Pemvaksinan

Pemvaksinan atau vaksinasi ialah pemasukan bahan antigen (iaitu vaksin) untuk merangsang sistem keimunan individu untuk mengembangkan keimunan adaptif terhadap sesuatu patogen.

Vaksin boleh mencegah atau memperbaiki kesan buruk jangkitan. Keberkesanan pemvaksinan telah dikaji dan disahkan secara meluas; contohnya, vaksin influenza, vaksin HPV, dan vaksin cacar air. Pemvaksinan adalah kaedah yang paling berkesan dalam mencegah penyakit berjangkit; keimunan menyeluruh daripada pemvaksinan merupakan faktor utama bagi terhapusnya cacar di seluruh dunia, serta sekatan terhadap penyakit-penyakit seperti polio, demam campak, dan tetanus di kebanyakan negara.

Pemvaksinan
Pemvaksinan
Seorang kanak-kanak menerima vaksin polio
ICD-9-CM99.3-99.5

Agen aktif sesuatu vaksin mungkin merupakan bentuk patogen penyebab penyakit yang dalam keadaan baik tetapi dilumpuhkan (tidak berjangkit) atau dilemahkan (kurang daya berjangkit), atau komponen-komponen patogen yang ditulenkan dan didapati tinggi imunogen (contoh, protein lapisan luaran virus). Toksoid dihasilkan untuk pengimunan terhadap penyakit berasaskan toksin, misalnya pengubahsuaian toksin tetanospasmin pada tetanus untuk membuang kesan toksiknya sambil memelihara kesan imunogennya.

Cacar merupakan penyakit pertama yang cuba dicegah oleh manusia dengan sengaja menginokulasi dirinya dengan jangkitan lain, malah ia merupakan penyakit pertama yang mendapat vaksin sendiri. Vaksin cacar dicipta pada tahun 1796 oleh pakar perubatan British bernama Edward Jenner. Sungguhpun hanya sekurang-kurangnya enam orang pelopor lain yang telah menggunakan prinsip yang sama sebelum beliau, namun Jenner merupakan tokoh pertama yang berjaya menerbitkan bukti keberkesanan vaksin tersebut serta panduan penggunaannya. Louis Pasteur memajukan konsep vaksin menerusi usaha perintisan beliau dalam bidang mikrobiologi. Pengimunan itu bergelar pemvaksinan bersempena sejenis virus yang menyerang lembu iaitu Variolae vaccinae (Vaccinae berakar daripada vacca yamg bermaksud lembu dalam bahasa Latin). Cacar merupakan penyakit berjangkit pembunuh yang menyebabkan kematian 20–60% orang dewasa terjangkit dan lebih 80% kanak-kanak terjangkit, bahkan ia telah menyebabkan kematian sebanyak kira-kira 300–500 juta orang pada abad ke-20 sahaja sehingga tahun 1979 apabila penyakit tersebut telah dihapuskan langsung dengan rasminya.

Mekanisme

Secara amnya, proses pencetusan imuniti secara buatan dilakukan melalui 'perangsangsediaan' sistem imun dengan sejenis 'imunogen' sebagai suatu ikhtiar perlindungan daripada penyakit yang berjangkit. Perangsangan tindak balas imun dengan agen jangkitan ini dikenali sebagai pelalian. Vaksinasi itu sendiri merangkumi pelbagai kaedah pemberian imunogen kepada pesakit.

Ada vaksin yang diberikan setelah pesakit menghidap suatu penyakit itu sendiri. Vaksin yang diberikan selepas berlakunya jangkitan cacar mengakibatkan penyakit tersebut teratenuat dalam masa tiga hari, manakala pemvaksinan selepas seminggu jangkitan penyakit itu berkemungkinan memberi perlindungan ataupun mengurangkan kesan-kesan daripada penyakit tersebut. Pemvaksinan penyakit anjing gila yang pertama dilakukan oleh saintis Perancis iaitu Louis Pasteur kepada seorang kanak-kanak yang terkena gigitan anjing yang menghidap penyakit tersebut. Penemuan-penemuan yang menyusul mendapati empat dos vaksin penyakit ini yang disampingi rawatan luka dalam individu yang punya sistem imun yang tidak terjejas mencegah penyebaran penyakit tersebut secara efektif.

Kebanyakan vaksin diberikan dalam bentuk suntikan hipodermik kerana vaksin-vaksin ini tidak dapat diserapkan sepenuhnya melalui usus-usus manusia. Vaksin-vaksin polio hidup yang teratenuat, sesetengah jenis tifus serta kolera diambil secara oral atau mulut untuk menghasilkan imuniti dalam perut. Meskipun pemvaksinan memberikan suatu kesan yang berpanjangan, ia perlukan tempoh yang panjang (beberapa minggu misalnya) agar keberkesanannya dapat dilihat. Imuniti pasif melalui pemindahan antibodi pula mempunyai kesan yang ketara.

Rujukan

Tags:

AntigenCacarDemam campakJangkitanKeimunanPatogenPenyakitPolioTetanusVaksinVaksin HPVVaksin influenza

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Seri KembanganSunan DrajatJohor BahruSyafiq KyleHero Seorang CinderellaSenarai Raja-Raja MalaysiaHaidIndera BangsawanAsbab al-nuzulKumpulan Wang Simpanan PekerjaAngeline TanMy Lovely DriverAgama BuddhaAsiah binti MuzahimSaiful ApekAhmad Zahid HamidiMarlia MusaA. GalakHari Raya AidilfitriFrekuensi radio di PahangSingapuraFitri HarisUkraineMajapahitMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahLembah BujangPerang UhudIsrak dan MikrajFrekuensi radio di JohorKhawarijKuantanFranco BaresiUyaina ArshadSarawakSayu Yang SyukurIjazah sarjanaKanun KeseksaanFrekuensi radio di KelantanPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaKumpulan Rock MalaysiaAsmadi Mohamed NaimBahasa MelayuSlot SamarindaCroatiaCuti umum di MalaysiaAdi PutraBella AstillahNabi Adam a.s.Cik ManggisLelaki ItuMasjid Tuanku Mizan Zainal AbidinAedy AshrafJenis darahUpin & IpinBoBoiBoyRiena DianaMarga SangirPSM MakassarSenarai universiti di MalaysiaElly ArifinSari YantiPerceraian dalam Islam12 Dewa OlympusKetua Polis Negara MalaysiaZodiakThailandSantapan TerakhirIsu kalimah Allah pada stoking 20247 Hari Mencintaiku (musim 3)Kobe Jae ChongSepanyolJakartaBulanAngkatan Tentera MalaysiaUniversiti Putra MalaysiaKonfusianismeSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaFadillah Yusof🡆 More