Nadir Al-Nuri

Muhammad Nadir Al-Nuri bin Kamaruzaman (lahir 1987), lebih dikenali sebagai Nadir Al-Nuri, ialah seorang aktivis kemanusiaan Malaysia yang menetap di Semenanjung Gaza, Palestin.

Beliau merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif kepada pertubuhan bukan kerajaan yang dipanggil Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM). Pada tahun 2021, beliau turut menjadi pengasas bersama pertubuhan MyAqsa Defenders. Beliau juga merupakan kolumnis bagi Harian Metro.

Nadir Al-Nuri
Kelahiran
Muhammad Nadir Al-Nuri bin Kamaruzaman

1987
Scotland
WarganegaraNadir Al-Nuri Malaysia
Pusat pendidikanUniversiti Malaysia Sabah
Universiti Islam Gaza
PekerjaanAktivis kemanusiaan
OrganisasiPersatuan Cinta Gaza Malaysia
PasanganReem Al-Minawi

Pendidikan

Nadir mendapatkan pelajaran di peringkat menengah di SAM Hulu Langat (SAMTEN) dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke SAM Bestari, Subang Jaya.

Nadir memiliki ijazah sarjana muda Sains Marin dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebelum menyambung pengajiannya untuk ijazah kedua di Universiti Islam Gaza dalam bidang Syariah.

Kerja kemanusiaan

Persatuan Cinta Gaza Malaysia

Persatuan Cinta Gaza Malaysia yang dipelopori Nadir giat meneruskan perjuangan dengan mengumpul dana bagi membina dan membangunkan semula Gaza, Palestin. Sejak tahun 2014, Persatuan Cinta Gaza Malaysia giat mengumpul dan mengurus dana bagi perlaksanaan projek-projek di Gaza termasuklah bantuan Ramadan, musim sejuk, ibadah korban, pendidikan dan pembangunan sosioekonomi. Sehingga kini, Persatuan Cinta Gaza Malaysia telah meluaskan lagi capaian bantuan ke beberapa buah negara lain seperti di Lubnan, Syria, Turkiye, Indonesia dan negara tanah airnya sendiri, Malaysia.

Pengerusi MyAqsa Defenders

Nadir merupakan pengasas bersama dan Pengerusi bagi gabungan MyAqsa Defenders, bersama-sama dengan 19 rakan NGO yang lain.

Duta Muhibah #Aid4Palestine

Nadir telah dipilih sebagai Duta Muhibah bagi Sekretariat Aid4Palestine, sebuah badan yang ditubuhkan kerajaan Malaysia menerusi Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bagi menyelaras bantuan daripada badan bukan kerajaan di Malaysia ke Palestin, pascaserangan awal ke atas Palestin dalam krisis Israel-Palestin 2021. Selain beliau, Abu Ayesh An-Najjar, Pengarah Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Gaza turut dilantik.

Keluarga

Nadir mendirikan rumah tangga dengan seorang balu pejuang Palestin yang mempunyai lima orang anak, Reem Al-Minawi pada Mei 2016.

Bibliografi

  • Nadir al-Nuri (2022). Sedekad di Penjara Terbesar Dunia: Seinci Dari Kematian. Bangi: Cinta Gaza Malaysia. ISBN 9786299752905.
  • Nadir al-Nuri (2021). Sedekad di Penjara Terbesar Dunia. Palm Strategic Initiative Centre. ISBN 9789672568506.

Pautan luar

Rujukan

Tags:

Nadir Al-Nuri PendidikanNadir Al-Nuri Kerja kemanusiaanNadir Al-Nuri KeluargaNadir Al-Nuri BibliografiNadir Al-Nuri Pautan luarNadir Al-Nuri RujukanNadir Al-NuriBantuan kemanusiaanGenting GazaHarian MetroMalaysiaNegara PalestinPertubuhan bukan kerajaan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Tunku Ismail ibni Sultan IbrahimLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaPendidikan di IndonesiaPerlisPenyimpan Mohor Besar Raja-RajaAmin IdrisPedofiliaBaju kurungMediaPokok MambuMajlis Raja-RajaSugionoLailatulqadarPerang Dunia KeduaLiberalismeSultan Nazrin Muizzuddin ShahBella AstillahSenarai sistem badan manusiaTerusan SuezSenarai SBP di MalaysiaFimie DonKaabahTakbirPeribahasa MelayuKampung Medan, Petaling JayaRuhainiesPeraturan bola jaringSurah Al-IkhlasKerajaan MelayuCuti umum di MalaysiaBulanHuminodunKerajaan MataramCabang dan mazhab IslamWarna Warni AidilfitriElizabeth TanLee Kee HiongKadet Remaja Sekolah MalaysiaMedia sosialJustin BieberNabila HudaKelayakan Piala Dunia FIFA 2026Polis EVO 3Jata MalaysiaAhmad Zahid HamidiKhunsa (siri TV)Sherry AlhadadSimpulan bahasaYusof HaslamLengkuasAwesome TVKhawarijIbnu KhaldunSyariat IslamAerofonSlot MegaDramaAiman Hakim RidzaPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Zara ZyaSijjin (filem 2023)Piala Dunia FIFA 2010RuqyahKamus DewanSenarai Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFAMuhamad Akmal SalehChacha MaembongKeputusan perlawanan pasukan bola sepak MalaysiaUndang-Undang Laut MelakaTwitterLaura AnnaKK Super MartMata anginNasabEtikaKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC Pusingan KeduaKhairulamingKementerian Pendidikan MalaysiaFadlan Hazim🡆 More