Mukim Api-Api, Selangor

Mukim Api-Api ialah sebuah mukim di Daerah Kuala Selangor, Selangor, Malaysia.

Mukim ini mempunyai penduduk seramai 21,628 orang pada tahun 2010.

Mukim Api-Api
Mukim Api-Api, Selangor
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahKuala Selangor
Penubuhan1975
Keluasan
 • Jumlah67.45 km2 (26.04 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah21,628
 • Kepadatan320/km2 (830/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
45xxxx

Sejarah

Mukim Api-Api telah diwartakan pada tahun 1975.

Nama

Mukim ini dinamakan sempena Kampung Api-Api, salah satu kampung yang di dalam pentadbiran mukim ini.

Geografi

Mukim Api-Api, Selangor 
Mukim Api-Api di Kuala Selangor.

Mukim Api-Api terletak barat Daerah Kuala Selangor berhadapan dengan Selat Melaka. Ia bersempadan dengan Mukim Kuala Selangor di utara, Mukim Pasangan di timur laut, Mukim Ijok di timur dan Mukim Jeram di selatan. Kebanyakan, tanah di sekitar Mukim Api-Api ialah tanah pamah dan sesuai untuk aktiviti ekonomi setempat. Kawasan mukim ini mempunyai keluasan mencapai 67.45 kilometer persegi dan dibahagikan kepada beberapa buah kampung dan pekan.

Demografi

Menurut bancian Malaysia 2010, Mukim Api-Api mempunyai jumlah penduduk seramai 21,628 orang, dengan 11,093 orang adalah lelaki dan 10,535 orang adalah perempuan. Mukim Api-Api mempunyai 5,396 isi rumah yang menduduki 6,769 kediaman. Jumlah penduduk yang berwarganegara Malaysia yang bertetnik Bumiputera ialah sebanyak 10,907 orang manakala jumlah penduduk yang beretnik Cina, India dan lain-lain, masing-masing ialah seramai 3,550 orang, 6,408 orang dan 56 orang. Selain itu, seramai 707 orang bukan berwarganegara Malaysia menetap di Mukim Api-Api.

Pentabdiran

Mukim Api-Api dipimpin oleh seorang penghulu mukim; pemegang jawatan semasa ialah Encik Husain bin Idris.

Petempatan

Kampung

Kampung-kampung di bawah Mukim Api-Api adalah seperti berikut:

No. Jenis Nama kampung Penduduk (2016) Luas (hektar) Poskod
1 Kampung tradisi Kampung Pasir Tuntung 5,060 415.51 45700
2 Kampung Assam Jawa 31,000 1335.00 45700
3 Kampung Api-Api 1,500 537.19 45700
4 Kampung bagan Kampung Bagan Sungai Buloh/Sasaran 600 10.99 45700

Bandar dan pekan

Terdapat tiga pekan dan satu seksyen bandar di Mukim Api-Api iaitu,

No. Jenis Nama Kawasan Poskod
1 Pekan Assam Jawa Taman Serindit, Taman Assam Jawa, Kampung Assam Jawa, Taman Merpati, Taman Mulia, Taman Selesa, Taman Harapan, Taman Impian 45700
2 Bukit Rotan Seksyen 2 dan sebahagian Seksyen 1 Bukit Rotan. 45700
3 Kuala Sungai Buloh Sebahagian Seksyen 1 dan 2 Pekan Kuala Sungai Buloh. 45700
4 Bandar Bandar Kuala Selangor Sebahagian Seksyen 20 Kuala Selangor sahaja (Taman Rhu, Taman Mawar Putih, Taman Melawati Jaya, sebahagian Bandar Baru Kuala Selangor dan Taman Bendahara). 45700

Lihat juga

Rujukan

Tags:

Mukim Api-Api, Selangor SejarahMukim Api-Api, Selangor NamaMukim Api-Api, Selangor GeografiMukim Api-Api, Selangor DemografiMukim Api-Api, Selangor PentabdiranMukim Api-Api, Selangor PetempatanMukim Api-Api, Selangor Lihat jugaMukim Api-Api, Selangor RujukanMukim Api-Api, SelangorDaerah Kuala SelangorMalaysiaMukimSelangor

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Raja PerlisAisha RetnoMalaysia MadaniGabungan Rakyat SabahJangkitanDarah yang keluar dari rahim wanitaKhilafUlar katam tebuKaum-kaum di MalaysiaSolozSlot LestaryAhli Sunah WaljamaahVirusDarjah kebesaran negeri TerengganuRujukan kehormatMyKadPakatan HarapanKetumSharifah ShahirahMira FilzahRazarudin HusainPASKAL (filem)Sharifah AiniBadarawuhi Di Desa PenariHikayat Putera ShazlanSolat jamakJamal AbdillahMelitha SidabutarAzira ShafinazCristiano RonaldoMuhammad al-FatihSerembanSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaAsidMeerqeenTentera Udara Diraja MalaysiaFaizal HusseinJangan Benci CintakuSyarikat swastaZaman air batuParti Islam Se-MalaysiaFahmi FadzilKL Gangster 2RokokPeribahasa MelayuSejarah IslamNegeri-negeri Melayu BersekutuPembentukan MalaysiaSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiTeknologiPokok MambuJudiSenarai pesawat Tentera Udara DiRaja MalaysiaKuala LumpurKedatangan dan Penyebaran Islam di Nusantara@Darurat Tanah MelayuSultan Nazrin Muizzuddin ShahTunku Abu BakarDasar Ekonomi BaruAgama di MalaysiaLabuanMahalini RaharjaAina AbdulHuruf syamsiah dan qamariahKongkekPerdana Menteri MalaysiaAeril ZafrelAzhar SulaimanBilal bin RabahUniversiti Pertahanan Nasional MalaysiaDadahChe’ Puan Mahkota Khaleeda JohorPerodua KancilKonstabel MamatPersekutuan Tanah MelayuMahathir Mohamad🡆 More