Skandal Susu China 2008

Skandal susu China 2008 ialah satu kejadian keselamatan makanan di Republik Rakyat China yang melibatkan susu dan rumusan bayi yang dicemari melamina.

Skandal ini meletus pada 16 Julai 2008, selepas 16 bayi di Wilayah Gansu, yang diberi susu tepung keluaran Kumpulan Sanlu, dikesan memiliki karang ginjal. Pada 22 September, dilaporkan hampir 53,000 kes kesakitan, lebih 12,800 hantaran ke hospital, dan empat kematian bayi akibat karang ginjal dan kegagalan ginjal yang lain. Kimia terbabit nampaknya dilancung ke dalam susu agar kelihatan mengandungi lebih protein. Kimia ini juga terlibat dalam satu insiden penarikan balik makanan haiwan pada 2007. Pada tahun 2004 di tanah besar China juga pernah berlakunya insiden berbeza yang mana susu kurang bermutu mengakibatkan 13 bayi mati akibat kekurangan khasiat.

Skandal Susu China 2008
Rak-rak kosong di sebuah pasar raya di China kesan skandal susu

Mula-mulanya tertumpu pada Kumpulan Sanlu selaku peneraju pasaran susu bayi murah, siasatan kerajaan mendapati masalah ini juga terjadi dalam produk-produk keluaran 21 syarikat lain, termasuk Mengniu, Yili, dan Yashili. Isu ini bukan sahaja menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai keselamatan makanan dan amalan rasuah di China, bahkan juga menjejaskan reputasi eksport makanan China; sekurang-kurangnya 11 negara telah mengharamkan semua pengimportan keluaran tenusu China. Akibat skandal ini dilakukan juga penahanan, sementara ketua Kumpulan Sanlu, beberapa pegawai kerajaan wilayah, serta Pengarah Pentadbiran Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin (AQSIQ) telah dipecat atau dipaksa meletak jawatan berikutan insiden ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia merujuk peristiwa ini sebagai antara kejadian keselamatan makanan terbesar yang ditanganinya akhir-akhir ini, dan krisis keyakinan di kalangan pengguna China akan sukar diatasi. Seorang jurucakap menyatakan yang skala masalah ini membuktikan bahawa ia "jelas bukan kemalangan terpencil, [tetapi] aktiviti sengaja skala besar untuk memperdayakan pengguna bagi keuntungan jangka pendek mudah."

Melamina

Kedua-kedua melamina dan protein kaya dengan nitrogen jadi apabila kandungan protein dalam produk susu diperiksa dengan membandingkan kandungan nitrogen melalui kaedah-kaedah yang digunakan untuk memeriksa protein, tambahan melamina boleh menyorokkan penipuan pencairan kandungan susu (untuk memenuhi standard kandungan protein dalam susu). Penggunaan melamina dalam pengeluaran makanan dilarang di China dan negara lain kerana ia dikenalpasti sebagai penyebab kegagalan ginjal dan masalah kencing sama ada kepada manusia mahupun binatang apabila ia bercampur dengan asid sianurik dalam badan yang kadangkala hadir dalam air minuman dan makanan haiwan.

Tidak diketahui pada masa bila melamina dicampurkan dalam susu. Melamina tidak larut air dan mesti dicampurkan dengan formaldehida atau bahan pelarut organik lain sebelum ia boleh larut dalam susu.

Bahan kimia yang sama pernah digunakan untuk memberi keputusan palsu dalam pemeriksaan protein, seperti dalam kes panggilan semula makanan binatang peliharaan di Eropah dan Amerika Syarikat pada tahun 2007, dan juga untuk menyembunyikan kualiti yang rendah dalam makanan lembu yang digunakan oleh sesetengah penternak termasuk peladang soya dan jagung.

Melamina mungkin sudah menjadi satu daripada rantai makanan di China pada sekian lamanya kerana siromazin, satu derivatif daripada melamina, adalah satu perkara biasa yang digunakan di China sebagai racun serangga. Siromazin diserap dalam tumbuhan sebagai melamina, dan berkemungkinan hadir dalam rantaian makanan termasuk dalam ayam itik, telur, ikan dan produk tenusu.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Skandal Susu China 2008 MelaminaSkandal Susu China 2008 Lihat jugaSkandal Susu China 2008 RujukanSkandal Susu China 2008 Pautan luarSkandal Susu China 2008Bahan lancungKegagalan ginjalMelaminaSkandal eksport protein China

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Bunga rayaPeraturan bola jaringAstrolabHassanal BolkiahPolisNazim OthmanKucingIsteri-isteri Nabi MuhammadSenarai universiti di MalaysiaRukun IslamAmir JahariPerang BadarIbanSurah Al-QadrNabi Harun a.s.Pandu PuteriDini SchatzmannHukum Kanun MelakaPerdana Menteri MalaysiaMetamfetaminaInstagramSenarai Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFALembah BujangPerkahwinan menurut IslamGabenor Bank Negara MalaysiaPasukan bola sepak kebangsaan OmanPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaTunku Aminah Maimunah IskandariahAsha MericanOrang India MalaysiaTuberkulosisAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Subang JayaIrma HasmieSolat hajatKorban KasihAmir AhnafPulau MabulSurah Al-IkhlasElly ArifinRoslan SalehKugiran MasdoAliff Dalam 7 DimensiMuhammad al-FatihNasi kandarZara ZyaPeribahasa MelayuSolat jamakTakbirPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaSenarai haiwanNombor telefon di MalaysiaSenarai saluran AstroSultan PerakSenarai saluran Astro NJOILaman UtamaUniversiti MalayaBoBoiBoySijil Tinggi Agama MalaysiaSenarai buahNabi Saleh a.s.Kata kerjaPerang Dunia PertamaAedy AshrafErry PutraYusof HaslamAl-QuranKL GangsterSiti NurhalizaPolitik balas budiNabi Nuh a.s.Nabi Muhammad SAWRoti johnA FamosaTengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahTembikaiPeristiwa 13 MeiPortugal🡆 More