ETS adalah singkatan untuk Electric Train Service, merupakan perkhidmatan tren laju antara bandar di antara Padang Besar, Butterworth, Kuala Lumpur dan Gemas yang diperkenalkan oleh Keretapi Tanah Melayu pada 12 Ogos 2010.
Terdapat 36 stesen yang berkhidmat sepanjang laluan ini iaitu dua di Perlis, empat di Kedah, empat di Pulau Pinang, 14 di Perak, lima di Selangor, empat di Kuala Lumpur, dua di Melaka dan dua di Negeri Sembilan.
KTM ETS KTM Perkhidmatan Tren Elektrik كي.تي.عيم. ڤرخدمتن كريتاڤي ايليتريك | |
---|---|
Umum | |
Nama asal | KTM Electric Train Service (Inggeris) KTM 双轨电动火车 (Cina) KTM மின்சாரத் தொடருந்து சேவை (Tamil) |
Jenis | Rel antarabandar |
Lokasi | Semenanjung Malaysia |
Stesen | 36 (setakat 2022) |
Penumpang harian | 11,361 (2017) |
Penumpang | 4.147 juta (2017) (▲ 16.3%) |
Laman sesawang | www |
Operasi | |
Dibuka | Ogos 2010 |
Pemilik | KTM |
Pengendali | Bahagian Antarabandar KTM |
Sistem pengaliran | Pemandu |
Stok kereta api | 5 set kereta api enam-kereta KTM Kelas 91 4 daripada 10 et kereta api enam-kereta KTM Kelas 93 |
Teknikal | |
Panjang aliran | Sedia ada: 755 km (Padang Besar-Gemas) Dalam pembinaan: 192 km tambahan (Gemas-Johor Bahru Sentral) |
Tolok landasan | 1,000 mm (3 kaki 3 3⁄8 in) tolok meter |
Kelajuan operasi maksimum armada ETS adalah 140 km/jam, walaupun tren ETS direka untuk mencapai kelajuan 160 km/jam. Setiap tren boleh mengangkut maksimum 350 orang penumpang, dan terdiri daripada enam gerabak yang mencapai jumlah panjang 138 m dan berat 231.8 ton. Setiap gerabak 22.95 m panjang, 2.75 m lebar dan 4 m tinggi.
Dilancarkan pada Ogos 2010, perkhidmatan mula-mula melayan Ipoh hingga Seremban tetapi sektor KL Sentral-Seremban diberhentikan pada Oktober 2012.
Kemudian perkhidmatan dilanjutkan dari Ipoh ke Padang Besar melalui Butterworth dengan pengenalan ETS Transit pada 10 Julai 2015, dengan 24 stesen hentian. Pada mulanya, hanya satu perkhidmatan tren di kedua-dua arah diperkenalkan. Pada hari berikutnya pada 11 Julai 2015, diperkenalkannya ETS Express antara KL Sentral dan Padang Besar melalui Butterworth dengan 15 stesen hentian. Sekali lagi hanya satu perkhidmatan untuk kedua-dua arah.
Kemudian pada 1 September 2015, perkhidmatan tambahan antara KL Sentral dan Butterworth diperkenalkan, dan pada 10 Oktober 2015, dilanjutkan lagi dari KL Sentral ke Gemas, bersama dengan pengenalan perkhidmatan baru antara Padang Besar dan Gemas. Lanjutan KTM ETS ke Gemas menggunakan landasan kembar elektrik antara Seremban dan Gemas yang siap pada 2014.
Juga pada 10 Oktober 2015, perkhidmatan baru dilancarkan antara Butterworth dan Padang Besar di samping perkhidmatan sedia ada tetapi yang ini kemudian dikurangkan kekerapan dengan pelancaran KTM Komuter Sektor Utara.
Makin banyak tren yang ada, makin kerap disemak jadual dan perkhidmatan. Diperkenalkannya kelas-kelas servis Platinum, Gold dan Silver sementara istilah "ETS Ekspres" dan "ETS Transit" dilucutkan
Sistem penomboran perkhidmatan tren berikut digunakan untuk KTM ETS:
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article KTM ETS, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.