Qada' (Arab: قَضَاءcode: ar is deprecated , transl.: qaḍāʾ, Melayu: kehendak (Allah)) dan Qadar (Arab: قدرcode: ar is deprecated , transl.: qadr, Melayu: keputusan; takdir) ialah takdir ketuhanan dalam Islam.
Percaya kepada qada dan qadar adalah Rukun Iman keenam. Iaitu mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah semata-mata.Ibnu Hajar al-Asqalani berkata, “Mereka, yakni para ulama mengatakan, ‘Qadha’ adalah ketentuan yang bersifat umum dan global sejak zaman azali, sedangkan qadar adalah bagian-bagian dan perincian-perincian dari ketentuan tersebut"
Hadith:- Dari Ibn Abbas r.anhuma meriwayatkan bahawa Jibrail a.s bertanya kepada Baginda Rasulullah s.a.w: apakah itu iman? Baginda s.a.w menjawab; Iman itu ialah kamu beriman kepada Allah S.W.T,kepada Hari akhirat,kepada malaikat-malaikat, kepada kitab-kitab, kamu beriman dengan adanya mati dan kehidupan setelah mati, beriman dengan syurga dan neraka, Penghisaban dan timbangan dan beriman dengan takdir yang berlaku sama ada baik atau buruk. Jibrail a.s bertanya jika aku buat demikian adakah aku beriman? rasulullah s.a.w menjawab "jikalau kamu berbuat sedemikian maka kamu sudah beriman. Hadith Musnad Ahmad
Daripada Ibn Abbas r.anhuma meriwayatkan bahawa Jibrail a.s bertanya kepada Baginda Rasulullah s.a.w: apakah itu iman? Baginda s.a.w menjawab; Iman itu ialah kamu beriman kepada Allah S.W.T,kepada Hari akhirat,kepada malaikat-malaikat, kepada kitab-kitab, kamu beriman dengan adanya mati dan kehidupan setelah mati, beriman dengan syurga dan neraka, Penghisaban dan timbangan dan beriman dengan takdir yang berlaku sama ada baik atau buruk. Jibrail a.s bertanya jika aku buat demikian adakah aku beriman? rasulullah s.a.w menjawab "jikalau kamu berbuat sedemikian maka kamu sudah beriman. Hadith Musnad Ahmad
Sebagai seorang Islam, wajiblah Yakin bahawa segala apa yang kita hendak laksanakan tidak mampu untuk kita buat melainkan dengan adanya Izin Allah. Seseorang hendak buat baik atau buruk perlukan Izin dari Allah. Ataupun apa yang di rancangan Manusia hanya akan terlaksana jika di takdirkan oleh Allah. Ada takdir yang mana tidak sesuai dengan apa yang kita hendak ada takdir yang selari dengan kehendak kita. Lahir di perut siapa keturunan apa dan sebagainya bukan sesuatu di atas pilihan kita. Ada takdir yang selari dengan kehenadak kita seperti pilihan buat baik atau jahat. kita berkehendak buat jahat kadang Allah izinkan dan kadang Allah tidak Izinkan. sebab itu ia dihisab sebab perbuatan itu atas pilihan kita dan dengan Izin Allah sebab itu juga buat baik dapat pahala dan buat jahat dapat dosa. Percakapan biasa dalam Bahasa Melayu "kita hanya merancang Tuhan yang menentukan". Namun yakini baik dan buruk dari Allah adalah Rukun Iman.
Hadith:-
عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري ومسلم
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
Maka segala perbuatan telah ditakdirkan tidak akan berlaku perubahan sedikitpun di atas apa yang tertulis di Lauhul Mahfuz. Maka usaha (ikhtiar) itu adalah perkara asing, manusia perlu berusaha bukan sebab usaha itu akan mengubah takdir tetapi sebab tidak ada orang yang mengetahui apa yang ditakdirkan oleh Allah. Usaha adalah anugerah Allah kepada manusia. Yakin usaha boleh mengubah sesuatu tampa izin Allah juga termasuk syirik. Jadi Usaha itu perlu tetapi dengan yakin yang betul yang mengubah sesuatu adalah Allah.
Allah berfirman:-
وَاللهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
إن الله صانع كل صانع وصنعته
“Sesungguhnya Allah pencipta setiap pelaku perbuatan dan perbuatannya” (HR. Al Baihaqi, Syu’abul Iman, No. 188. Dishahihkan Al Albani dalam As Silsilah Ash Shahihah No. 1637, Al Hakim juga menshahihkan, dan disepakati Adz Dzahabi)
قُلْ فَلِلَّهِ الْحُجَّةُ الْبَالِغَةُ فَلَوْ شَاءَ لَهَدَاكُمْ أَجْمَعِينَ:
Maka boleh difahami disini ayat quran di atas bukan bererti secara mutlak usaha itu akan mengubah takdir tetapi usaha yang kita lakukan adalah apa yang Allah telah takdirkan dan juga hasil dari usahapun seperti apa yang Allah takdirkan.
Boleh berlaku kita nak pergi menunaikan Haji tetapi Allah tidak takdirkan kita untuk pergi menunaikan Haji sedang kita dah berazam maka pada kedaan ini kita perlukan izin Allah untuk lakukan walaupun perkara baik. Dalam kata lain Allah tidak takdirkan kita untuk pergi Menunaikan Haji sedang pahala bagi haji yang sempurna akan di perolehi kerana niat itu. Begitu juga dalam keadan satu orang yang berazam sunguh-sunguh untuk mencuri; tetapi Allah tidak takdirkan dia untuk curi maka dia tetap tidak akan dapat mencuri tetapi dari segi dosa dia tetap akan dapat dosa seolah-olah dia telah mencuri.
Hadith:-
Jadi tampa izin Allah tidak ada apapun yang akan berlaku.
Maka disini akan timbul beberap persoalan:-
Adakah jadi jahat dan baik itu ditakdirkan oleh Allah juga?
Maka jawapan adalah ia Allah tetapkan namun perlu diingat apa yang Allah takdirkan itu bukanlah sesuatu yang bercanggah dengan kehendak hamba itu. Maka satu orang jadi jahat dan baik kerana kehendak dia dan Allah takdirkan dia jadi jahat atau baik bersamaan dengan kehendak hamba-Nya itu.
Di atas Adalah Akidah Ahli Sunnah Waljma'ah berkenan Qada dan Qadar.
Manakalah golongan yang mengatakan Allah tidak tetapkan perbutan manusia adalah akidah Qadariyah(akidah ini ditentang oleh Imam Abu hanifah dan Imam syafie) dan Akidah Muktazillah(ditentang oleh Imam Hambali dan beliau di penjarakan oleh pengusa yang berakidah Muktazilah) dan pada akhir zaman ini muncul gerakan Hizbut Tahrir Ulama' mereka Taqiuddun An-Nabahani berkata perbuatan manusia bukanlah sesuatu yang di tetapkan oleh Allah. Sebabkan hizbut Tahrir Aqidah seprti fahaman Qadariyah dan Muktazillah maka ulama' mereka berkata Aqidah ASWJ adelah sama dengan Jabariah dan lebih parah lagi mereka mengatakan ASWJ sebagai jabariyun.
Manakala golongan yang serahkan semua pada Allah tampa ada sebarang usaha itu adalah Jabariyah (Aqidah yang salah menurut ulamak-ulamak muktabar) mereka juga mengatakan manusia jadi jahat atau baik kerana paksaan.
Akidah-Akidah yang menyimpang ini adalah kerana menyalahfahami maksud Qada dan Qadar.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Qada dan Qadar, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.