Isteri Aku Kalis Cinta

Isteri Aku Kalis Cinta ialah novel 2014 oleh penulis novel Malaysia, Mawar Kamila, dikeluarkan pada 2014 oleh Lovenovel Publication.

Novel ini telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama bertajuk Cetera Hati Diya oleh TV3 pada 2017.

Isteri Aku Kalis Cinta
Umum
PengarangMawar Kamila
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreRomantik
Penerbitan
PenerbitLovenovel Publication
Tarikh penerbitan
Mac 2014
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman686
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670657103

Sinopsis

“Saya harap, saya benar-benar kalis cinta. Saya tak mahu mencintai awak. Saya terlalu ingin membenci awak. Andai masa dapat diundur, saya nak perkahwinan ini tak pernah terjadi supaya saya tak akan pernah memberi hati pada awak.” ~ Diya.

Pada Diya, Zahil hadir mengubat luka silamnya kemudian merobek pula luka yang lebih dalam. Maaf? Diya memilih, tidak!

Hancur luluh hati Zahil Hariz apabila bahagia yang mereka bina musnah kerana kedegilan Diya. Zahil tiada upaya untuk mengubah masa silam Diya sebagaimana dia tidak berdaya mengubah hubungan cinta mereka yang cukup rumit. Kemunculan watak Zakuan, Syamil, Tina dan Nadya menambah konflik sedia ada.

“Allah memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Allah hanya anugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Allah telah berikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Dan awak, Adelia Dayana adalah cinta saya.” ~ Zahil.

Memberi kasih pada yang tidak mahu menghargai, sakitnya bagaikan patah hati. Hakikatnya, Zahil tak pernah meragui hati Diya. Namun apabila ada insan lain yang mampu buat Diya mengukir senyum, Zahil beralah dengan memberi hak kepada Diya untuk membuat pilihan. Penceraian atau kemaafan? Apakah pilihan Diya?

Keluaran dan legasi

Isteri Aku Kalis Cinta dikeluarkan pada 2014 oleh Lovenovel Publication. Pada tahun 2019, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Samarinda bermula 17 Jun di TV3, dibintangi oleh Azar Azmi dan Fattah Amin.

Rujukan

Tags:

Cetera Hati DiyaTV3

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Baju kebayaMohamed Fadzli HassanKucingMamat KhalidMona FandeyShuib SepahtuTunku Abu BakarNik Abdul Aziz Nik MatIpohPilihan raya umum Malaysia 2022TerengganuSenarai Kementerian di MalaysiaBaba dan NyonyaSolat jamakNur FazuraCendolAssalamualaikumWudukRindu Kasih 2Kejuruteraan awamRock Oo!EtikaJuventusTuberkulosisPiala Dunia B-20 FIFA 2019Kamus DewanRukun IslamPembantu perubatanSireniaPeraturan bola jaringKK Super MartAgama BuddhaAbdullah bin Ahmad BadawiBatu Bersurat Terengganu7 Hari Mencintaiku (musim 3)Universiti Teknologi MalaysiaKhalid Mohamad JiwaAkulah BalqisSilat Gayong MalaysiaNuzul QuranKerisPuncak AlamKementerian Dalam Negeri MalaysiaArif AimanAdnan bin SaidiSosialIsham JalilPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalM.O.BAsertifSultanah ZanariahJohan GhazaliPerang Dunia KeduaZara ZyaSugionoTembikaiTidak beragamaJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaMerdeka 118Amin IdrisHero Seorang CinderellaBugisIman TroyeNabila RazaliPembentukan MalaysiaIslam di MalaysiaPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaMasjidLailatulqadarKorban KasihPenanda wacanaIskandar ChempakaIzzue IslamSiti NurhalizaKhadijah binti KhuwailidSenarai Bidang Pengajian Tinggi di MalaysiaFalsafah Pendidikan MalaysiaBajauHari Kebangsaan Malaysia🡆 More