Negara Industri Baru

Kategori negara industri baru (NIB) adalah suatu klasifikasi sosioekonomi digunakan pada beberapa negara di merata dunia oleh ahli sains politik dan ahli ekonomi.

Negara Industri Baru
Negara industri baru pada 2014 berwarna biru

NIB adalah negara-negara yang ekonominya belum mencapai kedudukan Dunia Pertama tetapi telah, dari segi makroekonomi, jauh mengatasi rakan-rakan membangun mereka. Suatu lagi ciri-ciri NIB adalah bahawa negara-negara yang mengalami pertumbuhan ekonomi pesat (biasanya berorientasikan eksport). Pengindustrian baru atau sedang berjalan adalah suatu tanda sebuah NIB. Dalam banyak NIB, pergolakan sosial boleh muncul apabila penduduk pertanian di luar bandar pindah ke bandar-bandar, di mana urusan pertumbuhan perkilangan dan kilang-kilang dapat menarik beribu-ribu pekerja buruh.

NIB biasanya berkongsi sesetengah ciri-ciri umum lain, termasuk:

  • Kebebasan sosial dan hak awam yang bertambah.
  • Pemimpin politik kuat.
  • Pertukaran dari ekonomi pertanian ke industri, khususnya sektor perkilangan.
  • Ekonomi pasaran yang makin terbuka, membenarkan perdagangan bebas dengan negara lain.
  • Syarikat negara besar beroperasi di beberapa benua.
  • Pelaburan modal kuat dari negara-negara asing.
  • Kepemimpinan politik dalam bidang pengaruh mereka.
  • Kadar kemiskinan yang berkurangan.

NIB sering menerima sokongan dari pertubuhan antarabangsa seperti PPS dan badan sokongan lain. Bagaimanapun, akibat piawai alam sekitar, buruh dan sosial kelihatan lebih lemah dalam NIB, banyak penyokong perdagangan saksama telah menyokong piawai untuk mengimport produk mereka dan mengkritik memberi khidmat luaran pekerjaan pada NIB.

Konteks sejarah

Istilah ini digunakan sekitar 1970 apabila Empat Harimau Asia terdiri dari Hong Kong, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan menaik ke puncak global sebagai NIB pada zaman 1970an dan 80an, dengan pertumbuhan industri pengecualian sejak zaman 1960an; kesemua empat rantau telah sejak disenarai ke dalam ekonomi maju dan ekonomi gaji tinggi. Terdapat pembahagian jelas antara negara-negara ini dengan negara-negara yang dipertimbangkan sebagai NIB. Secara khusus, kombinasi keterbukaan dalam berpolitik, tinggi pendapatan GNI per kapita dan sentiasa berkembang, dan dasar ekonomi berasaskan eksport menunjukkan negara-negara ini bukan sahaja mencapai, malah mengatasi tahap kebanyakan negara maju. Kesemua ekonomi negara ini diklasifikasikan sebagai ekonomi berpendapatan tinggi oleh Bank Dunia dan ekonomi termaju oleh IMF dan CIA. Kesemua negara tersebut juga memiliki Indeks Pembangunan Manusia oleh Bank Dunia melebihi 0.9, bersamaan dengan negara-negara Eropah Barat. Korea Selatan adalah ahli OECD dan mengamalkan "demokrasi sepenuhnya" di Asia bersama Jepun. Jepun ialah negara yang mengamalkan kerajaan raja berperlembagaan parlimen.

NIB kini

Jadual berikut menunjukkan senarai negara-negara yang dipertimbangkan secara konsisten adalah NIB oleh pelbagai sarjana dan pakar. Turki dan Afrika Selatan diklasifikasikan sebagai negara maju oleh CIA. Turki ialah ahli OECD sejak 1961 dan Mexico menyertainya pada 1994. Kumpulan G8+5 adalah gabungan ahli-ahli G8 ditambah dengan China, India, Mexico, Afrika Selatan dan Brazil.

Benua Negara GDP (nominal)
(Bilion dalam AS$, 2020 IMF)
GDP per capita (PPP)
(USD, 2020 IMF)
Income equality (GINI) 2011-2018 Indeks
Pembangunan
Manusia (HDI, 2019-2020)
GDP (sebenar) kadar pertumbuhan GDP (sebenar) kadar pertumbuhan per kapita
Afrika Negara Industri Baru  Afrika Selatan 282,588 4,736 63.0 (2014) 0.709 (tinggi) 4.50 4.92
Amerika Utara Negara Industri Baru  Mexico 1,040,372 8,069 45.4 (2018) 0.854 (tinggi) 3.00 3.30
Amerika Selatan Negara Industri Baru  Brazil 2,363,767 6,450 53.9 (2018) 0.765 (tinggi) 5.70 4.50
Asia Negara Industri Baru  Republik Rakyat China 14,860,775 10,839 46.7 (2018) 0.761 (tinggi) 11.10 9.95
Negara Industri Baru  India 2,592,583 1,877 33.9 (2013) 0.645 (menengah) 9.70 7.02
Negara Industri Baru  Indonesia 1,088,768 4,038 37.8 (2018) 0.718 (tinggi) 6.1 5.0
Negara Industri Baru  Malaysia 336,330 10,192 41.0 (2015) 0.810 (sangat tinggi) 5.40 3.65
Negara Industri Baru  Filipina 367,362 3,373 44.4 (2015) 0.718 (tinggi) 7.50 7.40
Negara Industri Baru  Thailand 367,362 7,295 42 (2018) 0.777 (tinggi) 4.40 3.93
Negara Industri Baru  Turkia 649,436 7,715 41.9 (2018) 0.820 (sangat tinggi) 5.20 4.10

Nota:
a. Turki mempunyai hubungan geopolitik dengan Eropah

Menurut pandangan perkembangan ekonomi oleh Goldman Sachs, pada 2050, senarai negara ekonomi terbesar di dunia adalah seperti urutan berikut: China, USA, India, Brazil, dan Mexico.

Bagi China dan India, dengan populasi terbesar kedua-dua negara ini (setiap satu melebihi 1.1 billion orang pada Januari 2009) menunjukkan pendapatan per kapita akan kekal rendah walaupun jika ekonominya melepasi United States dalam keseluruhan GDP. Apabila GDP per kapita dikira berdasarkan Persamaan Kuasa Pembelian, ini mengambil kira kos hidup yang rendah di negara-negara industri baru.

Brazil, China, India, Mexico dan Africa Selatan bertemu dengan negara-negara G8 bagi membincangkan topik kewangan dan perubahan cuaca disebabkan kepentingan ekonomi pada masa kini dan kesan terhadap alam sekitar melalui kumpulan yang dikenali sebagai G8+5. Kumpulan ini dijangka berkembang kepada G14 dengan penambahan Mesir bersama dengan lima negara yang disebutkan tadi.

Negara NIB lain

Setiap sarjana meletakkan senarai negara-negara tertentu berdasarkan kaedah atau jenis analisis ekonomi. Kadangkala, ia menyebabkan ada negara tersebut juga disebutkan sebagai NIB dalam sesuatu penulisan sarjana, namun tidak bagi sarjana yang lain. Hal ini berlaku terhadap kategori bagi negara seperti Mesir, Indonesia dan Russia.

Ringkasan analisis ekonomi

NIB biasanya mendapat keuntungan daripada kos buruhnya yang murah, yang menyediakan harga input yang murah kepada pembekal. Kesannya, negara-negara NIB mudah cemerlang dan membina banyak kilang di negara maju, dimana kos hidup adalah tinggi dengan kesatuan sekerja dan pelbagai organisasi terlibat mudah mendapatkan pengaruh politik.

Kelebihan secara perbandingan ini selalunya mendapat kritikan oleh pergerakan perdagangan adil.

Isu

Kebebasan ekonomi tidak selalunya dikaitkan dengan kebebasan politik di negara seperti China, dimana penapisan Internet dan penyalahgunaan lain seperti hak sivil selalu berlaku. Kejadian ini secara diameternya berbeza dengan negara gergasi Asia, India yang mengamalkan demokrasi liberal sepanjang sejarah kolonial, tetapi India dikritik kerana mengamalkan sistem kasta, kerajaannya yang kurang effisien dan rasuah yang berleluasa. Oleh itu, sementara China mengamalkan kebebasan politik yang ketat, secara puratanya, rakyat China menikmati taraf hidup yang tinggi berbanding India.

Rujukan

15. The Planning Commission, Government of India

Lihat juga

  • Kemunculan pasaran
  • G8+5
  • G20 negara-negara industri
  • G20 negara-negara membangun
  • BRIMC
  • BRIC
  • Next Eleven
  • Sains di negara-negara industri baru
  • Paradigma Angsa Terbang

Templat:South-South

Templat:International power

Tags:

Negara Industri Baru Konteks sejarahNegara Industri Baru NIB kiniNegara Industri Baru Ringkasan analisis ekonomiNegara Industri Baru RujukanNegara Industri Baru Lihat jugaNegara Industri BaruPengkategorian

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Bendera ThailandSejarah al-QuranPerubahan iklimKeropok lekorSenarai pelakon lelaki MalaysiaKamikaze (kugiran)Jabatan dan agensi kerajaan MalaysiaKL Gangster 2Gunung JeraiLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaAbdullah bin Ahmad BadawiSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Tengku Hassanal Ibrahim Alam ShahTengku Permaisuri NorashikinBola tamparBukit TaburPiala Asia B-23 AFCSungai BulohKetupatSiksa KuburPrivate BodyguardPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaSheikh Muszaphar ShukorLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurDaerah SegamatKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Kementerian Pendidikan MalaysiaLebuhraya Utara–Selatan Jajaran SelatanSurah al-BaqarahKelayakan Piala Asia B-23 AFC 2024HaidHaqiem RusliRawang, SelangorMakkahProton SatriaOgy Ahmad DaudAbdul Hadi AwangWikipediaPilihan raya negeri Selangor 2023PedofiliaAziz M. OsmanJam 12 jamSandakanChe’ Puan Mahkota Khaleeda JohorPerang PadriMenara Berkembar PetronasAznil NawawiPenggunaZakar manusiaFilem Malaysia tahun 2024Bandar TaipingNora DanishFrekuensi radio di SelangorKodi RasheedBryan DomaniKhunsa (siri TV)D J DaveAmir NafisGayatri Su-Lin PillaiSolat JumaatSlot SamarindaLee Chong WeiKadet Remaja Sekolah MalaysiaPersekutuan Tanah MelayuKata sendi (bahasa Melayu)Intan NajuwaBahasa Melayu BruneiMas Ermieyati SamsudinDini SchatzmannMierul AimanSiti SalehaShaheizy SamSenarai saluran AstroMy Lovely DriverDaun salamBahasa Melayu🡆 More