Siti Nazirah Sardi atau lebih dikenali sebagai Nazeera Sardi (lahir 10 Oktober 1986) merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi wanita Malaysia.
Beliau terkenal menerusi drama lakonannya termasuk Hanya Padamu, Demi Cinta Ain, Pembancuh Kopi Mr. Vampire dan Cinta Fatamorgana.
Nazeera Sardi | |
---|---|
Kelahiran | Siti Nazirah binti Sardi 10 Oktober 1986 |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan |
Pusat pendidikan | Universiti Putra Malaysia (UPM) |
Pekerjaan | Pelakon, model, penyanyi, pengacara, ahli perniagaan |
Tahun aktif | 2011–kini |
Pasangan | Nazreel Shah (k. 2024) |
Pada tahun 2017, Nazeera mula bergiat aktif dalam bidang muzik dengan melancarkan single pertamamya, "Tetap Ada Cinta".
Nazeera merupakan anak bongsu daripada lapan beradik, dilahirkan di Gemencheh, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Kluang, Johor. Beliau mempunyai seorang abang dan enam kakak. Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin dan kemudiannya di Sekolah Menengah Raja George V di Seremban. Nazeera kemudiannya melanjutkan pelajarannya dalam Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan menerima graduan pada penghujung Oktober 2018.
Nazeera memulakan kerjaya lakonannya dengan membawakan peranan kecil yang tidak dinamakan dalam drama Jiwa & Lara dan telefilem Tasbih Cinta Qasidah yang kedua-duanya bersiaran di TV3. Namanya mula mendapat perhatian umum menerusi gandingannya bersama Beto Kusyairy dan Zahiril Adzim dalam siri drama Hanya Padamu yang bersiaran di Slot Zehra TV3. Setelah itu, beliau berlakon dalam beberapa drama televisyen dan telefilem.
Beliau juga aktif menulis blog yang membincangkan tentang kehidupan peribadinya. Selain itu, Nazeera juga pernah muncul dalam iklan Burger King dan Zalora. Nazeera menjadi salah seorang peserta Grand Finale SimplySiti Star Search yang diadakan pada 20 Oktober 2012, anjuran SimplySiti.
Kerjaya filem Nazeera bermula pada tahun 2014 menerusi filem CEO arahan Razaisyam Rashid, dibintangi oleh Cristina Suzanne, Remy Ishak dan Beto Kusyairy. Beliau memegang watak sebagai Lily.
Selain itu, beliau menceburi bidang perniagaan dengan mengasaskan label pakaian Zeyra by Nazeera Sardi, diikuti oleh produk penjagaan kulit Zeyra Beauty dan Zeyra Cosmetics.
Populariti beliau dalam bidang lakonan semakin melonjak menerusi lakonannya, Pembancuh Kopi Mr. Vampire yang mana Nazeera memegang watak sebagai Nuzul Filzah. Karya yang diadaptasi dari novel 2015 dengan judul sama menyaksikan Nazeera bergandingan dengan pelakon Ungku Ismail Aziz sebagai watak utama. Nazeera mula berjinak-jinak dalam bidang muzik dengan muncul sebagai penyanyi dengan single pertama berjudul "Tetap Ada Cinta" ciptaan Omar K dan Ikhwan Fatanna yang dikeluarkan pada November 2017.
Dari 13 April 2018 hingga 22 Mei 2018, Nazeera memegang watak sebagai Delina dalam siri drama waktu perdana, Cinta Fatamorgana yang bersiaran di Slot Akasia TV3, drama ini turut dibintangi oleh Azar Azmi, Aeril Zafrel dan Syazuwan Hassan.
Pada Jun 2020, beliau menjadi pengacara rancangan Semanis Cuka di TV1. Beliau akan muncul dalam filem Pagari Bulan yang dijadualkan akan ditayangkan pada Oktober 2023, dengan memegang watak sebagai Bulan.
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2014 | CEO | Lily | Filem pertama |
2016 | Warna Cinta Impian | Nazeera | |
2022 | Roh 100 Hari | Kasih | |
2023 | Pagari Bulan | Bulan | |
TBA | Roxana | Pos-produksi |
Tahun | Iklan |
---|---|
— | Burger King |
Zalora |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2011 | Tasbih Cinta Qasidah | Didie | TV3 |
2015 | Siti Oh Siti | Siti | TV1 |
2016 | Syurga Di Hujung Jalan | Zaliya | TV3 |
2017 | Izinkan Aku Menebus Dosa | TV9 | |
2018 | Wanita Di Hujung Kuala | Nur | TV Okey |
2019 | Tahyul | Jern | Astro Prima |
2020 | Ungku | Ungku | TV1 |
2022 | Hantu Karaoke | Laura | TV3 |
Rekah Di Jari Kak Long | Azizah aka Kak Long | TV2 | |
Sebalik Hati | Mariam |
Tahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|
2020 | Semanis Cuka | TV1 | |
Oops Terkena (Episod 4) | Awesome TV |
Tahun | Tajuk |
---|---|
2017 |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Nazeera Sardi, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.