Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu: Sekolah menengah Islam di Sabah

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu (SMKAKK) merupakan sebuah sekolah agama di Kota Kinabalu.

Nama SMKAKK dipilih bersempena nama bandaraya Kota Kinabalu yang merupakan lokasi sekolah ini. Nama ini telah dipilih oleh pengetua pertamanya, Haidon Hadi Sapiri pada tahun 1990. Sebelum ini sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu (SMAKK)

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu: Sejarah, Ikrar pelajar, Pernyataan arah
Lokasi
Bukit Padang,, Kota Kinabalu,, Sabah
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu: Sejarah, Ikrar pelajar, Pernyataan arah Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan Agama berasrama harian, Gred A
MotoBerilmu Beriman Beramal
Ditubuhkan1990
Nombor sekolah088-243548 / 088-230097
Kod sekolahXRA4003
PengetuaUtzh. Shofriza Washlaini binti Muhammad Iyen
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridUs. Mohd Shukor bin Bahari
Penolong Kanan KokurikulumUs. Mohd Zamree Kautis Abdullah
Faks088-241714
Laman sesawang

Dengan tertubuhnya SMKAKK, bilangan sekolah agama di Sabah bertambah. SMKAKK terletak di Bukit Padang, 4 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu. Asalnya, bangunan SMKAKK merupakan tapak Universiti Kebangsaan Malaysia cawangan Sabah yang ditubuhkan pada tahun 1979. Semenjak tahun 1990, UKM cawangan Sabah berpindah ke Menggatal dan dibubarkan pada tahun 1994 dengan penubuhan Universiti Malaysia Sabah.

Sejarah

Sekolah ini telah ditubuhkan pada 1 Disember 1990 (15 Jamadilakhir 1411), hasil daripada hasrat Pengarah Pendidikan Sabah untuk menambah bilangan sekolah agama di Sabah dengan nama asal Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu (SMAKK). Sekitar tahun 2000 namanya ditukar kepada SMKAKK.

SMKAKK merupakan SMKA ketiga yang dibuka di Sabah selepas SMKA Limauan, Papar, dan SMKA Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu.

Guru perintis SMKAKK seramai 12 orang iaitu terdiri daripada Haidon Hadi Sapiri sebagai Pengetua, Adenan Hussin sebagai Timbalan Pengetua, Mohd. Rozaimi Abdul Razak, A. Ismail, Anuar Jasimin, Melih Bidin, Mahyani Simih, Azlan Sukir, Wan Jah Hasbullah, Zaharah Bani Yamin, Rosnani Harun, Noor Husnah Abdullah dan Nasif Kasim sebagai kerani.

Pendaftaran SMKAKK bermula pada 1 Januari 1991. Pelajar pertama berjumlah 205 orang terdiri daripada pelajar 4 buah kelas Tingkatan 1 dan pelajar 3 buah kelas Tingkatan 4. Penubuhan SMKAKK berteraskan Taqwa, Islam dan Ihsan. Justeru, adalah menjadi cita-cita SMKAKK untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang serta mempunyai keperibadian yang teguh sebagai pemimpin negara di masa depan.

Pada 13 April 2011, SMKAKK diiktiraf sebagai Sekolah Tanpa Sampah oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Ikrar pelajar

Kami, pelajar-pelajar SMK Agama Kota Kinabalu berikrar akan mematuhi perkara yang berikut:

  • taat kepada Allah dan menjauhi segala larangannya;
  • menghormati ibu bapa dan guru-guru kami;
  • mematuhi dan melaksanakan peraturan dan disiplin sekolah dengan penuh dedikasi demi kecemerlangan sahsiah kami;
  • sanggup berkorban masa, tenaga, mental dan fizikal demi mematuhi peraturan dan disiplin sekolah;
  • berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam kurikulum dan kokurikulum demi masa depan kami;
  • membantu guru-guru melaksanakan tugas dan aktiviti sekolah demi mencapai visi dan misi sekolah.

Pernyataan arah

Visi

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Etos

3S - Senyum, Sapa dan Salam.

Kebitaraan sekolah

Bicara Berirama

Infrastruktur sekolah

Sekolah ini mempunyai Dewan Ibnu Taimiyyah, Bilik Gerakan Syed Qutb, 48 buah bilik darjah, 5 buah makmal sains, sebuah makmal bahasa, sebuah makmal komputer, Pusat Sumber Al-Ghazali, sebuah bilik kuliah, Surau Ar-Rahman, sebuah bilik kaunseling, sebuah bangunan kejuruteraan, 5 blok asrama, sebuah kantin, sebuah dewan makan, 2 blok bangunan 4 tingkat kediaman kakitangan, sebuah kediaman rasmi Pengetua, 2 buah kediaman rasmi Penolong Kanan, 2 buah gelanggang sukan dan sebuah padang.

Logo SMKAKK


  • HIJAU - Melambangkan semangat kerjasama dan kesejahteraan sekolah.
  • KUNING - Melambangkan keluhuran undang-undang yang wajib di patuhi untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin & berkualiti
  • BIRU LAUT - Melambangkan komitmen yang teguh dan perpaduan di antara pendidik, pelajar & masyarakat.
  • MERAH - Melambangkan semangat pengorbanan untuk menegakkan kebenaran dan cintakan SMAKK.


Hubungi kami

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu Jalan Sekolah Agama 88300 Kota Kinabalu, Sabah

    Telefon: 088-243548
    Faks: 088-241714

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu SejarahSekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu Ikrar pelajarSekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu Pernyataan arahSekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu Infrastruktur sekolahSekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu Logo SMKAKKSekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu Hubungi kamiSekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu RujukanSekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu Pautan luarSekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota KinabaluKota KinabaluSekolah Menengah Kebangsaan Agama

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

AdiraPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IraqSekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji AdnanRaja berperlembagaanSofia JaneSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaAndai Itu TakdirnyaAsia TenggaraMuhammad Sanusi Md NorWikipediaKuchingSyahadahSolat jamakNabi Yusuf a.s.Dini SchatzmannSenarai dail terus antarabangsaVincent TanSultan Sharafuddin Idris ShahBumiputeraWan Azizah Wan IsmailSubhanallahEyka FarhanaUniversiti Utara MalaysiaTrisha OoiKhunsa (siri TV)Surah al-BaqarahPuteri KhareezaLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurRinggitSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiSujud sahwiJanji DianaSolat subuhIsteri-isteri Nabi MuhammadMustaqim BahadonMuhammad al-FatihGerak KhasAb Rauf YusohZizan RazakProton Holdings BerhadBella DowannaJosiah HoganSarah SuhairiNegeri SembilanShaheizy SamAlhamdulillahWings (kumpulan muzik Malaysia)Sharifah HusnaKuala Kubu Baharu (kawasan negeri)Julia RaisSingapura Dilanggar TodakKera bekantanNadia AqilahPiala Asia B-23 AFC 2018Pokok MambuSiti Khadijah HalimBarisan NasionalJohan GhazaliNombor dalam budaya CinaLabuanFarali KhanAlor SetarBaby ShimaBola sepakMenteri Pendidikan MalaysiaLaskar KananMazlan AlimanJohor Darul Ta'zim F.C.Hari Kebangsaan MalaysiaSarawakPerikatan NasionalAhmad Zahid HamidiHero RemajaProton Saga (generasi kedua)Hari WesakPerkhidmatan awam di MalaysiaBuletin UtamaNombor telefon di MalaysiaZakar manusia🡆 More