Pustaka Peringatan P. Ramlee: Muzium di Kuala Lumpur, Malaysia

Pustaka Peringatan P.

Ramlee atau Memorial P.Ramlee merupakan tarikan di Kuala Lumpur, Malaysia. Pustaka peringatan ini terletak di Jalan Dedap, Taman P. Ramlee (juga dikenali sebagai Taman Forlong) di Setapak. Ia dibina pada 11 Julai 1986, bagi memperingati sumbangan P. Ramlee dalam bidang seni.

Pustaka ini mempuyai beberapa bahagian untuk mempamerkan kejayaan dan sumbangan beliau dalam industri perfileman negara kita. Tokoh seni yang bukan calang-calang orangnya ini banyak berjasa demi perkembangan dunia filem tanah air. Bangunan ini menjadi sumber rujukan kepada pencinta seni tanah air sebagai sumber ilham. Sudut pameran yang tersergam indah dengan ruang koleksi filem P. Ramlee, kejayaan serta anugerah beliau dan barangan peribadi menjadi tarikan sehingga ke hari ini. Realitinya, Pustaka Peringatan P. Ramlee menjadi mercu tanda bagi perkembangan industri filem Tanah Melayu.

Latar belakang

Pada era 70-an, bangunan yang dibina ini merupakan tempat kediaman penduduk yang dikatakan sebagai Taman Furlong. Rumah banglo yang terletak di alamat No 22, Jalan Dedap, Taman Furlong, Setapak, 53000 Kuala Lumpur merupakan bekas rumah P.Ramlee sehingga berakhirnya hayat beliau yang terakhir. Rumah ini adalah sebagai hadiah serta tanda penghargaan Shaw Brothers kepada P.Ramlee. Bangunan ini merupaka lambang kegemilangan kegiatan seni industri perfileman pada masa itu. Setelah pemergian P. Ramlee, bangunan ini dibiarkan buat sementara waktu. Kemudian, banguan bersejarah ini dihidupkan dan diberikan rupa baharu.

Bangunan ini merupakan sebuah banglo setingkat yang pernah menjadi rumah kediaman Allayarham Tan Sri P. Ramlee sehingga beliau meninggal dunia pada 27 Mei 1973. Pada 22 Mac 1986, bangunan tersebut diubah suai dan dijadikan sebagai Pustaka Peringatan P.Ramlee. Bangunan ini dirasmikan oleh YB Anwar Ibrahim iaitu Menteri Kesenian Belia dan Sukan pada masa itu. Bangunan ini terletak di Setapak, Kuala Lumpur. Pustaka ini dikelolakan oleh Kementerian Kesenian Belia dan Sukan manakala diuruskan oleh Arkib Negara Malaysia. Anggaran kos pembinaan bangunan ini sebanyak RM 15000. Namun begitu, sumbangan sebanyak RM 50000 telah diberikan oleh kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri Sarawak, negeri Selangor, Kementerian Penerangan Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Petronas dan Lembaga Totalistator untuk pengubahsuaian dan penyelenggaran bangunan ini.

Struktur bangunan

Pustaka ini merupakan banglo setingkat yang berkeluasan 7,200 kaki persegi. Bahagian luar banguan ini dibina dengan batu-bata dan simen. Bahagian dalaman bangunan ini pula berlapikkan dengan kayu. Hal ini adalah untuk mencantikkan ruang pameran dan menarik minat para pelancong. Sebenarnya, Shaw Brothers yang merupakan penerbit filem yang terkemuka di Tanah Melayu pada masa itu yang memberikan rumah ini kepada P. Ramlee sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan sumbangan beliau. Bangunan ini mempunyai seni bina mengikut cara moden dan berpengaruh Inggeris kerana bumbungnya berbentuk segi tiga.

Lihat juga

Pautan luar

Tags:

Pustaka Peringatan P. Ramlee Latar belakangPustaka Peringatan P. Ramlee Struktur bangunanPustaka Peringatan P. Ramlee Lihat jugaPustaka Peringatan P. Ramlee Pautan luarPustaka Peringatan P. RamleeKuala LumpurMalaysiaP. RamleeSetapak

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Azahari HusinEtnik MelayuPolitik balas budiSolatTony EusoffNasi kandarNorish KarmanSijil Tinggi Agama MalaysiaHans IsaacProton WiraBismillahSolat Sunat Tahiyyatul MasjidRaja berperlembagaanHari Paskah BesarAliff AzizUndang-Undang Laut MelakaAssalamualaikumNabi Isa a.s.Siti Khadijah HalimPeristiwa Bukit KepongMuhammad al-FatihAbdullah bin Ahmad BadawiRadius OneAmelia HendersonBaksoRedza RosliBahasa LampungKetupatBahasa ArabUndang-undangJambatan Pulau PinangGeografi JohorSyirikPerjanjian HudaibiyahSemenyihPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Hantu Kak Limah Balik RumahPerlisAsiaPendidikan di MalaysiaJep SepahtuKorea SelatanOrang Melayu MalaysiaDaerah LangkawiKata adjektifSistem SuriaKulitHemoroidHari Raya AidilfitriAgama BuddhaJata MalaysiaSelangorYang di-Pertua Negeri SarawakNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuDaiyan TrishaFarah AhmadPrivate BodyguardPuncak AlamSenarai saluran Astro NJOINasi lemakHang TuahAmyra RosliDarah yang keluar dari rahim wanitaGabenor Bank Negara MalaysiaSlot SamarindaLaila NasirPedofilia1Adab menyambut kelahiran bayi menurut IslamJibrailGantung The SeriesSolozSultan SelangorOmanKanchan TiranaNur (drama)Gangga Negara🡆 More