To Kill A Mockingbird: Novel nukilan Harper Lee

To Kill a Mockingbird (Membunuh Burung Ajuk-Ajuk, lihat tajuk terjemahan lain di bawah) ialah sebuah novel tahun 1960 karya Harper Lee.

Novel ini mengisahkan suatu insiden yang berakar hasil ketidaksetaraan antara kaum di Selatan Amerika Syarikat.

To Kill a Mockingbird
Enggang Lalu Ranting Patah
Umum
PengarangHarper Lee
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
GenreSouthern Gothic, Bildungsroman
Penerbitan
Diterbitkan pada
11 Julai 1960
PenerbitJ. B. Lippincott & Co.
Halaman281

Ia menjadi disambut meriah dalam kalangan pengulas sastera serata negerinya,:185–188 malah memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun sama. Kemasyhuran ia membangkitkan perbincangan menyentuh isu-isu perkauman dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum yang penting dalam Amerika Syarikat menjadikan ia bacaan wajib dalam pembelajaran sastera peringkat sekolah seluruh negara itu.:199-200

Sejarah pengarangan

Manuskrip asal buku ini dikaryakan Lee hasil pengembangan suatu himpunan karangan dan cerita pendek mengenai kampungnya semasa beliau bekerja sebagai seorang kerani British Overseas Airways Corporation di Bandar Raya New York tahun 1950 hingga 1957. Beliau menghantarkannya kepada seorang ejen yang kemudiannya mendapat pengetahuan seorang penyunting di syarikat J. B. Lippincott yang membeli manuskrip tersebut; penyunting tersebut mencadangkan Lee meneruskan penulisannya.

Draf pertama ini disempurnakan setahun kemudian dengan tajuk "Go Set a Watchman" di mana draf ini mendapat pujian penyunting utama syarikat itu, Tay Hohoff. Hohoff mendorong Lee agar menajamkan lagi penulisannya selama 2 setengah tahun sehingga diyakini siap. Draf akhir ini pada asalnya diberi nama Atticus tetapi Lee menjudulkan semula ia kepada To Kill a Mockingbird agar mencerminkan struktur cerita akhir yang melangkaui watak utamanya. Buku tersebut terbit pada 11 Julai 1960.:129

Jalan cerita

Keseluruhan kisah ini diceritakan daripada sudut pandang Jean Louise Finch, seorang anak perempuan berusia enam tahun yang hidup semasa Zaman Kemelesetan (dari tahun 1933 hingga 1935) di sebuah bandar bernama Maycomb di negeri Alabama. Dia hidup bersama abangnya Jeremy (atau "Jem") dan ayahnya Atticus, seorang balu yang bekerja sebagai seorang peguam.

Tuan Hakim Taylor melantik Atticus sebagai peguam bela kepada Tom Robinson, seorang lelaki kulit hitam yang dituduh merogol seorang wanita kulit putih, Mayella Ewell. Atticus menyatakan kesediaannya membela Tom meskipun banyak penduduk Maycomb tidak bersetuju malah ada yang mentohmah dan mencaci Atticus.

Barisan watak

Lihat juga

  • Go Set A Watchman

Senarai terjemahan

    Dalam bahasa Melayu Malaysia
  • Enggang Lalu Ranting Patah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia. 1990.

Adaptasi

Sebuah filem tahun 1962 mengadaptasi karya ini arahan Robert Mulligan dan dibintangi Gregory Peck.

Rujukan

Tags:

To Kill A Mockingbird Sejarah pengaranganTo Kill A Mockingbird Jalan ceritaTo Kill A Mockingbird Barisan watakTo Kill A Mockingbird Lihat jugaTo Kill A Mockingbird Senarai terjemahanTo Kill A Mockingbird AdaptasiTo Kill A Mockingbird RujukanTo Kill A MockingbirdAmerika SyarikatBurung ajuk-ajukHarper LeeSelatan Amerika Syarikat

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Persekutuan Tanah MelayuPangkat tenteraAbby AbadiKomanderBadarawuhi Di Desa PenariJangkitanJam 24 jamLumut, PerakLaskar Udara KananCarles PuigdemontDaun salamParti Islam Se-MalaysiaUmar bin Al-KhattabM. NasirKementerian Pendidikan MalaysiaLemangKulitMohd Shuhaily Mohd ZainBangunan Sultan Abdul SamadSharifah AiniBaju kurungMasya-AllahCuti umum di MalaysiaParlimen MalaysiaAween IsmailTenaga Nasional BerhadNabi Sulaiman a.s.1Siti Khadijah HalimKementerian Komunikasi MalaysiaTeknologi hijauIntan LadyanaAisyah AzizZizan RazakKementerian Dalam Negeri MalaysiaSolat hajatSenarai kaum di MalaysiaPerdana Menteri MalaysiaSharifah AmaniProton SatriaIndonesiaErysha EmyraSurah Al-InsyirahKhunsa (siri TV)Kerajaan KutaiChacha MaembongSultan Nazrin Muizzuddin ShahZUS CoffeeHantu Kak Limah Balik RumahUthman bin AffanKuala Kubu BharuGunung JeraiPrabowo SubiantoHulu LangatAwieTanda-tanda KiamatKucingJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaJangan Menangis Cinta (drama)SheriffSenarai raja-raja MelayuSiti NurhalizaMerdeka 118Malang Si PuteriNatasya MahyanPuchong, SelangorSenarai perbandingan pangkat tenteraSyamsul YusofTerengganuSenarai saluran AstroSumazauPerodua KancilDewi RemajaKuala TerengganuPulau PangkorSungai BulohFrekuensi radio di KelantanGombakBukan Kahwin Paksa🡆 More