sphenurus)
  • Punai perut putih (Treron sieboldii)
  • Punai Ryukyu (Treron permagnus)
  • Punai Taiwan (Treron formosae)

Rujukan

Tags:

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sulfur dioksidaBandaraya MelakaPuteri Gunung LedangSyasyaHari Alam SekitarMustaqim BahadonMegat SharizalCabang dan mazhab IslamHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMMalaysia MadaniAzhar SulaimanBumiputera di SabahDaerah di SabahSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaBangunan Sultan Abdul SamadTengku Ismail Leon PetraCerita Rakyat MalaysiaMalayan UnionPakatan HarapanBola jaringZarina ZainoordinPrabowo SubiantoMahkamah MalaysiaSolat Sunat RawatibSunan MuriaNadhir NasarPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuRosyam NorProton SagaOrang BanjarMahligai PermataLelaki ItuDewan Undangan Negeri di MalaysiaNajua NasirManchester United F.C.Proton Saga (generasi kedua)KelantanAdat resam kahwin MelayuAgustaWestlandKata kerjaSejarah MelakaAbby AbadiPerjanjian HudaibiyahAbdul Rahim Mohd NoorWings (kumpulan muzik Malaysia)Angkatan Tentera MalaysiaQistina KhaledLaman UtamaNabi Musa a.s.PASKAL (filem)InflasiKKN di Desa Penari (filem)Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiDemokrasiTentera Darat MalaysiaBidaraZambry Abdul KadirRukun IslamAliff Syukri KamarzamanJangan Menangis Cinta (drama)RinggitPerjanjian Inggeris-Belanda 1824Nora DanishNasi kerabuRozie OthmanJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuAbang Long Fadil 3Nabi Adam a.s.Eurocopter FennecFasha SandhaIsham JalilIsmail Sabri YaakobSiksa NerakaKecerdasan buatanKota BharuMohd Noor Helmy Abdul Halem🡆 More