Hikayat Putera Shazlan ialah sebuah siri televisyen Malaysia yang diarahkan oleh P.
Prem Anand Pillai. Ia diterbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd dan ditayangkan di Astro Ceria. Siri televisyen ini bergenre fantasi kanak-kanak dan mempunyai 3 musim, yang ditayangkan dari 2007 hingga 2010. Ia menampilkan pelakon kanak-kanak sebagai pelakon utama, iaitu Fimie Don, Sweet Qismina, Zoey Rahman, Nasiruddin Nasir, Amira Aiyuni, Chee Ka Shong, selain pelakon dewasa seperti Abby Abadi dan Razak Ahmad.
Hikayat Putera Shazlan | |
---|---|
Genre | Komedi Fantasi Dongeng |
Pengarah | P. Prem Anand Pillai |
Dibintangi oleh | Fimie Don Sweet Qismina Abby Abadi Nasiruddin Nasir |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan musim | 3 |
Bilangan episod | 78 |
Penerbitan | |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 30 minit (per episod) |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ceria & Astro Prima |
Format gambar | 480i (SDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 2007 – 2010 |
Hikayat Putera Shazlan merupakan tajuk kepada buku ajaib yang mengisahkan tentang kehidupan harian seorang budak lelaki bernama Shazlan yang sebenar di dunia nyata. Hidup Shazlan yang sukar bersama keluarga ibu saudaranya ditemani alat-alat seperti teko emas ajaib dan sepasang gunting ajaib yang diberikan oleh buku ajaib. Tetapi, objek-objek ini tidak dapat menyelesaikan segala masalahnya. Ini kerana sebagai seorang lelaki, dia masih perlu belajar untuk mendapatkan objek berkuasa yang diberikan oleh buku ini kepadanya. Inilah pengajaran yang dipaparkan oleh setiap episod; anda bertanggungjawab besar jika anda mempunyai kuasa yang hebat. Walau bagaimanapun, selepas peristiwa Shazlan terjatuh ke dalam perigi, buku ajaib itu telah menghasilkan personaliti kedua di mana setiap objek yang dikeluarkan oleh buku itu turut mempunyai kesan sampingan.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Hikayat Putera Shazlan, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.