Michio Kaku (lahir 24 Januari 1947) merupakan seorang ahli fizik teori, futuris, dan pelopor sains Amerika Syarikat berketurunan Jepun.
Beliau merupakan profesor fizik teori di Kolej City New York dan CUNY Graduate Center. Kaku telah menulis buku mengenai fizik dan topik berkaitan, dan sering membuat kemunculan di televisyen, dan filem, dan menulis rencana dan blog dalam talian. Beliau telah menulis tiga buku paling laris New York Times — Physics of the Impossible (2008), Physics of the Future (2011), dan The Future of the Mind (2014) — malah juga telah mengacarakan beberapa rancangan TV untuk BBC, Discovery Channel, History dan Discovery Science.
Michio Kaku | |
---|---|
Kelahiran | |
Warganegara | Jepun–Amerika |
Pusat pendidikan | Universiti Harvard (B.A., 1968) Universiti California, Berkeley (Ph.D., 1972) |
Terkenal kerana | Teori medan tali Physics of the Impossible Physics of the Future The Future of the Mind |
Pasangan | Shizue Kaku |
Anak-anak | 2 |
Anugerah | Anugerah Peringatan Klopsteg (2008) |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Fizik teori |
Institusi | Universtiti City New York Universiti New York Institut Kajian Maju |
Penasihat kedoktoran | Stanley Mandelstam |
Laman web rasmi | MKaku.org |
Michio Kaku | |||||
---|---|---|---|---|---|
Nama Jepun | |||||
Kanji: | 加來道雄 | ||||
|
Kaku dilahirkan di San Jose, California. Kedua-dua ibu bapanya beketurunan Jepun: bapanya anak jati California serta berpendidikan di Jepun dan Amerika Syarikat, kedua-dua ibu bapanya bertemu semasa keluarga mereka diarahkan membawa diri ke Pusat Tolak Perang Tasik Tule semasa Perang Dunia Kedua, di mana mereka bertemu dan di mana abang sulungnya dilahirkan.
Beliau mula menceburi projek sains sejak menghadiri Sekolah Tinggi Cubberley di Palo Alto di mana beluau memasang suatu pemecut zarah di garaj ibu bapanya untuk menghasilkan "sinar gama yang cukup kuat untuk menghasilkan antijirim." Usahanya yang dipamerikan di Pameran Sains Negara Albuquerque, New Mexico menarik perhatian ahli fizik Edward Teller yang memilih beliau sebagai anak didikannya melalui pemberian Biasiswa Kejuruteraan Hertz. Kaku lulus summa cum laude dari Universiti Harvard pada tahun 1968 dan pertama kali dalam kelas fiziknya. Beliau telah menghadiri Makmal Radiasi Berkeley di Universiti California, Berkeley, dan menerima Ph.D. pada tahun 1972, dan pada tahun yang sama mengadakan kuliah di Universiti Princeton.
Kaku dikerahkan dalam Tentera Amerika Syarikat semasa Perang Vietnam di Fort Benning, Georgia serta latihan infantri lanjutan di Fort Lewis, Washington. Walau bagaimanapun, Perang Vietnam berakhir sebelum beliau ditugaskan sebagai seorang askar infantri.
Sebagai sebahagian daripada program penyelidikan pada tahun 1975 dan 1977 di jurusan fizik di The City College of The City University of New York, Kaku bekerja pada penyelidikan mengenai mekanik kuantum. Beliau merupakan Pelawat dan Ahli (1973 dan 1990) di Institut Kajian Lanjutan di Princeton dan Universiti New York. Beliau kini memegang Kerusi Henry Semat dan Profesor dalam fizik teori di Kolej Bandar Raya New York.. Beliau sendirinya merupakan saksi penting dalam kejadian yang berlaku di Makmal Lapangan Santa Susana tahun 1979 di mana suatu eksperimen reaktor natrium yang kemalangan di Lembah Simi menyebabkan kebocoran radiasi di sana sehingga menggemparkan penduduk setempat.
Kaku mempunyai lebih daripada 70 artikel yang diterbitkan dalam jurnal fizik seperti Physical Studies, yang meliputi topik seperti teori supertali, supergraviti, supersimetri, dan fizik hadronik Pada 1974, Kaku dan Prof. Keiji Kikkawa dari Universiti Osaka menulis bersama kertas yang menggambarkan teori tali dalam bentuk medan.
Kaku merupakan pengarang bagi beberapa buku teks mengenai teori tali dan teori medan kuantum.
Kaku paling banyak dikenali sebagai pelopor sains dan pakar jangkauan fizik. Beliau telah menulis buku dan muncul di banyak program televisyen serta filem. Beliau juga menganjurkan program radio mingguan.
Beliau telah mengarang pelbagai buku sains popular:
Hyperspace adalah buku terlaris dan dgundi salah satu buku sains terbaik tahun ini The New York Times dan The Washington Post. Parallel Worlds ialah finalis untuk Hadiah Samuel Johnson Prize untuk bukan cereka di UK.
Beliau juga merupakan juruhebah program radio satu jam mingguan Exploration, yang dihasilkan oleh WBAI Foundation Pacifica di New York. Exploration telah disindiketkan kepada komuniti dan stesen radio bebas dan membuat siaran terdahulu tersedia di laman web program. Kaku mendefinisikan rancangan itu sebagai topik umum sains, perang, keamanan dan persekitaran.
Kaku telah muncul dalam pelbagai bentuk media dan banyak program dan rangkaian, termasuk Good Morning America, The Screen Savers, Larry King Live, 60 Minutes, Imus In The Morning, Nightline, 20/20, Naked Science, CNN, ABC News, CBS News, NBC News, Al Jazeera English, Fox News Channel, The History Channel, Conan, The Science Channel, The Discovery Channel, TLC, Countdown with Keith Olbermann, The Colbert Report, The Art Bell Show dan penggantinya, Coast to Coast AM, BBC World News America, The Covino & Rich Show, Head Rush, Late Show with David Letterman, dan Real Time with Bill Maher. Beliau telah ditemuramah untuk dua dokumentari PBS, The Path to Nuclear Fission: The Story of Lise Meitner and Otto Hahn dan Out from the Shadows: The Story of Irène Joliot-Curie and Frédéric Joliot-Curie, yang diterbitkan dan diarahkan oleh bekas juruhebah WBAI Rosemarie Reed.
Kaku secara terbuka menyatakan kebimbangannya terhadap perkara-perkara termasuk orang-orang yang menafikan penyebab pemanasan global antropogenik, persenjataan nuklear, kuasa nuklear dan apa yang beliau percaya sebagai penyalahgunaan umum sains. Beliau mengkritik terhadap siasatan kapal angkasa Cassini–Huygens kerana 72 paun (33 kg) plutonium yang terkandung dalam kraf untuk digunakan oleh penjana termoelektrik radioisotopnya. Menyedari kemungkinan kecelakaan jika bahan bakar prob disebarkan ke alam sekitar semasa kerosakan dan kemalangan ketika siasatan membuat manuver 'sling-shot' di sekitar Bumi, Kaku secara terbuka mengkritik penilaian risiko NASA.
Katanya dari wawancara yang menyokong SETI, "Kita boleh berada di tengah-tengah perbualan antara galaksi... dan kita tidak akan tahu", digunakan dalam ansuran Symphony of Science "Our Place in the Cosmos". Kaku juga merupakan ahli Lembaga Penasihat CuriosityStream.
Kaku berkahwin dengan Shizue Kaku dan mempunyai dua anak perempuan, Alyson dan Michelle.
Pada 2016, Kaku muncul dalam iklan TV TurboTax.
Wiki Commons mempunyai media berkaitan Michio Kaku |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Michio Kaku |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Michio Kaku, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.