José Paulo Bezerra Maciel Júnior, ataupun dikenali sebagai Paulinho, (sebutan dalam bahasa Portugis: ); lahir 25 Julai 1988) merupakan pemain bola sepak Brazil yang kini bermain untuk Guangzhou Evergrande dan pasukan kebangsaan Brazil.
Beliau bermain di posisi pemain tengah.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | José Paulo Bezerra Maciel Júnior | ||
Tarikh lahir | 25 Julai 1988 | ||
Tempat lahir | São Paulo, Brazil | ||
Ketinggian | 1.81 m (5 ka 11 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Guangzhou Evergrande | ||
Nombor | 8 | ||
Kerjaya remaja | |||
2004–2005 | Pão de Açúcar | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2006–2007 | FC Vilnius | 38 | (5) |
2007–2008 | ŁKS Łódź | 17 | (0) |
2008–2009 | Pão de Açúcar | 39 | (7) |
2009–2010 | Bragantino | 28 | (6) |
2010–2013 | Corinthians | 86 | (20) |
2013–2015 | Tottenham Hotspur | 45 | (6) |
2015–2017 | Guangzhou Evergrande | 63 | (17) |
2017–2018 | Barcelona | 34 | (9) |
2018 | → Guangzhou Evergrande (pinjam) | 19 | (13) |
2019– | Guangzhou Evergrande | 19 | (13) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2011– | Brazil | 56 | (13) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 31 Julai 2019 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 30 November 2018 |
Paulinho memulakan kerjaya bola sepaknya di kelab remaja Pão de Açúcar pada tahun 2004. Paulinho kemudian sertai kelab Lithuania, FC Vilnius pada tahun 2006. Beliau bermain dengan baik ketika bersama Vilnius ketika dua musimnya di Lithuania, beliau menjaringkan lima gol dari 38 kemunculan domestik. Tetapi, pada penghujung LFF Lyga 2007, FC Vilnius telah turun ke divisyen dua dan beliau terpaksa meninggalkan kelab itu dan beliau kemudian berpindah ke Poland, dengan menandatangani kelab Ekstraklasa, ŁKS Łódź. Selama satu musim di Poland, Paulinho telah membuat 17 penampilan liga, sebelum beliau kembali ke Brazil untuk sertai semula Pão de Açúcar pada musim panas 2008. Selepas musim yang baik di sana, Paulinho berpindah sekali lagi, kali ini ke kelab Série B, Bragantino [ada tahun 2009.
Pada 2009, Paulinho sertai kelab gergasi São Paulo, Corinthians. Beliau menjaringkan gol liga pertamanya untuk kelab pada 30 Mei 2010, ketika menang 4-2 ke atas pesaing terdekat, Santos. Sepanjang perjalanan ke perlawanan akhir Copa Libertadores, Paulinho menjaringkan gol tunggal ketika perlawanan suku akhir kedua menentang Vasco da Gama, beliau menjaringkan gol itu pada minit ke-87 dan berjaya menghantar Corinthians memasuki separuh akhir.
Pada 10 November 2012, Paulinho menjaringkan dua gol Corinthians ketika membelasah Coritiba 5-1 dalam saingan liga. Pada 16 Disember, Paulinho bersama Corinthians menjuarai Piala Dunia Kelab FIFA di Yokohama selepas Paolo Guerrero menjaringkan gol kemenangan 1–0 ke atas juara Eropah Chelsea.
Pada 6 Julai 2013, kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur telah melengkapkan perpindahan Paulinho selepas Tottenham dilaporkan membayar £17juta kepada kelab Corinthians. Paulinho antara rekod paling mahal di Tottenham. Walau bagaimanapun, rekod ini dapat dileburkan apabia Spurs menandatangani Roberto Soldado dari Valencia dan pemain sayap, Erik Lamela dari Roma dengan bayaran yang dijumlahkan £25.8 juta, dan bayaran ditambah lagi sebanyak £4.2 juta.
Beliau membuat penampilan pertama di Liga Perdana Inggeris pada 18 Ogos 2013 menentang Crystal Palace, beliau terpilih menjadi Pemain Terbaik Perlawanan selepas Spurs menang 1-0 dan berterima kasih kepada tendangan penalti Roberto Soldado. Pada 22 Ogos, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Spurs dalam perlawanan kelayakan Liga Europa menentang Dinamo Tbilisi, Spurs menang besar 5-0 dalam perlawanan pertama. Beliau menjaringkan gol liga pertamaya pada 22 September 2013 menentang Cardiff City, 1–0.
Paulinho membuat penampilan pertama untuk skuad Seleção pada 14 September 2011, dalam perlawanan pertama Superclásico de las Américas 2011 menentang pesaing terdekat Argentina di Córdoba, dengan keputusan seri tanpa jaringan. Gol antarabangsa pertama beliau ialah ketika menentang Argentina pada 20 September 2012 dalam perlawanan pertama Superclásico de las Américas 2012 di mana Brazil menang 2-1. Paulinho bersama skuad Brazil membelasah Afrika Selatan 5–0 dalam satu perlawanan persahabatan pada 5 Mac 2014 dan ia dilihat akan memasuki skuad piala dunia Scolari.
Beliau telah dipilih oleh pengurus Luiz Felipe Scolari untuk Piala Konfederasi FIFA 2013 yang diadakan di tanah airnya, Brazil. Dalam perlawanan pembukaan pada 15 Jun menentang Jepun, Paulinho menjaringkan gol kedua Brazil, keputusannya Brazil menang 3–0. Dalam perlawanan separuh akhir menentang Uruguay pada 26 Jun, Paulinho menjaringkan gol kemenangan Brazil pada minit ke-86 untuk menghantar negaranya ke perlawanan akhir. Dalam perlawanan akhir, Brazil membenam Sepanyol yang pernah menjadi juara dunia dan dua kali juara Eropah, 3-0. Paulinho menerima anugerah Bola Gangsa, iaitu pemain ketiga terbaik kejohanan.
Pasukan kebangsaan Brazil | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
2011 | 1 | 0 |
2012 | 7 | 2 |
2013 | 16 | 3 |
2014 | 8 | 0 |
Jumlah | 32 | 5 |
# | Tarikh | Arena | Lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
20 September 2012 | Estádio Serra Dourada, Goiás, Brazil | Argentina | Persahabatan | |||
16 Oktober 2012 | Stadium Miejski, Wrocław, Poland | Jepun | Persahabatan | |||
2 Jun 2013 | Stadium Maracanã, Rio de Janeiro, Brazil | England | Persahabatan | |||
15 Jun 2013 | Stadium Nasional Mané Garrincha, Taguatinga, Brazil | Jepun | Piala Konfederasi FIFA 2013 | |||
26 Jun 2013 | Mineirão, Belo Horizonte, Brazil | Uruguay | Piala Konfederasi FIFA 2013 |
Kelab | Musim | Liga | Piala | Benua | Lain | Jumlah | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
FC Vilnius | |||||||||||
2006 | 17 | 2 | — | — | — | 17 | 2 | ||||
2007 | 21 | 3 | — | — | — | 21 | 3 | ||||
Jumlah | 38 | 5 | — | — | — | 38 | 5 | ||||
ŁKS Łódź | |||||||||||
2007–08 | 17 | 0 | — | — | — | 17 | 0 | ||||
Jumlah | 17 | 0 | — | — | — | 17 | 0 | ||||
Bragantino | |||||||||||
2009 | 28 | 6 | — | — | 18 | 8 | 46 | 14 | |||
Jumlah | 28 | 6 | — | — | 18 | 8 | 46 | 14 | |||
Corinthians | |||||||||||
2010 | 27 | 4 | — | 1 | 0 | — | 28 | 4 | |||
2011 | 35 | 8 | — | 1 | 0 | 20 | 3 | 56 | 11 | ||
2012 | 23 | 7 | — | 14 | 3 | 15 | 3 | 52 | 13 | ||
2013 | 1 | 1 | — | 8 | 2 | 16 | 3 | 25 | 6 | ||
Jumlah | 86 | 20 | — | 24 | 5 | 51 | 9 | 161 | 34 | ||
Tottenham Hotspur | |||||||||||
2013–14 | 30 | 6 | 2 | 1 | 5 | 1 | — | 37 | 8 | ||
2014–15 | 0 | 0 | 0 | 0 | 1 | 1 | — | 1 | 1 | ||
Jumlah kerjaya | 199 | 37 | 2 | 1 | 30 | 7 | 69 | 17 | 300 | 62 |
Corinthians
Brazil
Individu
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Paulinho, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.