Sistem Pelancaran Menegak

Sistem pelancaran menegak (Vertical Launching System atau VLS) adalah sebuah sistem termaju untuk menyimpan dan melancarkan peluru berpandu di atas pelantar-pelantar laut bergerak, seperti kapal permukaan dan kapal selam.

Setiap sistem pelancaran menegak mengandungi sejumlah sel-sel, yang mana boleh menyimpan sebuah atau lebih peluru berpandu yang tersedia untuk dilancarkan. Biasanya, setiap sel boleh menyimpan beberapa jenis peluru berpandu yang berlainan, membolehkan sesebuah kapal untuk memuatkan set padanan terbaik bergantung kepada misi yang akan dilaksanakan. Selain itu, apabila sesebuah peluru berpandu dibangunkan, ia biasanya boleh dipadankan dengan sistem pelancaran menegak yang telah sedia dipakai oleh sesebuah negara, membolehkan kapal-kapal yang sedia ada menggunakan peluru berpandu baharu ini tanpa sebarang kerja semula yang mahal. Apabila arahan dikeluarkan, peluru berpandu akan dilancarkan ke atas secukupnya untuk mengelakkan sel dan dan kapal, sebelum membelok yang terbang ke arah sasarannya.

Sistem Pelancaran Menegak
Sel-sel VLS di atas kapal USS San Jacinto
Sistem Pelancaran Menegak
Sebuah peluru berpandu Tomahawk sedang diisi ke dalam sebuah VLS di atas kapal pembinasa kelas-Arleigh Burke, USS Curtis Wilbur

Sebuah VLS membolehkan penempur permukaan memiliki jumlah persenjataan yang lebih besar yang sedia untuk dilancarkan pada sebilang masa dibandingkan dengan sistem pelancaran lama seperti pelancar tunggal Mark 13 dan pelancar berkembar Mark 26, di mana ia dimuatkan melalui belakang oleh sebuah kelongsong di bawah dek utama. Selain kuasa tembak yang lebih besar, VLS juga membawa kesan kerosakkan yang lebih besar dan kebolehupayaan yang lebih tinggi berbanding sistem sebelumnya, dan memiliki keratan rentas radar yang lebih rendah. Tentera Laut A.S. kini banyak bergantung kepada VLS bagi kapal-kapal pembinasa peluru berpandu dan kruisernya.

Apabila dipasang pada sebuah kapal selam penyerang berkuasa nuklear (SSN, sebuah VLS membolehkan kepelbagaian jenis senjata dan jumlah yang boleh dibawa, dibandingkan hanya menggunakan tiub torpedo.

Sistem-sistem yang digunakan oleh negara

      Kapal permukaan
  • Pembinasa Type 055 – Sistem Pelancaran Kanister Tertumpu (112 sel)
  • Pembinasa Type 052D – Sistem Pelancaran Kanister Tertumpu (64 sel)
  • Pembinasa Type 052C – HHQ-9 (48 sel)
  • Pembinasa Type 051C – 48N6E (48 sel)
  • Pembinasa Type 051B – HQ-16 atau Yu-8 (32 sel)
  • Frigat Type 054A – HQ-16 atau Yu-8 (32 sel)
      Kapal selam
  • Kapal selam Type 032 – CJ-10, YJ-18, JL-2, atau SAM (4 sel)
  • Kapal selam Type 093 – CJ-10 atau YJ-18 (12 sel)
  • Frigat kelas Hydra – Mark 48 (16 sel)
  • Korvet kelas Bung Tomo – VL MICA
  • Frigat kelas RE Martadinata – VL MICA
  • Frigat kelas Van Speijk – Yakhont VLS (4 sel)
Sistem Pelancaran Menegak 
Sel SYLVER di atas kapal pembinasa Itali, Caio Duilio
  • Korvet kelas Sa'ar 5 – Barak 1 (2 x 32 sel)
  • Pembinasa helikopter kelas Hyūga – Mark 41 (16 sel)
  • Pembinasa kelas Kongō – Mark 41 (90 sel)
  • Pembinasa kelas Atago – Mark 41 (96 sel)
  • Pembinasa kelas Murasame – Mark 41 (16 sel) + Mark 48 (16 sel)
  • Pembinasa kelas Takanami – Mark 41 (32 sel)
  • Pembinasa kelas Akizuki – Mark 41 (32 sel)
  • Frigat kelas Anzac – Mark 41 (8 sel)
  • Frigat Masa Depan Tentera Laut Filipina - (Sistem pelancaran menegak Korea/K-VLS) (8 sel)
  • Pembinasa kelas Gwanggaeto the Great (KDX-I) – Mark 48 (16 sel)
  • Pembinasa kelas Chungmugong Yi Sun-shin (KDX-II) – Mark 41 (32 sel) + Sistem pelancaran menegak Korea (K-VLS) (24 sel / 32 sel)
  • Pembinasa kelas King Sejong the Great (KDX-III) – Mark 41 (80 sel) + K-VLS (48 sel)
  • Frigat kelas Daegu (FFX-II) – K-VLS (16 sel)
  • Kapal penabur periuk api kelas Nampo – K-VLS (4 sel)
  • Kapal pendaratan kereta kebal kelas Cheon Wang Bong – K-VLS (4 sel)
Sistem Pelancaran Menegak 
Kruiser peluru berpandu Soviet, Frunze menembak sebuah peluru berpandu daripada Tor VLS
Sistem Pelancaran Menegak 
Pandangan atas Kelas Ticonderoga USS Lake Champlain (CG-57) dengan kotak-kotak berwarna kelabu VLS boleh dilihat berdekatan dengan haluan dan buritan kapal.
    Kapal selam
Sistem Pelancaran Menegak 
VLS jenis kanister Mark 41
    Kapal selam
  • Kapal selam kelas-Los Angeles – Mark 45 (12 tiub) untuk peluru berpandu krus Tomahawk
  • Kapal selam kelas-Virginia – Mark 45 (12 tiub) untuk peluru berpandu krus Tomahawk
  • Kapal selam kelas-Ohio, pengubahan SSGN – Mark 45 (154 tiub) untuk peluru berpandu krus Tomahawk. 22 buah tiub peluru berpandu balistik telah diubahsuai untuk membolehkan tujuh buah tiub VLS konvensional ditempatkan di dalam sebuah tiub SLBM.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Kapal selamPeluru berpandu

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Zainol MacWilsonSyahadahIntan NajuwaMuhamad Akmal SalehSenarai Yang di-Pertuan AgongHaqiem RusliSalahuddin al-AyyubiHot FMAmy SearchGol & Gincu (filem)Merdeka 118Sultanah Nur ZahirahAzhar IdrusSarimah IbrahimKhairy JamaluddinSenarai Surah Al-QuranKerajaan Bani AbbasiyahPersekutuan Tanah MelayuSeri KembanganDollaLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaShah AlamEyka FarhanaPiala Asia B-23 AFCSenarai saluran Astro NJOILebuhraya Utara–Selatan Jajaran SelatanMohamad SabuIndonesiaDewan Negeri SelangorAziz M. OsmanBahasa Melayu SabahSoffi JikanIkan Sebelah LautZakar manusiaAaron AzizMohd Shuhaily Mohd ZainFaizal HusseinBruce GilleyCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahJattSolat jamakKota BharuAhli Sunah WaljamaahAsia TenggaraSaleemLapisan rangkaianBruneiPolis Diraja MalaysiaIzzue IslamGegar Vaganza (musim 10)Hubungan seksPencemaran udaraSolat Sunat JumaatUmar bin Al-KhattabCerita Rakyat MalaysiaAstro RiaSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaKodi RasheedRogolPerubahan iklimJenis darahSolat sunatPasukan Khas UdaraGen1esZodiakArab SaudiUpacara kematian orang CinaSharifah HusnaAnak Jalanan (sinetron)Senarai model kereta ProtonMenteri Besar PerlisQistina KhaledKhairulamingMajapahitSarimah AhmadHalim Radzi🡆 More