Nymphalidae

Nymphalidae merupakan famili yang terdiri daripada sekitar 5,000 spesies kupu-kupu yang tertabur di seluruh dunia, biasanya bersaiz sederhana hingga besar.

Kebanyakan spesies mempunyai sepasang tungkai depan yang agak pendek dan kebanyakannya juga meratakan sayap ketika berehat. Kebanyakan spesies Nymphalidae berwarna-warni terang dan merangkumi spesies terkenal seperti maharaja, Nymphalini, Aglais dan Heliconiini. Bagaimanapun, muka bawah sayapnya sering kelihatan kusam berbanding dengan muka atas, sehingga berupa daun layu, maka terhasilnya kesan kripsis yang membolehkan kupu-kupu itu menyorok dalam persekitarannya.

Nymphalidae
Nymphalidae
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Superkeluarga:
Keluarga:
Nymphalidae

Rafinesque, 1815
Subfamili
  • Apaturinae
  • Biblidinae
  • Calinaginae
  • Charaxinae
  • Cyrestinae
  • Danainae
  • Heliconiinae
  • Libytheinae
  • Limenitidinae
  • Morphinae
  • Nymphalinae
  • Satyrinae

dan rujuk teks rencana

Diversiti
Lebih 600 genus
Sekitar 5,700 spesies

Pengelasan

Bagi yang dewasa, pasangan kaki depan adalah amat pendek, maka jolokannya kupu-kupu berkaki empat. Beluncasnya pula berbulu-bulu atau tercacak-cacak dengan juluran pada kepala, sementara kepompongnya mempunyai tompok-tompok yang berkilat.

Sistematik dan filogeni

Filogeni Nymphalidae adalah rumit. Sesetengah takson tidak jelas kedudukannya, mencerminkan hakikat bahawa sesetengah subfamili dahulunya dikenal pasti sebagai famili yang berbeza kesan daripada kepincangan dalam kajian.

Terdapat lima klad utama dalam famili ini:

Klad libitein (basal)

  • Libytheinae (Dahulunya famili Libytheidae.)

Klad danain (basal)

    Famili tumbuhan perumah termasuk Apocynaceae, Asclepiadoideae (subfamili Apocynaceae), dan Moraceae.
    • Ithomiini (Sekitar 300 spesies Neotropika. Adakalanya dianggap sebagai subfamili Ithomiinae.)
      Kebanyakan spesies berkepak panjang, ada yang berkepak lutsinar. Tumbuhan perumah tergolong dalam famili Apocynaceae, Gesneriaceae dan Solanaceae.
    • Tellervini (Sekitar 6–10 spesies di Australasia. Adakalanya dianggap sebagai subfamili Tellervinae.)
      Beluncasnya menyerupai beluncas Danainae dan memakan Apocynaceae.

Klad satirin

  • Calinaginae (Sekitar 6 spesies, terhad kepada Himalayas.)
  • Charaxinae
    Kupu-kupu kanopi tropika. Beluncas dengan duri atau juluaran pada kepala. Kebanyakannya spesies boleh makan dengan kemimikan Bates. Tumbuhan perumah dalam famili Annonaceae, Celastraceae, Convolvulaceae, Euphorbiaceae, Fabaceae, Flacourtiaceae, Lauraceae,Myrtaceae, Piperaceae, Poaceae, Rhamnaceae, Rutaceae, Santalaceae and Sapindaceae.
  • Morphinae (termasuk Amathusiini, adakalanya dianggap sebagai subfamili Amathusiinae.)
    Termasuk Morpho neotropika. Tumbuhan makanan termasuk Arecaceae, Bignoniaceae, Fabaceae, Menispermaceae, Poaceae dan Sapindaceae.
    • Brassolini (Neotropika dengan 70–80 spesies. Kebanyakannya krepuskul. Adakalanya dianggap sebagai subfamili Brassolinae.)
      Tumbuhan perumah dalam famili Arecaceae, Bromeliaceae, Heliconiaceae, Musaceae, andPoaceae.
  • Satyrinae (Dahulunya famili Satyridae.)

Klad helikoniin (kumpulan saudara kepada klad nimfalin; tidak termasuk bekas puak Biblidini dan Cyrestini, dan puak Pseudergolini dan Coeini.)

  • Heliconiinae (Dahulunya famili Heliconiidae.)
    Kuu-kupu tropika berwarna-warni yang terkenal kerana kemimikan Müller. Semua spesies menggunakan tumbuhan perumah dalam famili Passifloraceae.
    • Acraeini (Kebanyakannya asal Afrika, tetapi juga terdapat spesies Asia. Adakalanya dianggap sebagai famili Acraeinae.)
      Tumbuhan perumah dalam famili Asteraceae, Passifloraceae, Sterculiaceae, Tiliaceae dan Urticaceae.
  • Limenitidinae

Klad nimfalin (kumpulan saudara kepada klad helikoniin; juga merangkumi puak Coeini dan Pseudergolini)

  • Apaturinae (Kebanyakannya tropika)
    Tumbuhan perumah dalam famili Ulmaceae. Beluncas yang licin dengan ekor dwicabang dan kepala bertanduk.
  • Biblidinae (dahulunya dalam Limenitidinae)
  • Cyrestinae (dahulunya dalam Limenitidinae)
  • Nymphalinae (Subfamili besar yang adakalanya merangkumi Limenitidinae dan Biblidinae.)
    Sesetengah spesies berpindah-randah. Sesetengah beluncas bersalut duri. Tumbuhan perumah termasuk Acanthaceae, Caprifoliaceae, Convolvulaceae, Euphorbiaceae, Fagaceae, Flacourtiaceae,Lamiaceae, Loranthaceae, Moraceae, Plantaginaceae, Poaceae, Rubiaceae, Rutaceae,Salicaceae, Sapindaceae, Scrophulariaceae, Urticaceae dan Verbenaceae.


Galeri

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Nymphalidae PengelasanNymphalidae GaleriNymphalidae RujukanNymphalidae Pautan luarNymphalidae

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Menteri Pendidikan MalaysiaHari Paskah BesarSenarai buahPerjanjian PangkorAzazilTeknologi hijauPerdana Menteri MalaysiaZizan RazakNegeri-negeri Melayu BersekutuFrekuensi radio di JohorMahathir MohamadRadio Televisyen MalaysiaGolongan kata (bahasa Melayu)Malang Si PuteriKerajaan TarumanagaraStray KidsSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaPembentukan MalaysiaTerusan SuezMacIsu kalimah Allah pada stoking 2024KelurMohamed Fadzli HassanKerajaan Bani AbbasiyahMuhammad al-FatihSyamsul YusofSSC NapoliAlat kebesaran diraja MalaysiaKhalid bin al-WalidKelayakan UEFA Euro 2024ThailandIbnu KhaldunKontrak sosial (Malaysia)PetronasMyKadAhmad Zahid HamidiDubrovnikFrekuensi radio di MelakaKata ganti diriAisyah Abu BakarBella DowannaPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuAsha MericanMohd Na'im MokhtarMinal 'Aidin wal-FaizinPenanda wacanaLompat tikamKau Yang TerindahBendaharaNabi Musa a.s.Liga Super Malaysia 2024–25Merdeka 118Slot SakuraAdiraRiena DianaSemenyihPuteri Sarah LiyanaNasi kerabuAmerika SyarikatSukanSolozAmir AhnafSyed Danial Syed AhmadKerajaan MelayuAn-Nuayman bin AmrDugongIbu Tiri (filem)Jaafar OnnPembantu perubatanMYTV BroadcastingAbu Bakar as-SiddiqNabi Ibrahim a.s.Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahInstagramLingga (Hindu)Senarai poskod di MalaysiaUniversiti Sains MalaysiaMaryamAlor Setar🡆 More