Sahih Muslim

Sahih Muslim (Arab: صحيح مسلم, ṣaḥīḥ Muslim, tajuk sebenar "Al-Musnadu Al-Sahihu bi Naklil Adli") ialah salah satu dari enam kitab hadis dalam Islam Ahli Sunah Waljamaah. Kitab ini yang disusun oleh Imam Muslim, merupakan salah satu dari dua kitab yang paling sahih dan murni sesudah Kitabullah (Al-Quran), bersama dengan Sahih Bukhari. Kedua kitab shahih ini diterima baik oleh segenap umat Islam.

Imam Muslim telah mengerahkan seluruh kemampuannya untuk meneliti dan mempelajari keadaan para perawi, menyaring hadith-hadith yang diriwayatkan, membandingkan riwayat-riwayat itu satu sama lain. Muslim sangat teliti dan hati-hati dalam menggunakan lafaz-lafaz, dan selalu memberikan isyarat akan adanya perbezaan antara lafaz-lafaz itu. Dengan usaha yang sedeemikian rupa, maka lahirlah kitab shahihnya.

Bukti mengenai keagungan kitab itu ialah suatu kenyataan, di mana Muslim menyaring isi kitabnya dari ribuan riwayat yang pernah didengarnya. Diceritakan, bahawa ia pernah berkata: "Aku susun kitab shahih ini yang disaring dari 300,000 hadith."

Diriwayatkan dari Ahmad bin Salamah, yang berkata: "Aku menulis bersama Muslim untuk menyusun kitab shahihnya itu selama 15 tahun. Kitab itu berisi 12,000 buah hadith.

Dalam pada itu, Ibn Salah menyebutkan dari Abi Quraisy al-Hafiz, bahawa jumlah hadith Shahih Muslim itu sebanyak 4,000 buah hadith. Kedua pendapat tersebut dapat kita kompromikan, iaitu bahawa perhitungan pertama memasukkan hadith-hadith yang berulang-ulang penyebutannya, sedangkan perhitungan kedua hanya menghitung hadith-hadith yang tidak disebutkan berulang.

Imam Muslim berkata di dalam Shahihnya: "Tidak setiap hadith yang shahih menurutku, aku cantumkan di sini, yakni dalam Shahihnya. Aku hanya mencantumkan hadith-hadith yang telah disepakati oleh para ulama hadith."

Beliau juga pernah berkata, sebagai ungkapan gembira atas kurnia Tuhan yang diterimanya: "Apabila penduduk bumi ini menulis hadith selama 200 tahun, maka usaha mereka hanya akan berputar-putar di sekitar kitab musnad ini."

Ketelitian dan kehati-hatian Muslim terhadap hadith yang diriwayatkan dalam Shahihnya dapat dilihat dari perkataannya sebagai berikut: "Tidaklah aku mencantumkan sesuatu hadith dalam kitabku ini, melainkan dengan alasan; juga tiada aku menggugurkan sesuatu hadith daripadanya melainkan dengan alasan pula."

Imam Muslim di dalam penulisan Shahihnya tidak membuat judul setiap bab secara terperinci. Adapun judul-judul kitab dan bab yang kita dapati pada sebahagian naskah Shahih Muslim yang sudah dicetak, sebenarnya dibuat oleh para pengulas yang datang kemudian. Di antara pengulas yang paling baik membuatkan judul-judul bab dan sistematik babnya adalah Imam Nawawi dalam Syarahnya.

Lihat juga

Rujukan

  • Kitab Hadith Shahih yang Enam, Muhammad Muhammad Abu Syuhbah.

Pautan luar

Tags:

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

A FamosaShahrulezad MohameddinSungai BulohS.S.C. NapoliJenayah kolar biruProton WajaMaktab Rendah Sains MARACendolAedy AshrafPembantu perubatanPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaKaabahPenjodoh bilangan bahasa MelayuSubang JayaBaju kebayaKelapa sawitDubrovnikNegeri SembilanNabila HudaAiman Hakim RidzaKementerian Komunikasi MalaysiaDompet digitalKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Senarai haiwanMamat KhalidJuventus F.C.Lelaki ItuSyed Zainal Abidin Syed Mohd TahirBaju MelayuWudukAbu Bakar as-SiddiqHannah DelishaIbnu KhaldunMenteri Dalam Negeri MalaysiaM. NasirPerang UhudOnn Hafiz GhaziBugisHari Kebangsaan MalaysiaTakdir Itu Milik AkuTerengganuIsu kalimah Allah pada stoking 2024SolozKhamis PutihSimpulan bahasaSolatAlat kebesaran diraja MalaysiaNabi Ibrahim a.s.Kadet Remaja Sekolah MalaysiaNorish KarmanUniversiti MalayaSlot SamarindaSingapura dalam MalaysiaSyed Danial Syed AhmadPerkahwinan menurut IslamJessica MilaFarid KamilBendera PalestinSlot MegaDramaKabungSelangorBola sepakHamzah bin Abdul MuttalibAgama BuddhaP. RamleeHero RemajaAzan dan iqamatPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaKhairulamingGangga NegaraIslam di RwandaAliff AzizNabi Nuh a.s.Azhar IdrusKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaPolisJep Sepahtu🡆 More