Tarap: Spesies tumbuhan

Tarap atau Terap merupakan sejenis tumbuhan berbuah yang terkenal di Asia Tenggara khususnya di Pulau Borneo.

Tumbuhan ini boleh tumbuh dan hidup subur dengan begitu mudah di negeri Sabah, namun jarang ditemui ditempat lain walaupun di kawasan beriklim tropika. Tarap mempunyai bau yang agak kuat, namun mempunyai rasa yang cukup sedap, manis, lembut dan pemakan pasti merasa kenikmatan apabila merasanya untuk pertama kalinya. Isi buahnya mempunyai rasa yang seakan-akan Mangga yang penuh berjus. Namun bentuk buah tarap lebih seakan-akan buah cempedak dan nangka, orang ramai selalu keliru akan perkara ini.

Tarap/Terap/Lumuk/Timadang/Marang
Tarap: Menuai, Buah yang serupa, Kegunaan sisa buah
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Rosales
Keluarga: Moraceae
Genus: Artocarpus
Spesies:
A. odoratissimus
Nama binomial
Artocarpus odoratissimus
Blanco
Sinonim
  • Artocarpus mutabilis Becc.
  • Artocarpus tarap Becc.
Tarap: Menuai, Buah yang serupa, Kegunaan sisa buah
Pokok tarap.

Buah tarap berbentuk bulat sehingga ke bujur sama seperti bentuk buah cempedak atau nangka. Panjangnya 15-20 cm dan 13 cm lebar, dan beratnya boleh mencecah sehingga 1 kg atau lebih berat. kulit buah tarap agak tebal dilitupi dengan duri yang tumpul mendatar dan lembut. Namun apabila matang struktur kulit buah lebih keras dan rapuh. Buah tidak akan jatuh ke bawah seperti buah lain apabila ia telah masak sepenuhnya. Namun jika buah ini telah benar-benar masak ranum dan mula menampakkan kesan busuknya, buah tersebut akan jatuh juga.

Bahagian dalam buah tarap lazimnya seakan-akan isi buah cempedak atau nangka, namun lebih kecil, melekit, berjus dan isinya lebih kepada warna putih susu. Namun pusatnya lebih besar, terdapat sedikit selaput dibahagian yang tidak boleh dimakan dalam bahagian interiornya. Isi aril lebih warna putih dan saiz berbentuk anggur, setiap satunya mempunyai biji bersaiz 15 × 8 mm. Sejurusnya sahaja dibuka, isa tarap atau marang harus segera dimakan dalam tempoh beberapa jam sahaja, kerana buah ini mudah tersejat akan jusnya, dan rasanya akan cepat hilang dan buah ini cepat terdedah dengan kesan oksidatif. Biji tarap juga sesuai untuk dikukus atau dipanggang untuk dimakan.

Buah tarap biasanya akan dituai tatkala ia masih lagi keras, dan ada juga yang dibiarkan untuk masak sehingga strukturnya menjadi benar-benar lembut. Tarap juga akan berubah warna kulitnya dari warna hijau pekat dan berbulu kepada hijau kekuningan apabila masak. Buah tarap biasanya akan terkopek sendiri apabila masak. Penuai akan memastikan kerja-kerja menuai dilakukan dengan begitu cermat dan teliti. Ini kerana buah tarap yang masak ranum berstruktur lembut dan kulitnya yang terbuka akan mudah jatuh apabila tangkai buahnya cuba dipusing dan dipulas. Buah tarap yang jatuh dari dahan yang tinggi akan mudah pecah sepenuhnya ke tanah sehinggakan buah tarap yang jatuh ke tanah seakan-akan hilang sepenuhnya.

Buah yang serupa

Buah-buah Artocarpus sericicarpus (dikenali sebagai peluntan, gumihan, pedalai, atau tarap bulu) dan Artocarpus sarawakensis (pingan atau tarap gunung) sangat serupa, dan selalu dikelirukan dengan buah tarap biasa. Kedua-dua spesies ini asli di kawasan yang sama. Walau bagaimanapun, buah-buah ini masih dapat dibezakan berdasarkan rupanya apabila masak. Artocarpus sericicarpus mempunyai bulu, seperti sebiji rambutan yang besar, dan merah apabila masak. Artocarpus sarawakensis turut lebih tebal, kerana ia bentuk buah tarap biasa, dan ia berwarna jingga. Buah ini mempunyai keratan inti yang lebih kecil.

Kegunaan sisa buah

Terdapat banyak kegunaan baki kulit tarap, batang dan bijinya. Kulit tarap dilaporkan sebagai bahan berguna untuk membunag agen pewarna (seperti ungu hablur, metil ungu 2B dan metilena biru ) daripada air sisa pewarna. Batang tarap dilaporkan digunakan dalam pembuangan Cd (II) dan Cu(II).

Lihat juga

  • Tumbuhan dan haiwan jinak di Austronesia

Rujukan

Tags:

Tarap MenuaiTarap Buah yang serupaTarap Kegunaan sisa buahTarap Lihat jugaTarap RujukanTarap

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Hael HusainiNadhir NasarHantu Kak Limah Balik RumahKugiran MasdoZakar manusiaSejarah IslamAhli Sunah WaljamaahDadahPuasa (Islam)MalaysiaSarimah IbrahimSyarikat swastaMohammed Hanif OmarPutri JannahSabah F.C. (Malaysia)Radio Televisyen MalaysiaPemancutan maniFardu AinKerajaan Persekutuan MalaysiaMelakaSari YantiOrang JawaMatlamat Pembangunan MampanMy Lovely DriverPerceraian dalam IslamPrivate BodyguardJambatan Pulau PinangMata anginKesultanan Johor-RiauKuala KangsarMedia sosialProton SagaPerang AhzabSenarai SBP di MalaysiaNatasya MahyanGeografi JohorPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 VietnamBandaraya MelakaFrekuensi radio di SelangorPerang BadarSenarai raja-raja MelayuKhawarijCinta Buat DaraGanjaBruneiNabi Sulaiman a.s.HedonismeKolej Islam Sultan Alam ShahArmizan Mohd AliMajlis Raja-RajaKhunsa (siri TV)Perkara yang dilarang dalam IhramPulau TiomanFahmi FadzilKesan perubahan iklimSepahtu Reunion Al-RayaAli bin Abi TalibIsteri-isteri Nabi MuhammadHari Raya AidiladhaFrekuensi radio di Negeri SembilanBoBoiBoySalasilah keturunan Nabi MuhammadSijil Pelajaran MalaysiaShah RezzaSemenanjung MalaysiaOh My Ceria!Yang di-Pertua NegeriPembahagian kuasaSenarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaSurah al-BaqarahHantu dalam masyarakat MelayuNeelofaBukan Kahwin PaksaElizabeth TanMusa HassanMega Movie (Slot TV3)Solat🡆 More