Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008

}


Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008 merupakan pilihan raya kecil yang diadakan pada 26 Ogos 2008 setelah Ahli Parlimen P44 Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatannya pada 31 Julai 2008. Pilihan raya kecil ini digelar sebagai "Ibu Segala Pilihan Raya Kecil" oleh media disebabkan oleh kemungkinan implikasi pilihan raya kecil tersebut dan juga profil Anwar Ibrahim yang tinggi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008 dan undian pada 26 Ogos 2008.

Pada 28 Ogos 2008, Anwar Ibrahim telah memenangi pilihan raya ini dengan menewaskan Arif Shah Omar Shah(BN) dan Hanafi Mamat(AKIM) telah mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Yang di-Pertua Dewan turut mengisytiharkan Anwar sebagai ketua pembangkang.

Fakta Semasa Kerusi Permatang Pauh (Sumber:Malaysiakini.com)
Fakta Semasa Kerusi Permatang Pauh (Sumber:Malaysiakini.com)

Latar belakang

Pada 27 Julai 2008 Anwar telah berkata bahawa beliau menyasarkan untuk kembali ke parlimen buat pertama kali sekirnya mahkamah mengarahkan satu pilihan raya kecil berdekatan dengan kampungnya. Kerusi yang dimaksudkan oleh beliau kemungkinan adalah Parlimen Kulim-Bandar Baharu yang berdekatan dengan Permatang Pauh di Pulau Pinang. Pilihan raya kecil ini diadakan setelah Ahli Parlimen P44 Permatang Pauh, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghantar surat ke Yang di-Pertua Dewan bagi mengosongkan kerusinya di Permatang Pauh pada 31 Julai 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke kancah politik Malaysia. Pegawai parti mengatakan bahawa pilihan raya kecil mesti diadakan dalam masa 60 hari. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, dengan undian akan diadakan sepuluh hari kemudian pada 26 Ogos 2008. Sebanyak 58,459 pengundi di parlimen Permatang Pauh layak untuk mengundi pada 26 Ogos, waktu hari bekerja (Selasa), ditambah lagi dengan 490 pengundi pos.

SPR melantik pegawai daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahaya sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil itu dengan dibantu tiga penolong pengurus - Zainol Abidin Md Noh (setiausaha Majlis Perbandaran Seberang Perai), Kamarul Haizal Koderat (ketua penolong pegawai daerah) dan Azizal Ahmad (penolong pegawai daerah).

Anwar Ibrahim telah didakwa pada 7 Ogos 2008 di atas dakwaan liwat di bawah Penal Kod Seksyen 377B, mengisi spekulasi bahawa kemungkinan konspirasi oleh kerajaan Malaysia untuk menggagalkan kempen pilihan raya beliau.

Profil Parlimen

Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008 

Kerusi Parlimen P.44 Permatang Pauh terletak di negeri Pulau Pinang. Ia dibahagikan kepada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Seberang Jaya (N.10) yang diwakili oleh YB Datuk Arif sendiri (sila lihat rajah di sebelah), DUN Permatang Pasir (N.11) dan DUN Penanti (N.12). Di dalam pilihan raya umum 2008, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail daripada Parti Keadilan Rakyat (satu parti komponen gabungan Pakatan Rakyat), telah menjana 30,338 undi, mengalahkan Pirdaus Ismail daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) (satu parti komponen Barisan Nasional) (16,950 undi) .

Pengundi

Seramai 58,459 pemilih termasuk 490 melalui pos layak membuang undi pada pilihan raya kecil ini. Daftar pemilih yang digunakan dalam pilihan raya tersebut dikemaskinikan sehingga 31 Julai 2008. Pengundi mengikut pecahan kaum adalah majoritinya adalah pengundi berbangsa Melayu dengan 69.4 % diikuti bangsa Cina, 24.5 % dan bangsa India hanya 6 % manakala lain-lain adalah 0.1 %.

Sejarah pilihan raya

Parlimen Permatang Pauh merupakan kubu kuat Anwar Ibrahim sejak 1982 lagi. Pada 1999, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana suaminya berada di dalam penjara. Wan Azizah mendapat undi sebanyak 23,820 undi berbanding lawannya dari UMNO, Datuk Dr Ibrahim Daad yang hanya mendapat 14,743 undi.

Lima tahun berikutnya Wan Azizah mempertahankan kerusi tersebut namun dengan majoriti yang kurang iaitu hanya 590. Beliau mendapat undi sebanyak 21,373 undi berbanding lawannya 21,147 undi.

Pada 2008, beliau mengalahkan bekas Imam Besar Masjid Negara yang juga Exco Pemuda UMNO, Dato' Pirdaus Ismail dengan majoriti yang tinggi iaitu sebanyak 13,388. Wan Azizah mendapat 30,338 undi berbanding Pirdaus hanya mendapat 16,950 undi.

Jadual berikut merupakan rentetan pilihan raya di Permatang Pauh semenjak 1969:-

Tahun Ahli Parlimen Parti Lawan Parti Lawan Majoriti
1969 Mohd Nor Bakar Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008  Perikatan Musa Mohd Yatim Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008  PAS -
1974 Ariffin Md Daud Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008  BN-UMNO Abu Bakar Murni Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008  Pekemas -
Baharuddin Ibrahim Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008  PSRM -
1978 Zabidi Ali Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008  PAS Ariffin Md Daud Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008  BN-UMNO -
1982 Datuk Seri Anwar Ibrahim Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008  BN-UMNO Zabidi Ali Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008  PAS 14,352
1986 Datuk Seri Anwar Ibrahim Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008  BN-UMNO Mohamad Sabu Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008  PAS 10,479
1990 Datuk Seri Anwar Ibrahim Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008  BN-UMNO Mahfuz Omar Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008  PAS 16,150
1995 Datuk Seri Anwar Ibrahim Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008  BN-UMNO Abdul Rahman Manap Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008 DAP 23,515
1999 Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008  PKR Dato' Dr Ibrahim Saad Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008  BN-UMNO 9,077
2004 Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008  PKR Dato' Pirdaus Ismail Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008  BN-UMNO 590
2008 Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008  PKR Dato' Pirdaus Ismail Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008  BN-UMNO 13,388

Calon bertanding

Fail:Ceramahpkr1.jpg
Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menyampaikan ceramah di Kampung Baru Sungai Lembu, Bukit Mertajam

Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Nama calon Parti
Datuk Seri Anwar Ibrahim Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008  Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Datuk Arif Shah Omar Shah Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008  Barisan Nasional-UMNO
Hanafi Mamat Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM)

Calon Pakatan Rakyat

Fail:Calonppauh.jpg
Najib menjulang tangan Arif Shah (dua dari kanan) bersama Pengerusi BN Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (kiri) dan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid semasa pengumuman calon BN di Seberang Jaya pada 13 Ogos 2008

Pada 27 Julai 2008, Anwar Ibrahim mengumumkan mahu bertanding di dalam pilihan raya kecil supaya dapat memasuki Parlimen Malaysia. Sebelum menyatakan akan bertanding di Permatang Pauh, beberapa kerusi Parlimen telah diintai oleh Anwar Ibrahim seperti Parlimen Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan Kulim-Bandar Baharu.

Calon Barisan Nasional

Seorang bekas pemimpin UMNO Permatang Pauh Umno telah berkata bahawa calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil bagi kerusi pada 26 Ogos 2008 mesti mempunyai tiga-tiga ciri ini. Pertama, beliau mesti bergerak ke seluruh kawasan dan memenangi hati orang-orang muda kerana mereka ini adalah orang "atas pagar." Kedua, calon mesti berpengaruh dan tahu rahsia-rahsia dan strategi-strategi penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketiga, beliau mesti mempunyai must rekod bersih dan boleh diterima oleh kawan dan lawan di Permatang Pauh. Arif Shah, calon BN merupakan rakan rapat Anwar ketika pemimpin PKR itu menjadi Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh. Beliau berharap akan menjadi 'giant killer' yang dapat mengalahkan Anwar Ibrahim.

Ezam Mohd Nor, bekas Angkatan Muda Keadilan telah bersumpah untuk membuat apa sahaja yang beliau mampu untuk menafikan kemenangan Anwar dan kembali aktif berpolitik. Malah beliau telah menawarkan diri menjadi calon menentang Anwar walaupun berikrar akan menyokong siapa sahaja yang dipilih oleh parti. Selain itu Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, juga pernah ditawarkan oleh UMNO menjadi calon menentang Anwar. UMNO Bahagian Permatang Pauh mencadangkan ketuanya Datuk Abdul Jalil Abdul Majid sebagai calon Barisan Nasional untuk menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh. Akhirnya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Datuk Arif Shah Omar Shah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya sebagai calon BN pada 13 Ogos 2008.

Calon lain

Angkatan Keadilan Insan Malaysia berharap pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh akan menjadi langkah permulaan kepada AKIM untuk bergerak lebih jauh dalam politik. Hanafi Hamat menafikan dakwaan tindakan beliau bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh hanya bertujuan memecah undi Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau juga menafikan penglibatan beliau di dalam pilihan raya ini dibiayai oleh PAS. Sebaliknya, beliau menyertai pilihan raya kecil itu atas dasar untuk memperbetulkan pelbagai kelemahan di negara ini.

Calon-calon yang bertanding pada awalmya kemungkinan besar adalah dua penjuru iaitu pertembungan daripada Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional. Akan tetapi kemungkinan pertembungan tiga penjuru juga tidak boleh dinafikan berikutan pada 7 Julai 2008, Hanafi Mamat, Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) mengishtiharkan bahawa mereka mungkin menamakan dan menghantar calon di kawasan berkenaan pada masa tersebut.

Suasana Pilihanraya

Penamaan calon

Fail:Bt 07.1.jpg
Tiga calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil. Dari kiri Arif Shah, Hanafi Mamat dan Anwar Ibrahim. Mereka menyerahkan borang penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Institut Perguruan Tuanku Bainun

Arif Shah Omar Shah menyerah borang pukul 9.03 pagi, diikuti Anwar Ibrahim pukul 9.12 pagi dan Hanafi Mamat pula 9.40 pagi. Senarai tiga calon rasmi bertanding diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahaya kira-kira pukul 12 tengah hari di hadapan lebih 20,000 penyokong parti, yang majoritinya BN dan Pakatan Rakyat, di padang Institut Perguruan Tuanku Bainon, Mengkuang, Bukit Mertajam. Semasa sesi penamaan calon ditutup pukul 10 pagi, dimaklumkan bahawa empat calon mengemukakan borang masing-masing. Bagaimanapun calon keempat, Dr. Mansor Othman, anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan bekas Ketua PKR Pulau Pinang telah menarik diri selepas sesi bantahan berakhir sejam kemudian. Mansor diletakkan untuk meneruskan perjuangan PKR, sebagai langkah berjaga-jaga jika pencalonan Anwar ditolak. Akibat daripada penarikan diri itu, Mansor kehilangan depositnya kerana keputusan itu dibuat selepas pukul 10 pagi, selepas waktu penyerahan borang pencalonan tamat.

Nama Arif Shah berada di petak ketiga dalam kertas undi, manakala calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Mamat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) masing-masing di petak pertama dan kedua.

Kempen pilihan raya

Pilihan raya kecil telah dibayangi dengan keganasan dan dakwaan tentang taktik-taktik kotor. Ketua Informasi Keadilan, Tian Chua telah berkata bahawa Anwar mengharapkan suatu majoriti mudah tetapi telah risau kemungkinan peratusan yang datang adalah rendah—sebahagiannya adalah kerana kerajaan telah membuat keputusan luar biasanya untuk membuat tarikh undian pada selasa, iaitu hari waktu bekerja. Pembangkang telah menuduh kerajaan membeli undi dan menghasut perkauman—satu cas yang membunuh di Malaysia, yang mana ia telah didominasikan oleh Melayu Muslim tetapi juga rumah kepada etnik China dan minoriti India. Anwar sudah menuduh kerajaan kerana memberikan gambaran beliau sebagai satu "agen China", dan Tian telah berkata bahawa satu kain rentang telah dilihat mengaitkan Anwar dengan babi, bersama-sama dengan seorang pemuda yang telah menuduh beliau sebagai liwat. Kerajaan berkata bahawa penyokongnya telah didakwa menyalahdgunakan kuasa, dan perdana menteri Najib Razak telah dihina semasa kempen di atas dakwaan kaitan beliau dengan wanita Mongolia yang telah dibuh pada tahun 2006. Anwar sudah berjumpa dengan beberapa ratus pengundi Muslim di Permatang Pauh dan memberitahu mereka bahawa beliau telah dilarang oleh ulama untuk bersumpah pada Al Quran. Satu Imam yang menjadi saksi Saiful Bukhari Azlan bersumpah kerana didakwa diliwat oleh Anwar Ibrahim berkata bahawa sumpah itu tidak mengikut prosedur. Imam berkenaan memberikan kesangsian mengenai ksahan sumpah berkenaan, telah berkata bahawa ia mungkin sebahagian daripada konspirasi. Mr Ramlang Porigi, yang berkata bahawa dia merupakan salah satu daripada empat imam di Masjid Wilayah Persekutuan yang disuruh untuk menjadi saksi pacara sumpah berkenaan, telah menerangkan bahawa apa yang dia tahu, kedua-dua belah pihak mesti ada pada upacara berkenaan.

Keputusan pilihan raya

Dewan Rakyat: Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, 2008
Parti Calon Undian % ±%
Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008 Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008  BN-UMNO Arif Shah Omar Shah 15,524 28% -
Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008  PR-PKR Anwar Ibrahim 31,195 71% -
AKIM Hanafi Mamat 92 0.1% -
Majoriti 15 671 66% -
Peratusan mengundi 47 410 81.1% -

Lihat juga

Rujukan

Tags:

Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008 Latar belakangPilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008 Profil ParlimenPilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008 Calon bertandingPilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008 Suasana PilihanrayaPilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008 Keputusan pilihan rayaPilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008 Lihat jugaPilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008 RujukanPilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13Angkatan Keadilan Insan MalaysiaAnwar IbrahimArif Shah Omar ShahBarisan NasionalDewan RakyatPKRPakatan RakyatParti Keadilan RakyatPermatang Pauh (kawasan persekutuan)Wan Azizah Wan Ismail

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

KelurTracie SinidolAngkor WatGanjaPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaKata ganti diriHari Raya AidiladhaKaparMokhtar DahariPersekutuan Tanah MelayuPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Sunan BonangRosyam NorBeret tenteraPulau PinangUqasha SenroseEyka FarhanaSlot LestarySultan Nazrin Muizzuddin ShahZainal Abidin OsmanPahangProton Holdings BerhadKeropok lekorPiala Thomas & Uber 2024Jep SepahtuPasukan Gerakan AmSyawalPrivate BodyguardOrang BanjarNik Abdul Aziz Nik MatPerlisSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan terendahMuhammad bin Idris al-SyafiiJudiKhadijah binti KhuwailidUniversiti Putra MalaysiaKesultanan Johor-RiauRejimen Askar Melayu DiRajaHot FMKodi RasheedIntan LadyanaMahathir MohamadTalbis IblisHari MalaysiaRahsia (filem 2023)Zakar manusiaSemenanjung MalaysiaHarris AlifMenteri Besar PerlisMuhammad al-FatihChinaShukri YahayaRinggitHafidz RoshdiKuantanUmar bin Al-KhattabAedy AshrafUniversiti Sains MalaysiaNombor perdanaGunung KinabaluI.D.Perang BadarKata namaBola jaringBukit TaburSi TanggangAshraf SinclairPulau PangkorJantungNadia BrianNik Faizah MustaphaBunga rayaIkan bayanUthman bin AffanBajauPanglima Angkatan TenteraBahasa Melayu🡆 More