Spermatozoon

Spermatozoon (atau spermatozoa) ialah sejenis sel sperma yang motil, atau sebentuk sel haploid bergerak yang merupakan gamet jantan.

Seekor spermatozoon bergabung dengan sebiji ovum untuk membentuk zigot. (Zigot ialah sel tunggal dengan set kromosom lengka yang lazimnya berkembang menjadi embrio.) Istilah spermatozoon berasal dari perkataan Yunani σπέρμα (benih) dan ζῷον (hidupan).

Spermatozoon
Spermatozoon
Sel sperma cuba menembusi kulit ovum untuk menyuburkannya.
Spermatozoon
Rajah spermatozoon manusia
Butiran
Pengenalpastian
nama bahasa Latinspermatozoon
MeSHD013094
Terminologi anatomi

Sel-sel sperma menyumbangkan kira-kira separuh maklumat genetik nukleus kepada zuriat diploid (tetapi selalunya kecuali DNA mitokondrium). Bagi mamalia, jantina zuriat ditentukan oleh sel sperma: spermatozoon yang membawa kromosom Y akan melahirkan zuriat jantan (XY), sementara yang membawa kromosom X akan melahirkan zuriat betina (XX)—ovum sentiasa membawa kromosom X sahaja. Sel-sel sperma julung kali diperhatikan oleh Anton van Leeuwenhoek pada tahun 1677.

Sperma manusia

Spermatozoon 
Mikrograf elektron spermatozoon manusia yang dibesarkan 3140 kali.

Sel sperma manusia merupakan sel pembiakan lelaki yang hanya boleh hidup dalam persekitaran yang hangat; sebaik sahaja meninggalkan tubuh, sel-sel sperma itu semakin rentan dan mudah cepat mati, sekaligus menyusutkan kualiti sperma. Terdapat dua jenis sel sperma manusia, iaitu "betina" dan "jantan". Bezanya ialah, yang betina membawa kromosom X sementara yang jantan membawa kromosom Y.

Bagi manusia lelaki, sel-sel sperma terdiri daripada kepala sebesar 5 µm kali 3 µm dan ekor yang panjangnya 41 µm. Ekor itu memflagelum untuk menggerakkan sel sperma (sekitar 1–3 mm/minit dalam manusia) secara berkibar-kibar dalam bentuk kon elips. Air mani bersifat alkali dan tidak mencapai kemotilan penuh (hipermotil) sehingga ia mencapai faraj di mana pH alkalinya dineutralkan oleh bendalir faraj yang berasid. Proses yang perlahan ini mengambil masa 20–30 minit. Ketika ini, fibrinogen dari vesikel seminal membentuk kentalan untuk melindungi sperma. Sebaik sahaja menjadi hipermotil, fibrinolisin dari prostat melarutkan kentalan supaya sperma itu boleh mara secepat-cepatnya.

Spermatozoon dicirikan oleh cytoplasm yang minimum serta kandungan DNA yang paling padat dalam eukariot. Berbanding dengan kromosom mitosis dalam sel somatik, DNA sperma tidak kurang enam kali lebih padat.

Rujukan

Pautan luar


Templat:Male reproductive system

Tags:

Bahasa YunaniEmbrioGametKromosomOvumSel (biologi)SpermaZigot

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

PukimakKumpulan Wang Simpanan Pekerja16 Lagu Lagu Hari Raya Aidil FitriPenyakit koronavirus 2019Slot SakuraFadhli MasootFrekuensi radio di MelakaSelangorI.D.Kerajaan SalakanagaraBukan Kahwin PaksaAmerika TengahMarlia MusaSyahadahTentera Darat MalaysiaJuzOnn Hafiz GhaziHaidOsloRadius OneNgabuburitFrekuensi radio di PahangBatuk kokolAmerika SyarikatPersekutuan Pengakap MalaysiaDaerah LangkawiKedah TuaGua HiraTanda-tanda KiamatMarian RiveraTengku Zafrul Abdul AzizJuventusSyatilla MelvinPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaSosialAbang Johari Tun OpengRukun solatDiego MaradonaLee Kee HiongKejuruteraan awamSharifah ShahirahBrisbaneProton ExoraSenarai stesen televisyen di MalaysiaNoorkumalasariRaja AzuraSusan ManenEnglandKedudukan Dunia FIFAJambatan Pulau PinangAin EdruceEtnik MelayuSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaMata anginNegara PalestinLayang-layangFitri HarisZul AriffinUniversiti Kebangsaan MalaysiaRedza MinhatShah AlamPerempuan Itu (drama)Andrew RobertsonSunan GresikAllahummaMaria OzawaProton Holdings BerhadNabi Isa a.s.MYTV BroadcastingTakdir Itu Milik AkuWadi AnnuarLembah BujangNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuLayang Layang PerkahwinanElly ArifinResolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 377Ketum🡆 More