Bubur Asyura

Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura.

Ia juga dikenali sebagai sugha.

Bubur Asyura
Bubur asyura Terengganu.

Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura.

Sejarah hari Asyura

Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).

Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan juga dengan Nabi Nuh.

Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).

Jenis bubur Asyura di Malaysia

  • Bubur Asyura Utara - Disebut buboq syura, teskturnya kental malah ada juga yang kadangkala boleh dipotong seperti kuih sama seperti bubur Asyura Pantai Timur. Campuran beras, tepung, gula, kekacang, pisang, jagung, ubi-ubi seperti keladi, keledek dan sangat manis rasanya. Dimasak dengan masa yang agak lama.
  • Bubur Asyura Pantai Timur - Lebih tepatnya disebut suro di Kelantan dan sure di Terengganu, teksturnya sangat kental dan sama seperti jenis kuih talam dan perlu dipotong untuk dihidangkan. Bahan yang digunakan agak sama dengan bubur Asyura Utara tetapi dimasak bersama tumisan bawang, halia, lengkuas, daging, ayam dan rempah khas. Juga dimasak dengan masa yang lama.
  • Bubur Asyura Selatan - Tekstur yang lebih ceroi dan cair serta tidak manis, sama seperti bubur lambuk cuma ditambah pelbagai jenis kekacang.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Bubur Asyura Sejarah hari AsyuraBubur Asyura Jenis bubur Asyura di MalaysiaBubur Asyura RujukanBubur Asyura Pautan luarBubur AsyuraHari AsyuraMuharram

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Lawrence WongPemasyhuran Kemerdekaan Tanah MelayuRahsia (filem 2023)Gerakan Aceh MerdekaHulu LangatNombor dalam budaya CinaAbdul Rahman AhmadParsiNorish KarmanKanun KeseksaanJeslina HashimPerempuan Itu (drama)Perdana Menteri MalaysiaKhadijah binti KhuwailidHubungan seksProton SatriaAliff Syukri KamarzamanAn-Nuayman bin AmrSuruhanjaya ReidCik ManggisKaum-kaum di MalaysiaIsteri-isteri Nabi MuhammadRosyam NorAbdul Taib MahmudChacha MaembongReal Madrid CFNabi Lut a.s.Rozita Che WanMelitha SidabutarSerpihan SayangQasrina KarimRindu Kasih 2AC MizalBeto KusyairyAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaPersekutuan Tanah MelayuDini SchatzmannZamarul HishamAngkatan Tentera Republik Islam IranArab SaudiAzad JasminBangladeshBumiputera di SabahMusang PulutKongsi RayaGunung KinabaluTeknologi hijauMata anginSilatNegeri-negeri Melayu BersekutuJohor BahruArthur Joseph KurupLiberalismeZizan RazakPiala Asia B-23 AFC 2024SheriffSeks oralAmanah Ikhtiar MalaysiaSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaJerry MaguireUniversiti Sains MalaysiaLiga Super Malaysia 2024–25Sarimah IbrahimShaheizy SamSainsAeril ZafrelSM Faliq SM NasimuddinKesihatanKelayakan Piala Asia B-23 AFC 2024Sejarah SingapuraMelur Untuk Firdaus (musim 2)Senarai poskod di MalaysiaJangan Menangis Cinta (drama)RasuahFarajBerlari merentas desaSekolah Kebangsaan Raja BaharHari Gawai🡆 More