Pondan

Queer adalah istilah payung yang merangkumi minoriti seksual yang tidak cenderung/berahi kepada lain seks dan minoriti mengenalkan dan mengekspresikan diri di luar keduaan/binari gender yang lazim dalam sesebuah masyarakat.

Pengistilahan

Queer

Masyarakat penutur bahasa Inggeris umum menggunakan istilah queer yang memayung asalnya bermaksud "pelik" atau "aneh" yang boleh melanjut kepada "perasaan tidak senang atau membingungkan atau mendatangkan syak", ia turunan akar Proto-Jermanik *þwerhaz bererti "serong". Semakin lama ia meluas dari takrifan sempit "gay atau lesbian" kepada "tidak heteroseksual" atau tidak secenda jiwa (not cisgender). Penulisan arus utama pada abad ke-20 menggunakan queer sebagai ungkapan menghina kepada lelaki yang dilihat berkelakuan melagak berlebihan (flamboyant). Hal ini berubah pada tahun 1960an dan 1970an, apabila golongan aktivis LGBT negara-negara Barat menggunakan semula perkataan ini dengan konotasi yang meraikan (reclaim) dalam kegiatan berkaitan membincangkan keperluan khusus masyarakat mereka.

Mengikut kajian, antara 5% hingga 20% golongan bukan heteroseksual di Amerika Syarikat menggunakan istilah queer] bagi diri mereka. Walaupun demikian, [ masih ada yang kurang selasa dengan penggunaan queer] oleh sebab sejarah penggunaannya yang negatif terhadap golongan LGBT.

Pondan

Pinjaman bahasa Tamil பெண்டன் peṇṭan diakar kata பெண் peṇ "perempuan".

Pondan, terutamanya sebelum tahun 1980-an, digunakan sebagai istilah payung bagi lelaki gay, biseksual dan queer, terutamanya yang feminin dari segi ekspresi gender mereka (bagi merujuk kepada orientasi seksual) serta perempuan transgender  (bagi merujuk kepada identiti gender). Hal ini menimbulkan kekeliruan kalangan masyarakat umum berkenaan identiti gender perempuan transgender, yang sering kali menyamakan lelaki gay dengan perempuan transgender. Oleh yang demikian, pada tahun 1980an, golongan perempuan transgender memperkenalkan isitilah mak nyah untuk membezakan antara lelaki gay dan perempuan transgender

Pada 2017, seorang pengusaha wanita transgender menamakan gerai nasi lemaknya nasi lemak pondan. Ada yang melihat penggunaan istilah pondan dalam konteks ini sebagai usaha untuk menuntut semula dan menyingkirkan konotasi negatif terhadap istilah tersebut. Tetapi ada juga dalam kalangan wanita transgender yang kurang selesa dengan penggunaan perkataan pondan kerana penggunaan negatifnya oleh masyarakat umum. Gerai tersebut viral di media sosial dan meraih perhatian umum. Walau bagaimanapun, akibat kecaman oleh masyarakat umum, termasuklah mufti, pengusaha tersebut terpaksa membuang make-upnya dan berpakaian neutral gender, untuk meredakan kecaman yang diterimanya.

Darai

"Darai" (Jawi: داراي, ejaan lama داري‎) diertikan dalam kamus A Malay-English dictionary gubahan Richard James Wilkinson 1901 sebagai "wanita yang hilang syahwat" (sexual impotence in the female) sewarisan dengan darèě dalam bahasa Aceh dan darih dalam bahasa Jawa bererti "sida-sida".

Darai selalunya digunakan bagi golongan perempuan transgender dalam konteks pejoratif atau yang menghina atau mengaibkan. Istilah yang lebih sesuai dan terhormat adalah perempuan transgender.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Pondan PengistilahanPondan RujukanPondan Pautan luarPondanGenderKecenderungan seksualKeheteroseksualan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Solat hajatKata hubung (bahasa Melayu)Semenanjung MalaysiaKau Yang TerindahSarah SuhairiSyafiq KyleKabungSultanah Nur Diana Petra AbdullahQatarDunia IslamBadmintonLembah BujangKementerian Kesihatan MalaysiaFatimah al-ZahraAaron AzizMacSlot LestaryOrang LampungAzam AzmiAna DahliaParameswaraOptimismePasukan Gerakan AmErry PutraRaihanTakwim HijrahPortugalInna lillahi wa inna ilaihi raji'unAliff Syukri KamarzamanRita NadiraRock Oo!JudiSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiLembah KlangSetelah Cinta Itu PergiKetumRinggitThe GadysSunan BonangBaju kebayaWings (kumpulan muzik Malaysia)T-araPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaPerempuan Itu (drama)Kata ganti nama (bahasa Melayu)Toyota AgyaFunanImbuhan kata nama (bahasa Melayu)Piala Dunia FIFA 2010Ikan bandarayaSerpihan SayangOne Cent ThiefNasrizal NgasriHalim RadziButakRakaatSharifah HusnaFahmi FadzilNajib RazakAdnan Abu Hassan (ahli politik)Akulah BalqisMeerqeenAerofonKerajaan Bani UmaiyahTeknologi hijauKesultanan Melayu MelakaMasjid Wilayah PersekutuanPencemaran udaraBola jaringAliff Dalam 7 DimensiKementerian Komunikasi MalaysiaSophia AlbarakbahPersatuan Negara-negara Asia TenggaraEman MananRozita Che WanSolatKelayakan Piala Asia AFC 2027Surah Al-Insyirah🡆 More