Sekolah Menengah Sains Seri Puteri

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri atau lebih dikenali sebagai SESERI ialah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia yang terletak berhadapan dengan bangunan PWTC di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri
Sekolah Menengah Sains Seri Puteri
Lokasi
Kuala Lumpur, Sentul, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh (SBP)
MotoProaktif Inovatif Efektif
Nombor sekolah(+6)03-40411715
PengetuaPn Norzila bt Ali Musa
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Hjh Aida binti Aris
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Azlina binti Md Ali
Penolong Kanan KokurikulumPn Norliza binti M. Yusof
Faks(+6)03-40449614
Laman sesawang

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri telah dibuka pada 1 April 2003 dengan mengambil alih premis Sekolah Seri Puteri yang telah berpindah ke Cyberjaya, Selangor. Sekolah ini merupakan Sekolah Berasrama Penuh yang ke-46 dan sekolah kelima di Malaysia yang pelajarnya terdiri daripada pelajar perempuan sahaja. Sekolah ini merupakan antara sekolah terbaik di Malaysia dan pernah beberapa kali menduduki carta 10 sekolah terbaik dalam negara, terakhir sekali pada tahun 2022 bagi keputusan SPM 2021.

Sekolah ini mengandungi 3 buah blok bangunan iaitu blok pentadbiran, blok akademik dan blok makmal sains. Terdapat juga Dewan Sekolah yang dinamakan Dewan Gemala Puteri, Kantin dan gelanggang permainan yang dipanggil Gelanggang Anggerik Sari. Di kawasan asrama pula terdapat 3 buah blok asrama, satu blok surau serta sebuah Dewan Graha Puri yang merupakan dewan makan untuk para pelajar.

Nama SESERI sinonim dengan bunga orkid. Setiap kelas di SESERI diberi nama berdasarkan nama saintifik bunga orkid iaitu Adioda, Bakerara, Cattleya, Dorisia, Eliara, Fialaara, Helpilia dan Gastisia. Pada tahun 2016, kelas di SESERI telah berkurangan kepada 3 kelas yang diberikan nama Adioda, Bakerara dan Cattleya. Begitu juga dengan nama rumah sukan: EPIDENDRIUM (oren), ONCIDIUM (kuning), DENDROBIUM (merah), dan BRASSIDIUM (hijau).

Misi, visi dan moto

Visi

    Sekolah Menengah Sains Seri Puteri sebagai institusi pendidikan terbilang di peringkat antarabangsa menjelang tahun 2020.

Misi

    Memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan terbaik melalui pengurusan dan kepemimpinan berkualiti bagi melahirkan insan proaktif, inovatif dan efektif dalam memenuhi aspirasi bangsa dan negara.

Moto

    "Proaktif, Inovatif, Efektif".

Senarai pentadbir (semasa)

Bil Nama Jawatan
1. Pn Norzila bt Ali Musa Pengetua
2. Pn Hjh Aida binti Aris Penolong Kanan Akademik
3. Pn Azlina binti Md Ali Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Pn Norliza binti M. Yusof Penolong Kanan Kokurikulum
5. Pn Norhazilah binti Abdullah Ketua Bidang Bahasa
6. En Ahmad Hafiz bin Abdul Halim Ketua Bidang Teknik & Vokasional
7. En Hadi Faizal bin Mohd Rosely Ketua Bidang Sains & Matematik
8. Pn Suhaila binti Abdul Halim Ketua Bidang Kemanusiaan

Lagu sekolah

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri,
Kian cemerlang dan indah bestari,
Cekal tabah berani mesra ICT,
Hadapi cabaran globalisasi.

Proaktif, Inovatif dan Efektif,
Cogan kata panduan kami semua,
Merealisasikan kecemerlangan,
Mara bersatu ke era wawasan.

Kamilah puteri harapan bangsa,
Pewaris srikandi negara,
Bersama cipta satu impian,
Masa depan yang gemilang.

Sentiasa berusaha sedia berbakti,
Mencapai hasrat nan murni,
Berakhlak mulia berjiwa perkasa,
Majulah sekolah ku tercinta.

Rujukan

Tags:

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri Misi, visi dan motoSekolah Menengah Sains Seri Puteri Senarai pentadbir (semasa)Sekolah Menengah Sains Seri Puteri Lagu sekolahSekolah Menengah Sains Seri Puteri RujukanSekolah Menengah Sains Seri PuteriKuala LumpurPWTCSBPSekolah Berasrama Penuh

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Ayob Khan Mydin PitchayBella AstillahParti Islam Se-MalaysiaSharnaaz AhmadKongkekTuanku Abdul RahmanFattah AminHari Raya AidilfitriLumut, PerakTentera Laut Diraja MalaysiaParlimen MalaysiaKesultanan DemakIntan LadyanaPerang UhudJenis darahMalaysia MadaniCibaiKaum-kaum di MalaysiaNelydia SenroseSri Pahang FCMuhammad al-FatihGayatri Su-Lin PillaiIdahSarawakPuteri BalqisJohorPerlembagaan MalaysiaIndeks Pembangunan ManusiaAbdullah bin Ahmad BadawiNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuAisyah AzizIsrak dan MikrajRaysha RizroseKL GangsterLaskar KananHari WesakProton PerdanaSenarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaMaria OzawaPentaksiran Tingkatan TigaMasya-AllahSolat hajatSari YantiLemangSyamsul YusofSalomaGoogleCarles PuigdemontPulau PinangZUS CoffeeAbdul Rahim Mohd NoorTracie SinidolTelefon bimbitHang TuahOrang Melayu IndonesiaSultan Mizan Zainal AbidinTeknologiErry PutraCabang dan mazhab IslamJabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaHael HusainiHawa RizwanaKhadijah binti KhuwailidJambatan Pulau PinangSijil Pelajaran MalaysiaRacun RihannaKamal AdliBarisan NasionalKata namaKumpulan Rock MalaysiaFilipinaIman TroyeKomanderKasih Iris LeonaJasmine Suraya ChinQarinSolat jamak🡆 More