Pertempuran Karbala

Pertempuran Karbala terjadi pada 10 Muharram, 61 H (10 Oktober, 680) di Karbala, di Iraq masa kini.

Pertempuran Karbala
Pertempuran Karbala
Tarikh10 Oktober 680
Lokasi
Keputusan Kemenangan Umayyah
Pihak yang terlibat
Umayyah Bani Hashim
Komandan dan pemimpin
Umar bin Saad Hussein bin Ali
Kekuatan
30,000 70-80
Kerugian dan korban
tidak diketahui 70

Pertempuran ini berlaku antara penyokong Husain bin Ali dengan tentera Yazid bin Muawiyah. Ketika itu ramai ahli keluarga Nabi Muhammad terbunuh kerana menjadi penyokong dan pengikut setia Husain bin Ali. Yazid bin Muawiyah atau Yazid I adalah dari Dinasti Umaiyah.

Seramai 72 orang, tua dan muda menyertai rombongan Hussein bin Ali ke Kufah dan kesemuanya terbunuh dalam satu pengepungan. Ramai wanita dan kanak-kanak telah ditangkap. Tentera Yazid pula seramai 30,000 orang di bawah pimpinan Umar bin Saad. Lebih 88 tentera Yazid terbunuh dalam pertempuran selama 3 hari itu.

Lokasi pertempuran ialah di sebuah gurun berhampiran Sungai Furat.

Husain bin Ali ialah cucu lelaki Nabi Muhammad s.a.w. Pertempuran ini merupakan titik pemisah antara pengikut sebenar Allah dengan yang tidak. Pertempuran yang memperjuangkan keadilan dan mengangkat kebenaran seperti yang diwajibkan dalam islam seperti Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkar.

Pertempuran ini dikenang setiap tahun oleh jutaan orang tanpa mengira bangsa dan agama. Hari tersebut dikenali sebagai Hari Asyura, iaitu pada hari ke-10 setiap bulan Muharam. Di Malaysia dan banyak tempat di dunia, bubur asyura dimasak dan dijamu kepada orang ramai.

Latar belakang

Selepas Khalifah Usman Affan dibunuh dalam satu pemberontakan, Ali bin Abu Talib dilantik sebagai Khalifah. Tetapi dasar-dasar Ali tidak disenangi ramai pihak terutamanya oleh Muawiyah bin Abu Suffian (Muawiyah 1). Ekoran itu terjadi 3 pertempuran yang dikenali sebagai Perang Unta, Perang Siffin dan Pertempuran Nahrawan.

Puak Khawarij yang dianggap berkecuali, tidak menyokong Ali dan tidak menyokong Muawiyah telah mengambil keputusan membunuh Khalifah Ali dan Muawiyah sebagai jalan penyelesaian. Tetapi Muawiyah sempat melarikan diri dan terselamat. Akhirnya Muawiyah menjadi khalifah. Khalifah Muawiyah menjadi khalifah pertama dalam Dinasti Umaiyah.

Selepas itu, Hasan bin Ali mula mengumpul penyokong dan ketenteraan bagi menentang Muawiyah. Hasan setuju berdamai selepas perjanjian dengan Muawiyah, bahawa Hasan akan dilantik sebagai khalifah selepas kematian Muawiyah.

Bagaimanapun Muawiyah cuba menaikkan anaknya Yazid sebagai khalifah seterusnya. Muawiyah mahu semua penyokongnya melantik Yazid selepas kematiannnya.

Sebaik sahaja Muawiyah meninggal dunia, sebahagian sahabat seperti Abdullah bin Umar, Abdullah bin Zubair termasuk Hussein bin Ali menolak Yazid sebagai khalifah yang baru.

Lihat juga

Rujukan

  • Kennedy, Hugh -- The Armies of the Caliphs: Military and Society in the Early Islamic State, Routledge, 2001

Pautan luar

Pautan Shi'a

Tags:

Pertempuran Karbala Latar belakangPertempuran Karbala Lihat jugaPertempuran Karbala RujukanPertempuran Karbala Pautan luarPertempuran KarbalaIraqKarbala

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

AnafilaksiSandrinna MichelleNadia AqilahCroatiaNegeri-negeri Melayu BersekutuAedy Ashraf16 Lagu Lagu Hari Raya Aidil FitriYang di-Pertuan AgongGaris kasar sains fizikalMandi wajibJohor BahruSiti ElizadUniversiti Teknologi MARAOne Cent ThiefUpin & IpinNabi Idris a.s.Suso (pemain bola sepak)Sumber primerArmeniaDarah yang keluar dari rahim wanitaHalim RadziNabi Adam a.s.Piala UEFAJesus ChristKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Slot SakuraKata sendi (bahasa Melayu)Zul AriffinTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahNabi Musa menyeberangi Laut MerahBatu PahatA. GalakFazidah JonedNabi Nuh a.s.SrivijayaSlot MegaDramaAdi PutraUji RashidJumaat AgungBandaraya MexicoSolat Sunat IstisqaMohd Na'im MokhtarTracie SinidolOrang YahudiJuventusRindu Kasih 2Tahun MasihiProton JuaraAsnafPulau PangkorTurki17 RamadanJarell QuansahElizabeth IIKuala TerengganuTenaga Nasional BerhadBeto KusyairyIzzue IslamAlif SatarSenarai bandar bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiPilihan raya umum presiden Indonesia 2024Saiful ApekMarissa YasminSolat subuhTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahPeroduaMasjidPerodua VivaRevolusi PerindustrianPerjanjian HudaibiyahHawariKamparIndonesiaPasukan bola sepak kebangsaan PolandMohd Aidil Zafuan Abdul RadzakZodiakSophia LianaLiga Super Malaysia 2024–25🡆 More