Abu Syahid Dari Melaka

Sultan Abu Syahid Shah ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah atau nama sebenarnya, Raja Ibrahim merupakan salah seorang dari putera Sultan Muhammad Syah, Sultan Melaka yang keempat yang memerintah dari 1444 hingga 1446.

Sultan Abu Syahid yang meniki takhta Kesultanan Melaka melalui monopoli pengaruh dan kuasa bondanya Puteri Rokan dan nendanya, Raja Rokan, yang mempengaruhi pembesar-pembesar Melaka untuk membelakangi pewaris takhta yang merupakan abang tiri kepada Sultan Abu Syahid yang bernama Raja Kassim melalui bondanya, Tun Raknawati dengan menyatakan Raja Kassim bukan dari keturunan berdarah gahara. Tun Raknawati merupakan adinda kandung kepada Tun Ali, yang mana mereka berdua merupakan anak kepada Raja Mani Purindan yang berkahwin dengan Tun Rakna Sendari. Bila Sultan Abu Syahid naik takhta ketika umur yang masih muda, Raja Kassim dan bondanya dihalau keluar dari istana. Islam mula diwartakan sebagai agama rasmi Melaka di zaman Sultan Muhammad Syah tetapi bila Sultan Abu Syahid naik takhta, baginda lebih mengamalkan cara hidup yang mirip kepada Hindu, malah baginda lebih suka menggunakan gelaran Raja Sri Parameswara Dewa Shah. Kerana umur baginda juga yang sangat muda, dia mudah di bonekakan oleh bondanya dan nendanya, Raja rokan yang memang berniat hendak merampas kuasa pemerintahan Kesultanan Melaka. Sehinggalah Raja Kassim dibantu oleh pamannya, Tun Ali dan juga pembesar Melaka yang menentang cara hidup Sultan Abu Syahid, termasuk mereka yang bencikan Raja Rokan, sebuah pemberontakkan diadakan dan istana Melaka di ceroboh. Dalam pencerobohan itu, Sultan Abu Syahid dijadikan perisai oleh Raja Rokan tetapi akhirnya baginda terbunuh. Pemerintahan Sultan abu Syahid hanya bertahan selama dua tahun, dan kemudian Raja Kassim ditabalkan sebagai Sultan Melaka yang ke lima, bergelar Sultan Muzaffar Syah.

Raja Sri Parameswara Dewa Shah
4th Sultan of Malacca
PemerintahanKesultanan Melayu Melaka: 1444–1446
Nama penuhRaja Sri Parameswara Dewa Ibrahim Shah
Mangkat1446
PendahuluMuhammad Shah
PenggantiMuzaffar Shah
Kerabat dirajaKesultanan Melayu Melaka
AyahandaMuhammad Shah
AgamaIslam (formerly)
Hinduisme

Lihat juga

  • Tun Perak: Pencetus Wawasan Empayar Melaka, Muhd. Yusof Ibrahim, 2009: Tinta Publishers, Kuala Lumpur
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Muhammad Shah
Sultan Melaka
1444-1446
Diikuti oleh:
Muzaffar Shah

Tags:

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Senarai poskod di MalaysiaWings (kumpulan muzik Malaysia)LatSyed Mohd Yusof Syed NasirPenjajahan Jepun di Tanah MelayuPemasyhuran Kemerdekaan Tanah MelayuAdiraKetua Polis Negara MalaysiaKata namaYang di-Pertuan AgongPiala Dunia FIFA 2010KaabahAmelia HendersonNombor telefon di MalaysiaSenarai Surah Al-QuranJasmine Suraya ChinSunan Gunung JatiAna DahliaAsbab al-nuzulSaleemFrekuensi radio di Negeri SembilanKelapa sawitKuchingPersekutuan Pengakap MalaysiaJepunTerlanjur Cinta (drama)Nasi lemakHang TuahPolis Diraja MalaysiaAmin IdrisPenggunaKementerian Pendidikan MalaysiaFalsafahAsertifPalestin (wilayah)TwitterSudirman (penyanyi)A FamosaUmar bin Al-KhattabTulisan JawiTakwim HijrahRinggitSharifah ShahirahRujukan kehormatAnak Perjanjian Syaitan 2Elizabeth TanLee Kee HiongMalek MccroneKontroversi stoking kalimah Allah 2024TerengganuRadius OneSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiKetupatKuantanIndonesiaPembentukan MalaysiaMohd Safee Mohd SaliAmir JahariShah AlamKugiran MasdoAlhamdulillahMokhtar DahariPerlembagaan MalaysiaIzzue IslamHaidJabatan Imigresen MalaysiaPersatuan Negara-negara Asia TenggaraDunia IslamSenarai Bidang Pengajian Tinggi di MalaysiaDubrovnikFolikel buluPeristiwa Memali 1985PlagiatBani IsraelIntan NajuwaKhamis PutihWawa Zainal🡆 More