Stephen King

Stephen Edwin King (lahir pada 21 September 1947 di Portland, Maine) adalah seorang penulis Amerika Syarikat.

Beliau terkenal dengan karya-karya yang berunsurkan seram. Kisah-kisah yang ditulisnya sering melibatkan protagonis yang "biasa", misalnya keluarga kelas menengah, kanak-kanak, atau penulis. King juga popular menerusi novel-novel yang lari dari genre seram seperti novel The Body Mdan Rita Hayworth and Shawshank Redemption (kedua-duanya diadaptasikan ke filem dengan menggunakan judul Stand By Me dan The Shawshank Redemption), The Green Mile dan Hearts in Atlantis.

Stephen King
Stephen King, February 2007
Stephen King, February 2007
Nama penaRichard Bachman, John Swithen
PekerjaanPenulis, Kolumnis, Columnist, Pelakon, Penerbit, Pengarah
GenreSeram, Fantasi, Cereka sains, Drama
PasanganTabitha King
AnakNaomi Rachel King
Joe King
Owen King
Laman web
http://www.stephenking.com

Beliau telah menerima sejumlah penghargaan, termasuk Anugerah Bram Stoker, World Fantasy Award dan British Fantasy Society Award. Novelanya berjudul The Way Station meraih pernah dicalonkan untuk meraih Anugerah Nebula, manakala cerita pendek "The Man in the Black Suit" menerima Anugerah O. Henry. Pada tahun 2003, National Book Foundation menganugerahinya Medal for Distinguished Contribution to American Letters. Beliau juga telah menerima sejumlah penghargaan atas sumbangsihnya terhadap dunia kesusastraan selama hidupnya, misalnya World Fantasy Award for Life Achievement (2004), Canadian Booksellers Association Lifetime Achievement Award (2007), dan Grand Master Award dari Mystery Writers of America (2007).

Awal hidup

Stephen Edwin King lahir pada tanggal 21 September 1947 di Portland, Maine. Beliau lahir kepada Donald Edwin King, seoramg pelaut dan isterinya, Nellie Ruth King (nama keluarga asal: Pillsbury). Ayahnya meninggalkan mereka sekeluarga pada usia dua tahun, maka ibunya membesarkan King dan kakak angkatnya, David sendirian dan kadangkalanya menghadapi masalah keuangan. King dan keluarganya pindah ke De Pere, Wisconsin, Fort Wayne, Indiana, dan Stratford, Connecticut. Saat King berusia sebelas tahun, keluarganya kembali ke Durham, Maine di mana ibunya bekerja sebagai pengasuh di kompleks perumahan setempat untuk menampung nafkah keluarga. King dibesarkan sebagai seorang Metodis.

Saat King masih anak-anak, beliau ada menyaksikan salah seorang temannya meninggal akibat dilanggar kereta api; beliau menjadi berperwatakan pendiam akibat kejadian itu. Beberapa pendapat menyatakan bahwa peristiwa ini secara psikologis mungkin telah mengilhami beberapa karya King, meskipun King tidak menyebut mengenai hal ini dalam memoarnya berjudul On Writing (2000).

King menempuh pendidikan dasar di Durham Elementary School dan meamatkan persekolahannya dari Lisbon Falls High School di Lisbon Falls, Maine. Pada zaman inilah beliau mula berputik minatnya terhadap cerita bergenre seram dan merupakan seorang pembaca setia komik horor EC, termasuk Tales from the Crypt.

Kerjaya penulisan

King mulai iseng menulis saat masih bersekolah dengan menulis artikel untuk surat kabar Dave's Rag, dan kemudian mulai menjual cerita karangannya kepada teman-temannya. Cerita karangannya yang pertama kali diterbitkan secara independen adalah "I Was a Teenage Grave Robber", serial yang diterbitkan dalam empat cerita bersambung di Comics Review pada tahun 1965.

Setelah lulus dari universitinya, King tidak langsung mendapat pekerjaan. Beliau kemudian mula menjual cerpen karangannya ke pelbagai majalah bacaan untuk diterbitkan di sana. Pada tahun 1973, novel pertama King, Carrie, diterima oleh penerbit Doubleday; wang muka yang diterimanya untuk penerbitan novel ini adalah sebesar $2,500. Setelah terbitnya karya Carrie, King mulai menulis suatu cerita yang diterbitkan dengan judul Salem's Lot pada tahun 1975. Setelah kematian ibunya pada 1974, King dan keluarganya pindah ke Boulder, Colorado, dan di sanalah beliau mula menulis The Shining (diterbitkan tahun 1977). Ia kembali ke Maine pada 1975 dan menyelesaikan novel keempatnya, The Stand (diterbitkan tahun 1978).

Pada akhir 1970-an, King menerbitkan sejumlah novel pendek berjudul Rage (1977), The Long Walk (1979), Roadwork (1981) The Running Man (1982), dan Thinner (1984) dengan nama pena Richard Bachman agar menguji kesanggupan penerbit menerbit karya berdasarkan mutu penceritaan itu sendiri berbanding nama si pengkarya semata-mata.

Hingga tahun 2013, King telah menerbitkan lima puluh novel, dua ratus cerita pendek, dan lima karya nonfiksi, yang telah terjual lebih dari 350 juta cetakan di seluruh dunia, Karya-karyanya juga telah diadaptasi menjadi sejumlah film, buku komik, dan teater.

Bibliografi

  • Carrie
  • Salem's Lot
  • The Shining
  • Rage
  • Night Shift
  • The Stand
  • The Long Walk
  • The Dead Zone
  • Firestarter
  • Roadwork
  • Danse Macabre
  • Cujo
  • The Running Man
  • The Dark Tower: The Gunslinger
  • Creepshow
  • Different Seasons
  • Christine
  • Pet Sematary
  • Cycle of the Werewolf
  • The Talisman
  • Thinner
  • Skeleton Crew
  • The Bachman Books
  • It
  • The Eyes of the Dragon
  • The Dark Tower II: The Drawing of the Three
  • Misery
  • The Tommyknockers
  • Nightmares in the Sky
  • The Dark Half
  • The Dark Tower

Rujukan

Pautan Luar

Tags:

Stephen King Awal hidupStephen King Kerjaya penulisanStephen King BibliografiStephen King RujukanStephen King Pautan LuarStephen King194721 SeptemberAmerika SyarikatPenulisPortland, MaineThe Green MileThe Shawshank Redemption

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Juventus F.C.Wak DoyokKhawarijAlhamdulillahShah AlamRicheese FactoryRukun solatJuventusJudiArash MohamadJessica MilaSarimah IbrahimSurah Al-IkhlasAeril ZafrelUniversiti Teknologi MARAKelantanKelapa sawitTeknologi hijauNegara-Negara KomanwelTunku Abu BakarSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarMeerqeenSungai BulohPulau RedangI.D.Senarai kata pinjaman bahasa MelayuZizan RazakHong KongSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaSonu SoodSenarai negara mengikut keluasanMediaNabi Harun a.s.Wanita SyurgaMohd Aidil Zafuan Abdul RadzakTengku Zafrul Abdul AzizStadium Nasional Bukit JalilUlar Tedung SelarPerodua MyViJenayah kolar biruRaja AzuraMy Lovely DriverLailatulqadarAzhan RaniNabi Lut a.s.Fattah AminKata ganti diriMuhyiddin YassinMolek FMBadmintonKelayakan UEFA Euro 2024Sharifah HusnaBunga rayaPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Dini SchatzmannJibrailAzahari HusinTony EusoffNorish KarmanStray KidsKeruntuhan Jambatan Francis Scott KeyPenyimpan Mohor Besar Raja-RajaSiti HariesaRamadanSyafiq KyleSenarai Saintis IslamLingga (Hindu)United KingdomDunia IslamRazarudin HusainBaju MelayuKerajaan Bani AbbasiyahAl-Masih ad-DajjalJambatan Pulau PinangMenara Berkembar PetronasKhalid Mohamad JiwaMarga SangirSophia Albarakbah🡆 More