Krisis Harga Makanan Sedunia 2007–2008

Krisis harga makanan sedunia 2007-2008 merujuk kepada kenaikan harga makanan global secara mendadak yang menagkibatkan keadaan krisis di sesetengah kawasan termiskin di dunia, serta ketidakstabilan politik dan pergolakan sosial di sesetengah negara.

Krisis Harga Makanan Sedunia 2007–2008
Carta harga-harga takat ladang AS untuk jagung, gandum, dan kacang soya (1990-February 2008), serta ramalan hingga tahun 2016. Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, Februari 2008.
Krisis Harga Makanan Sedunia 2007–2008
Carta jumlah dagangan gandum, ira kasar dan kacang soya sedunia (1990–2008), serta ramalan hingga tahun 2016. Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, 2008.
Krisis Harga Makanan Sedunia 2007–2008
Carta nisbah stok kepada penggunaan kacang soya, jagung dan gandum AS (1977–2007), serta ramalan hingga tahun 2016. Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, September 2007.

Punca-punca jangka pendek termasuk penuaian berkurangan sesetengah kawasan di dunia, khususnya Australia. Punca-punca lain bagi kenaikan harga makanan sedunia juga disebabkan peningkatan penggunaan biobahan api di negara-negara maju, dan peningkatan permintaan untuk diet yang lebih terutamanya daging di kalangan golongan kelas menengah yang semakin mengembang di Asia. Begitu juga, kenaikan harga minyak yang berterusan telah menaikkan harga baja. Faktor-faktor ini, ditambah pula dengan simpanan stok makanan sedunia yang menurun serta ketidakstabilan akibat spekulasi pasaran saham, semuanya menyumbang kepada kenaikan harga makanan secara mendadak di seluruh dunia.

Punca

Banyak faktor yang menyumbang kepada harga makanan yang meningkat. Para penganalisa telah menjelaskan bahawa kenaikan harga ini adalah akibat kemerosotan hasil penuaian di merata tempat di dunia, simpanan makanan kian berkurangan, permintaan pengguna meningkat di China dan India, pertambahan penduduk sedunia, serta perubahan dalam ekonomi dunia.

Impak 'makanan sebagai bahan api'

Salah satu punca sistemik kenaikan harga ini adalah penggunaan tanaman makanan (khususnya jagung dan tebu) untuk menghasilkan biobahan api. Oleh sebab para petani lebih menumpukan tanaman mereka kepada penghasilan bahan api berbanding dahulu, tanah dan sumber yang sedia ada untuk penghasilan makanan sama berkurangan. Ini mengakibatkan kurangnya keluaran makanan yang sedia untuk penggunaan manusia, terutamanya di negara-negara membangun dan mundur, di mana peruntukan harian sesebuah keluarga untuk pembelian makanan amat terhad. Krisis ini boleh dilihat dari satu segi sebagai jurang antara negara-negara kaya dan miskin kerana, misalnya, mengisi tangki kereta biasa dengan biobahan api, lebih kurang sama jumlahnya dengan jagung (makanan ruji utama Afrika) yang boleh dimakan seorang Afrika sepanjang setahun.

Sejak akhir tahun 2007, "Agflasi" yang disebabkan peralihan penuaian jagung ke biobahan api yang kian menjadi-jadi, pengikatan jagung kepada harga minyak yang meningkat oleh pedagang komoditi, dan kenaikan harga sebagai kesannya, telah mengakibatkan penggantian pasaran, yang mana kenaikan harga melata melalui komoditi lain: bermula dengan harga gandum dan soya, diikuti beras, kicap, dan pelbagai jenis minyak masak.

Peningkatan permintaan seluruh Asia

Bilangan penduduk kelas menengah telah banyak meningkat di seluruh Asia sejak 20 tahun dahulu. Walaupun kebanyakan besar penduduk Asia masih tinggal di luar bandar dan hidup dalam kemiskinan, perkembangan kelas menengah di rantau ini pesat sekali, dan diramal terus meningkat lagi. Untuk perbandingan, pada tahun 1990, kelas menengah di India dan China masing-masing meningkat 9.7% dan 8.6%; sementara pada tahun 2008 kadar pertumbuhan masing-masing sudah mencapai hampir 30% dan 70%. Peningkatan taraf hidup ini turut menyebabkan perubahan gaya hidup dan tabiat pemakanan, khususnya permintaan untuk lebih kepelbagaian dan lebih daging dalam diet, dan maka itu kenaikan permintaan untuk sumber pertanian.

Kesan peningkatan harga minyak

Kenaikan harga minyak turut memacu kenaikan kos baja yang kebanyakannya memerlukan petroleum untuk dihasilkan. Minyak juga memainkan peranan penting dalam proses penghasilan dan pengangkutan makanan dengan menggunakan jentera.

Kemerosotan simpanan stok makanan sedunia

Jika dulunya negara-negara cenderung menyimpan simpanan stok makanan yang lebih, tetapi kini, oleh sebab kadar penumbuhan makanan serta kemudahan mengimport makanan, maka keperluan menyimpan stok dianggap kurang penting. Oleh itu, misalnya, pada Februari 2008 simpanan gandum menjunam kepada takat terendah sejak 60 tahun di Amerika Syarikat.

Krisis kewangan antarabangsa

Ketidakstabilan akibat spekulasi pasaran saham, termasuk peristiwa "Black Monday" pada bulan Januari 2008, telah menjejaskan pelaburan dalam komoditi makanan. Amerika Syarikat khususnya, sedang menghadapi krisis ekonomi yang boleh mengakibatkan kemelesetan.

Impak liberalisasi kewangan

Sesetengah pihak mendakwa bahawa negara-negara membangun telah bertukar dari penghasil makanan sendiri menjadi pengimport bersih makanan sejak mengikuti dasar ekonomi pasaran bebas Tabung Kewangan Antarabangsa (kemudiannya Perjanjian Pertanian Pertubuhan Perdagangan Sedunia) dikeluarkan kepada negara-negara penghutang pada 1970-an dan 1980-an. Sambil membuka negara-negara membangun kepada import makanan negara maju yang terus disubsidi oleh kerajaan Barat, negara-negara membangun semakin banyak bergantung pada import makanan yang lebih murah berbanding yang hasil pertanian tempatan di rantau-rantau termiskin di dunia.

Dalam erti kata lain, sambil menggesa negara-negara membangun agar memansuhkan subsidi demi kepentingan liberalisasi perdagangan, negara-negara kaya banyak mengekalkan subsidi untuk petani mereka sendiri, namun baru-baru ini subsidi-subsidi ini menganjakkan penghasilan ke arah biobahan makanan dari makanan.

Subsidi biobahan api di AS

FAO/ECMB telah melaporkan bahawa penggunaan tanah sedunia untuk pertanian banyak merosot sejak 1980-an, dan subsidi-subsidi di luar Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah turut menurun sejak tahun 2004, mengakibatkan bekalan yang meskipun cukup untuk memenuhi permintaan pada tahun 2004, terancam apabila AS mula menukar komoditi pertanian menjadi biobahan api. Menurut USDA, import dan simpanan gandum sedunia kian berkurangan, penggunaan domestik terbantut, dan penghasilan gandum sedunia merosot sejak tahun 2006 hingga 2008.

Di AS, subsidi kerajaan bagi penghasilan etanol telah mendorong ramai petani beralih kepada penghasilan biobahan api; kesannya, 23% tanaman jagung digunakan untuk etanol pada tahun 2007 (naik 6% dari tahun 2005), maka menjejaskan bekalan makanan.

Kesan pada negara membangun

Sejak awal tahun 2007 hingga tahun 2008, harga-harga sesetengah komoditi makanan antarabangsa paling asas naik mendadak di pasaran antarabangsa. Harga pasaran gandum antarabangsa berganda dari Februari 2007 hingga Februari 2008, mencapai rekod melebihi AS$10 sebusyel. Harga beras turut mencapai takat tertinggi dalam jangka 10 tahun. Di sesetengah negara, harga susu dan daging meningkat lebih dua kali ganda, sementara harga soya (yang mencapai harga tertinggi sejak 34 tahun pada Disember 2007) dan jagung turut naik mendadak.

Untuk memastikan bekalan makanan masih mencukupi untuk penduduk tempatan serta mengekang inflasi harga yang serius, sesetengah negara Asia seperti China, India, Indonesia, Vietnam, Kemboja, dan lain-lain (termasuk Mesir) mengenakan pengharaman eksport beras dengan ketatnya. Sesetengah negara Eropah pula, termasuk Ukraine, Rusia dan Serbia, turut sama mengenakan tarif tinggi atau menghalang eksport gandum dan makanan lain sama sekali, sekaligus memacu lagi peningkatan harga untuk negara-negara pengimport makanan. Seperti negara membangun yang lain, Malaysia juga menghadapi tekanan harga makanan yang melambung tinggi di pasaran dunia. Walaupun harga makanan asas seperti beras dikawal oleh kerajaan Malaysia sudah ada desakan terutama dari golongan petani supaya harga padi dinaikkan sejajar dengan lonjakan harga beras di pasaran antarabangsa.

Pergolakan

Disebabkan kenaikan harga sudah menjejaskan tempat-tempat di Asia dan Afrika agak teruk, terutamanya Burkina Faso, Cameroon, Senegal, Mauritania, Cote d'Ivoire, Mesir dan Maghribi yang mula menyaksikan tunjuk perasaan dan rusuhan pada akhir tahun 2007 dan awal 2008 mengenai ketandusan makanan ruji asas. Negara-negara lain yang menyaksikan rusuhan makanan atau pergolakan seumpamanya termasuk: Mexico, Bolivia, Yaman, Uzbekistan, Bangladesh, Pakistan, Sri Lanka, dan Afrika Selatan.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Krisis Harga Makanan Sedunia 2007–2008 PuncaKrisis Harga Makanan Sedunia 2007–2008 Kesan pada negara membangunKrisis Harga Makanan Sedunia 2007–2008 PergolakanKrisis Harga Makanan Sedunia 2007–2008 RujukanKrisis Harga Makanan Sedunia 2007–2008 Pautan luarKrisis Harga Makanan Sedunia 2007–2008

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

TikTokBatuk kokolAbdul Taib MahmudUbur-uburGua HiraKhunsaUEFA Euro 2020Bendera PalestinNorreen ImanAliff Syukri KamarzamanSiakapShaheizy SamTeknologi maklumatRosyam NorPerkhidmatan awam di MalaysiaRamadanTunku Abdul RahmanSijil Pelajaran MalaysiaTracie SinidolMarlia MusaMichael (malaikat utama)Salasilah keturunan Nabi MuhammadKerajaan TarumanagaraNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuHannah DelishaSenarai stesen radio di MalaysiaSolat Sunat IstisqaPaskah YahudiGiant's CausewayPiala UEFAPokok MambuTepung pelitaBani IsraelM. Hitler ZamiChacha MaembongFunanFrekuensi radio di PerakAzira ShafinazJoe BidenJuzAzhar IdrusPiala Dunia FIFA 2014KedahHadha min fadhle RabbiFadlan HazimDarah yang keluar dari rahim wanitaSe7en (filem 1995)MalaysiaBaju MelayuElizabeth IIWan SharmilaSolat tarawihBella DowannaSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarOsloFauzi NawawiSlot MegaDramaDaiyan TrishaPerikatan NasionalIsrak dan MikrajPerjanjian PrespaYang di-Pertua Negeri SarawakZahirah MacWilsonRangka manusiaWarna liturgiSenarai universiti di MalaysiaSekolah Henry GurneyPembenihan awanGrup Gerak KhasOrang YahudiPasukan bola sepak kebangsaan Yaman UtaraUlul AzmiSultan Muhammad VJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaRukun NegaraMasakan IndiaSenarai kata pinjaman bahasa MelayuTuakKelantan🡆 More