Kim Sae-Ron

Kim Sae-ron (lahir 31 Julai 2000) ialah seorang pelakon wanita Korea Selatan.

Beliau memulakan kerjayanya ketika berumur sembilan tahun dan menjadi terkenal menerusi filem A Brand New Life (2009) dan The Man From Nowhere (2010). Kim dikenali menerusi lakonannya dalam filem A Girl at My Door (2014) serta drama Can You Hear My Heart? (2011), The Queen's Classroom (2013), Hi! School: Love On (2014) dan Mirror of the Witch (2016).

Kim Sae-ron
Kim Sae-Ron
Kim pada bulan September 2016
Kelahiran (2000-07-31) 31 Julai 2000 (umur 23)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2009–sekarang
EjenFantagio (2009-2015)
YG Entertainment (2016-sekarang)

Kehidupan awal

Kim mempunyai dua orang adik perempuan, Ah-ron dan Ye-ron. Kedua-dua mereka juga menceburi bidang lakonan. Beliau menghadiri Sekolah Rendah Miyang di Seoul, dan menamatkan pembelajaran dari Sekolah Menengah Yang-il di Ilsan pada bulan Februari 2016. Beliau kemudiannya menghadiri Sekolah Seni Persembahan Seoul.

Karier

2009-2014

Peranan lakonan pertama Kim adalah dalam filem tahun 2009, A Brand New Life arahan Ounie Lecomte. Kim menghadiri Festival Filem Cannes untuk filem tersebut dan merupakan pelakon wanita termuda untuk dijemput ke festival tersebut. Beliau kemudiannya membintangi filem The Man From Nowhere bersama Won Bin, yang mana filem itu merupakan filem dengan kutipan tertinggi di Korea Selatan pada tahun 2010. Kim memenangi beberapa anugerah untuk dua filem pertamanya termasuk Pelakon Baru Wanita Terbaik di Anugerah Filem Korea dan Anugerah Filem Buil.

Kim Sae-Ron 
Kim pada bulan Februari 2014

Pada tahun 2011, Kim mempunyai peranan dalam filem I Am a Dad. Peranan drama pertamanya adalah dalam Can You Hear My Heart? sebagai versi muda watak Hwang Jung-eum. Beliau muncul dalam empat episod pertama dan persembahan lakonannya dipuji oleh pengkritik drama. Beliau kemudiannya muncul dalam filem Barbie bersama adiknya, Ah-ron. Kim melakonkan dua peranan dalam filem seram ngeri, The Neighbor. Pada tahun 2013, beliau berlakon dalam drama The Queen's Classroom, yang mana beliau mememangi Pelakon Muda Wanita Terbaik di Anugerah Drama MBC 2013 (berkongsi bersama tiga pelakon lain).

Peranan lakonan pertama Kim pada tahun 2014 adalah dalam filem dokumentari-drama, Manshin: Ten Thousand Spirits, sebagai versi remaja Kim Geum-hwa. Beliau kemudiannya melakonkan watak mangsa buli dan keganasan domestik dalam filem A Girl at My Door. Kim menghadiri Festival Filem Cannes buat kali kedua untuk filem tersebut. Persembahan lakonan beliau dipuji secara meluas oleh pengkritik filem termasuk daripada majalah Variety dan Twitch Film. Beliau dicalonkan untuk pelbagai anugerah dan memenangi Pelakon Baru Wanita Terbaik di Anugerah Filem Blue Dragon ke-35 dan Anugerah Sinematografi Emas. Juga pada tahun 2014, beliau membintangi drama Hi! School: Love On dan filem seram ngeri Manhole.

2015-sekarang

Pada tahun 2015, Kim melakonkan watak utama dalam rancangan istimewa Drama City, iaitu Snowy Road. Drama dua bahagian ini kemudiannya dikeluarkan sebagai filem di teater. Persembahan lakonan Kim dipuji oleh pengkritik drama dan penonton. Beliau kemudiannya memenangi Pelakon Wanita Terbaik dalam Filem Asing di Festival Filem Golden Rooster dan Hundred Flowers. Beliau kemudiannya melakonkan watak utama dalam drama To Be Continued dan versi muda karakter Choi Kang-hee dalam drama Glamorous Temptation. Beliau membintangi drama tahun 2016, Mirror of the Witch. Pada bulan November 2016, Kim menyertai YG Entertainment.

Filmografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan
2009 A Brand New Life Jin-hee
2010 The Man from Nowhere Jung So-mi
2011 I Am a Dad Han Min-ji
2012 Barbie Soon-young
The Neighbor Yoo Soo-yeon / Won Yeo-seon
2014 Manshin: Ten Thousand Spirits Kim Geum-hwa (remaja)
A Girl at My Door Sun Do-hee
Manhole Soo-jung
2016 The Great Actor kameo

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2011 Can You Hear My Heart? Bong Woo-ri (kanak-kanak) MBC
Heaven's Garden Kang Eun-soo Channel A
2012 Fashion King Lee Ga-young (kanak-kanak) SBS
I Need Romance 2012 Yoon Gi-hyun (kameo) tvN
Mom Is Acting Up Park Sae-ron MBC
Missing You Bo-ra (kameo suara, episod 11) MBC
2013 The Queen's Classroom Kim Seo-hyun MBC
2014 Hi! School: Love On Lee Seul-bi KBS2
2015 Snowy Road Kang Young-ae KBS1
To Be Continued Jung Ah-rin MBC Every 1
Glamorous Temptation Shin Eun-soo (remaja) MBC
2016 Mirror of the Witch Puteri Seo-ri / Yeon-hee jTBC

Video muzik

Tahun Lagu Artis
2013 "Green Rain" Shinee
2014 "Jackpot" Block B
"From My Heart" 5urprise
2015 "Cat's Eye" Astro

Rancangan varieti

Tahun Tajuk Saluran Nota
2012 The Human Condition KBS2 Tetamu, episod 3
2014 Happy Together KBS2 Tetamu, episod 365
2015–sekarang Show! Music Core MBC Pengacara

Diskografi

Tahun Lagu Album
2012 "The Phrase" OST The Neighbor

Rujukan

Tags:

Kim Sae-Ron Kehidupan awalKim Sae-Ron KarierKim Sae-Ron FilmografiKim Sae-Ron DiskografiKim Sae-Ron RujukanKim Sae-Ron Pautan luarKim Sae-RonCan You Hear My Heart?Hi! School: Love OnKorea SelatanMirror of the WitchThe Queen's Classroom (siri TV 2013)

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Ujian dadahPegawai WaranJenis air untuk bersuci dalam IslamSkizofreniaEtnik MelayuPuteri Gunung LedangLatSejarah al-QuranKementerian Kesihatan MalaysiaMimi LanaFarali KhanKamikaze (kugiran)Bank Negara MalaysiaPuteri BalqisProton ExoraAmir AhnafMasjidPontianak Harum Sundal MalamR.A. KartiniSekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji AdnanTentera Darat MalaysiaSandakanSingapura Dilanggar TodakJepunPangkat tenteraSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan terendahTerengganuBahasa MaduraSolat hajatProton SatriaIpohPeribahasa MelayuShaharuddin ThambyKadet Remaja Sekolah MalaysiaSri Pahang FCKuala LumpurSijil Pelajaran MalaysiaHari GawaiBarisan NasionalIsteri-isteri Nabi MuhammadPulau PinangJamrahPerakUniversiti Sains MalaysiaKerajaan Bani UmaiyahSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarFahmi FadzilAbdul Taib MahmudOrang Melayu IndonesiaRemy IshakWings (kumpulan muzik Malaysia)HemoroidPahangLaluan Shah AlamSharifah HusnaLaman UtamaMenteri Kesihatan MalaysiaJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaHari WesakGeografi JohorNazim OthmanPiala Sumbangsih 2024Senarai bank di MalaysiaSophia AlbarakbahPersatuan Negara-negara Asia TenggaraZainol MacWilsonJulia RaisStadium Nasional Bukit JalilPerang PadriTunku Ismail ibni Sultan IbrahimAziz HarunKata ganti diriNabi Muhammad SAWSarah SuhairiDaun salam🡆 More