Raheem Sterling

Raheem Shaquille Sterling (lahir 8 Disember 1994) merupakan seorang pemain bola sepak profesional England yang bermain sebagai pemain tengah untuk Chelsea dan pasukan kebangsaan England.

Dia menerima anugerah Golden Boy untuk tahun 2014 daripada panel wartawan sukan pan-Eropah, mengiktirafnya sebagai pemain bawah-21 terbaik yang bermain di Eropah. Kajian profesional 2015 oleh Soccerex meletakkannya sebagai pemain muda paling berharga di Eropah, dengan nilai €49 juta.

Raheem Sterling
Raheem Sterling
Sterling berlatih bersama Liverpool pada tahun 2014
Maklumat peribadi
Nama penuh Raheem Shaquille Sterling
Tarikh lahir (1994-12-08) 8 Disember 1994 (umur 29)
Tempat lahir Kingston, Jamaica
Ketinggian 1.72 m (5 ka ​7 1116 in)
Posisi permainan Pemain sayap / Pemain tengah / Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Chelsea
Nombor 7
Kerjaya remaja
2003–2010 Queens Park Rangers
2010–2012 Liverpool
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2012–2015 Liverpool 95 (18)
Pasukan kebangsaan
2009–2010 England U16 9 (1)
2010–2011 England B17 13 (3)
2012 England B19 1 (0)
2012– England B21 8 (3)
2012– England 82 (20)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17:31, 3 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21:44, 10 Disember 2022 (UTC)

Dilahirkan di Jamaica, Sterling berpindah ke London ketika berumur tujuh tahun dan memulakan kariernya bersama Queens Park Rangers sebelum menyertai Liverpool pada tahun 2010. Pada bulan Julai 2015, berikutan pertikaian yang panjang tentang kontrak baru, dia ditandatangani oleh Manchester City dengan perpindahan berpotensi bernilai £49 juta, perpindahan tertinggi untuk pemain Inggeris.

Dia mewakili England di peringkat bawah-16, bawah-17 dan bawah-21 sebelum bermain dengan pasukan senior kebangsaan pada bulan November 2012 dan beraksi ketika Piala Dunia FIFA 2014.

Karier kelab

Liverpool

Awal karier

Raheem Sterling 
Sterling memanaskan badan sebelum perlawanan menentang Vålerenga pada bulan Ogos 2011

Sterling ditandatangani oleh Liverpool dari Akademi Queens Park Rangers pada bulan Februari 2010 oleh Rafael Benítez dengan yuran awal £600,000, yang boleh meningkat kepada £5 juta bergantung kepada sebanyak mana penampilan yang dibuatnya dalam pasukan utama. Dia membuat penampilan pertamanya untuk pasukan utama dalam perlawanan persahabatan pra-musim menentang Borussia Mönchengladbach di Jerman pada 1 Ogos 2010.

Sterling bermain dalam pasukan remaja, menjaringkan gol pertamanya dalam perlawanan persahabatan menentang Hibernian dimana mereka seri 2–2. Perlawanan pertamanya daklam Liga Perdana Akademi adalah ketika seri 2–2 dengan Aston Villa, kemenangan pertamanya datang di tempat sendiri ketika menentang Bristol City seminggu kemudian. Pada 15 Disember, Sterling menjaringkan gol dalam Piala FA Belia dimana mereka menang 4–0 ke atas Notts County. Pada 14 Februari 2011, Sterling menjaringkan lima gol ketika mereka menang 9–0 ke atas Southend United.

Pada 24 Mac 2012, Sterling membuat penampilan senior pertamanya untuk Liverpool sebagai pemain gantian ketika perlawanan liga menentang Wigan Athletic, berumur 17 tahun dan 107 hari, menjadikannya pemain ketiga termuda untuk bermain dengan pasukan itu dalam proses. Pada 1 Mei, dia membuat penampilan keduanya, sekali lagi sebagai pemain gantian ketika menentang Fulham. Dalam perlawanan terakhir musim di tempat sendiri, dia membuat satu lagi penampilan sebagai pemain gantian dimana mereka menang 4–1 ke atas Chelsea.

2012–13

Raheem Sterling 
Sterling bermain menentang Gomel pada tahun 2012

Pada bulan Ogos 2012, dia membuat penampilan Eropah pertamanya untuk kelab, masuk sebagai pemain gantian dalam perlawanan kelayakan Liga Europa UEFA menentang Gomel, menggantikan Joe Cole dimana mereka menang 1–0. Pada minggu berikutnya, Sterling menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan senior dalam separuh masa pertama ketika perlawanan persahabatan menentang Bayer Leverkusen. Pada 23 Ogos 2012, dia bermain dalam kesebelasan utama buat kali pertama untuk Liverpool dalam perlawanan kelayakan Liga Europa di tempat lawan menentang Hearts dimana mereka menang 1–0. Dia diletakkan dalam kesebelasan utama dalam liga buat pertama kali tiga hari kemudian dimana mereka seri 2–2 di Anfield menentang Manchester City. Dia bermain keseluruhan 90 minit ketika kekalahan kepada Arsenal pada 2 September, dan ketika seri dengan Sunderland pada 15 September, dimana dia membuat satu bantuan gol dan dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan. Pada 19 September, Sterling merupakan salah seorang daripada sekumpulan remaja yang pergi ke Switzerland untuk menentang Young Boys dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Europa UEFA. Dia menggantikan Stewart Downing pada separuh masa kedua dimana Liverpool menang 5–3. Pada 20 Oktober, Sterling menjaringkan gol kompetitif senior pertamanya untuk Liverpool pada minit ke-29 ketika menang 1–0 dalam liga menentang Reading. Dia kemudiannya menjadi pemain kedua termuda untuk menjaringkan gol dalam perlawanan kompetitif untuk Liverpool, hanya dibelakang Michael Owen.

Pada 21 Disember 2012, Sterling menandatangani kontrak lanjutan. Dia menjaringkan gol liga keduanya untuk kelab pada 2 Januari 2013, ketika menang 3–0 ke atas Sunderland.

2013–14

Raheem Sterling 
Sterling (kiri) berlatih di Anfield bersama Philippe Coutinho (tengah) dan José Enrique (kanan)

Pada 27 Ogos 2013, dia menjaringkan gol pertamanya dalam musim 2013-14, gol pembukaan ketika menentang Notts County dimana mereka menang 4–2 dalam Piala Liga. Pada 4 Disember, Sterling menjaringkan gol pertamanya dalam liga musim itu untuk Liverpool ketika menang 5–1 ke atas Norwich City. Pada bulan Disember, Dia menjaringkan dua lagi gol ketika menang ke atas Tottenham Hotspur (5–0) dan Cardiff City (3–1). Pada 8 Februari 2014, dia menjaringkan dua gol ketika menang 5–1 ke atas Arsenal di Anfield. Pada 13 April, dia menjaringkan gol pembukaan Liverpool ketika kemenangan 3–2 ke atas Manchester City. Seminggu kemudian, dia menjaringkan dua gol dan membuat satu bantuan gol ketika Liverpool menang 3–2 ke atas Norwich City di Carrow Road.

Pada 18 April 2014, dia merupakan salah seorang daripada enam pemain yang disenarai pendek untuk anugerah Pemain Muda Tahunan PFA.

2014–15

Raheem Sterling 
Sterling memanaskan badan untuk Liverpool sebelum perlawanan menentang Hull City.

Pada 17 Ogos 2014, Sterling menjaringkan gol untuk membantu Liverpool menang perlawanan pembukaan mereka dalam musim 2014–15, 2–1 ke atas Southampton di Anfield. Pada 31 Ogos, Sterling menjaringkan gol pembukaan ketika kemenangan 3–0 ke atas Tottenham di White Hart Lane dan dinamakan pemain terbaik perlawanan.

Pada 16 September, Sterling membuat penampilan pertamanya dalam Liga Juara-Juara UEFA ketika menang 2–1 ke atas juara Bulgaria, Ludogorets Razgrad di Anfield.

Pada 14 Disember 2014, dia membuat penampilan ke-100nya untuk Liverpool, dalam perlawanan menentang Manchester United di Old Trafford. Pada 17 Disember, Sterling menjaringkan dua gol ketika kemenangan 3–1 ke atas Bournemouth di Dean Court dalam suku akhir Piala Liga.

Pada 20 Disember, Sterling dinamakan sebagai penerima Anugerah Golden Boy 2014.

Sterling secara rasmi dikecualikan daripada perlawanan Piala FA Liverpool menentang AFC Wimbledon pada bulan Januari 2015, dengan pengurus Brendan Rodgers bertujuan untuk mengelakkan pemain itu keletihan. Dia menggunakan masa itu dengan pergi bercuti ke Jamaica. Pada 31 Januari, Sterling menjaringkan gol pembukaan ketika menang 2–0 ke atas West Ham.

Pada 4 Februari, Sterling menjaringkan gol penyamaan menentang Bolton Wanderers di Stadium Macron untuk memberikan kemenangan 2–1 kepada Liverpool. Pada 22 Februari dia menjaringkan gol kedua untuk Liverpool ketika menang 2–0 ke atas Southampton.

Pada 13 April, Sterling menjaringkan gol pertama ketika menang 2–0 ke atas Newcastle United. Dia dinamakan Pemain Muda Terbaik Musim pada 19 Mei, dan apabila menerima anugerah tersebut dia dicemuh oleh penyokong kerana menolak kontrak baru; dia juga dicemuh pada 7 Jun, ketika bermain untuk England di Dublin.

Pada 16 April 2015, untuk tahun kedua berturut-turut, dia merupakan salah satu daripada enam pemain disenarai pendek untuk anugerah Pemain Muda Tahunan PFA.

Manchester City

Pada 12 Julai 2015, satu perjanjian telah dipersetujui untuk perpindahannya ke Manchester City dengan yuran awal £44 juta, kemungkinan ditambah lagi £5 juta, tertakluk kepada terma peribadi dan perubatan. Pada Julai 14, dia secara rasmi menyertai Manchester City, menandatangani perjanjian lima tahun.

Karier antarabangsa

Walaupun telah tinggal di England sejak berumur lima tahun, Sterling pada mulanya hanya boleh mewakili Jamaica di peringkat antarabangsa. Ia berubah pada bulan September 2009 selepas FIFA bersetuju dengan cadangan oleh Persatuan Bola Sepak England, Northern Ireland, Scotland dan Wales untuk mengemaskinikan "Perjanjian negara rumah", membenarkan pemain yang mendapat pendidikan di negara itu selama lima tahun atau lebih layak untuk mewakili pasukan kebangsaan mereka. Sterling pertama kali mewakili England di peringkat bawah-16 pada bulan November 2009 dalam perlawanan menentang Northern Ireland.

Sterling dipilih bermain untuk England untuk Piala Dunia B-17 FIFA 2011. Dia menjaringkan gol untuk England ketika menang 2–0 ke atas Rwanda di Pachuca. Dia juga menjaringkan gol ketika menentang Argentina dimana England menang 4–2 menerusi penalti. Pada 10 September 2012, Sterling dipanggil ke skuad senior England buat pertama kali untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 menentang Ukraine, tetapi dia tidak digunakan dalam perlawanan itu. Pada awal bulan Oktober, dia dipanggil buat pertama kali ke skuad England bawah-21 dan membuat penampilan pertamanya sebagai pemain gantian ketika menentang Serbia pada 16 Oktober. Dia menjaringkan gol pertamanya untuk England B21 pada 13 Ogos 2013, ketika kemenangan 6–0 ke atas Scotland.

Pasukan senior

Dia membuat penampilan pertamanya untuk England pada 14 November 2012, dalam perlawanan persahabatan menentang Sweden. Pada 5 Mac 2014, Sterling membuat penampilan keduanya dan dinamakan pemain terbaik perlawanan ketika England menewaskan Denmark 1–0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Wembley.

Piala Dunia FIFA 2014

Pada 12 Mei 2014, Sterling dinamakan dalam skuad 23-pemain England untuk Piala Dunia FIFA 2014. Dalam perlawanan persahabatan pra-pertandingan pada 4 Jun, ketika menentang Ecuador di Miami, Sterling dan Antonio Valencia diberi kad merah. Pada 14 Jun, Sterling bermain dalam perlawanan pembukaan ketika kalah 2–1 kepada Itali di Manaus.

Kelayakan UEFA Euro 2016

Pada 27 Mac 2015, Sterling menjaringkan gol senior pertamanya untuk England ketika mereka menang 4–0 dalam perlawanan kelayakan UEFA Euro 2016 menentang Lithuania di Stadium Wembley.

Kehidupan peribadi

Sterling dilahrikan di daerah Maverley, Kingston, Jamaica dan memulakan kehidupan awalnya di sana. Ketika berumur tujuh tahun, dia berhijrah ke London, England bersama ibunya, dan menghadiri Copland School di Wembley, barat laut London. Dia mempunyai seorang anak perempuan, Melody Rose, dilahirkan pada tahun 2012. Bapanya dibunuh di Jamaica ketika Sterling berumur 9 tahun.

Pada 8 Ogos 2013, Sterling ditangkap kerana menyerang bekas teman wanitanya, seorang model. Dia didapati tidak bersalah di Mahkamah Majistret Liverpool pada 20 September, apabila pengadu gagal memberi bukti yang konsisten. Beberapa bulan lebih awal pada 20 Mei 2013, tuduhan serangan terhadap seorang wanita yang lain digugurkan sebelum perbicaraan dijadual bermula, apabila kedua-dua saksi gagal hadir dan pihak pendakwa tidak memberi sebarang bukti yang lebih lanjut. Yuran undang-undang Sterling semasa kes yang lebih awal dibayar oleh mahkamah.

Semasa temu ramah bersama Daily Mail pada tahun 2013, Sterling mengatakan bahawa dia beragama Kristian.

Pada bulan April 2015, gambar Sterling yang ditangkap oleh Sunday Mirror didakwa merokok paip shisha, dan oleh The Sun dikatakan menyedut oksida nitrus untuk tujuan rekreasi. Pengurus Brendan Rodgers berkata "Saya tidak fikir ia adalah sesuatu yang anda harus lakukan, ia semudah itu ... pemain muda melakukan kesilapan. Asalkan mereka belajar daripada kesilapan mereka, itu apa yang penting".

Statistik karier

Kelab

    Sehingga 16 Mei 2015.
Statistik kelab
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Liverpool 2011–12 Liga Perdana Inggeris 3 0 0 0 0 0 3 0
2012–13 Liga Perdana Inggeris 24 2 1 0 1 0 10 0 36 2
2013–14 Liga Perdana Inggeris 33 9 3 0 2 1 38 10
2014–15 Liga Perdana Inggeris 35 7 5 1 4 3 8 0 52 11
Jumlah 95 18 9 1 7 4 18 0 129 23
Manchester City 2015–16 Liga Perdana Inggeris 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah karier 95 18 9 1 7 4 18 0 129 23

Antarabangsa

    Sehingga 14 Jun 2015.
Statistik antarabangsa
Pasukan kebangsaan Tahun Kmncln Gol
England 2012 1 0
2014 12 0
2015 3 1
Jumlah 16 1

Kejayaan

Individu

Rujukan

Tags:

Raheem Sterling Karier kelabRaheem Sterling Karier antarabangsaRaheem Sterling Kehidupan peribadiRaheem Sterling Statistik karierRaheem Sterling KejayaanRaheem Sterling RujukanRaheem Sterling Pautan luarRaheem SterlingBola sepakChelsea F.C.EnglandPasukan bola sepak kebangsaan EnglandPemain tengah

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Rukun ImanPalestin (wilayah)Anak Perjanjian SyaitanHamzah bin Abdul MuttalibMustapha KamalMierul AimanJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaPolis EVO 3Golongan kata (bahasa Melayu)Silat Gayong MalaysiaLionel MessiSenarai kaum di MalaysiaPutri ArianiKulitBola tamparBubur lambukAzhar IdrusKobe Jae ChongTunku Abdul RahmanKota BharuKau Yang TerindahHari GawaiSolozPetronasWak DoyokSyirikPokok MambuSarah SuhairiRukun IslamSophia LianaProton WiraUndang-undangBahasa MaduraUndang-undang MalaysiaOnn Hafiz GhaziNaim DanielTunku Ismail ibni Sultan IbrahimAwesome TVButakFunanPulau PinangLayang Layang PerkahwinanSepak takrawSains sosialSultan PerakShazia RozainiJambatan Pulau PinangLee Kee HiongS.S.C. NapoliTunku Puan NoraInfrastrukturJangan Menangis Cinta (drama)Malek MccroneKugiran MasdoUthman bin AffanSingapuraSurah al-BaqarahLaura AnnaAngeline TanTauhid RububiyahRevolusi PerindustrianKorban KasihMasya-AllahDatuk (gelaran)Mandi wajibSyed Mohd Yusof Syed NasirBangladeshMasjid Wilayah PersekutuanWanita SyurgaSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiLompat tikamBaksoBugisSimpulan bahasaOptimismeAgama BuddhaTengku Ahmad Ismail Mu’adzam ShahSultan Muhammad V🡆 More