Idahan (Ida'an, Idaan, Eraan, Sabahan, Saba'an dan Buludupi) adalah satu etnik pribumi yang terdapat di Sabah dan menetap di sekitar daerah Lahad Datu, Kinabatangan dan Sandakan di persisiran timur Sabah, Malaysia.
Populasi semasa dianggarkan sekitar 20,000-30,000 (2020 est), tetapi terdapat bukti mereka pernah menduduki kawasan lebih luas sepanjang persisiran timur Sabah berbanding masa kini. Kaum Idahan adalah kaum terawal memeluk Islam di Pulau Borneo, iaitu seawal tahun 1408 masihi.
Jumlah penduduk | |
---|---|
20,000-30,000 | |
Kawasan ramai penduduk | |
Malaysia (Sabah) | |
Bahasa | |
Bahasa Ida'an, Bahasa Melayu | |
Agama | |
Islam (100%) | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Begak, Subpan, Orang Sungai |
Selama beberapa abad, mereka memiliki hak esklusif bagi mengumpulkan sarang burung layang-layang di dalam gua batu kapur kawasan tersebut, terutamanya Gua Madai. Selama beberapa abad ethnik Idahan telah memiliki mekanisma sosial berasaskan sedarah, bagi mengawal capaian bermusim ke kamar batu yang memiliki sarang burung layang-layang, dan bergilir hak menuai antara pelbagai ahli suku kaum. Sebagai ethnik minoriti, Idahan beroperasi sebagai kumpulan korporate berkait rapat berkait dengan aktiviti menuai sarang burung layang-layang. Sistem pengagihan turut memastikan hubungan rapat di kalangan ethnik Idahan. Keuntungan tunggal tuaian yang diwarisi hanya dapat dikekalkan oleh mereka selagi mereka berkerjasama sebagai satu unit ekonomi dan masyarakat kerjasama.
Pada dasarnya nama asal suku kaum Ida'an adalah "Bedaro", tetapi setelah suku ini memeluk Islam mereka telah menukar nama Bangsa mereka dari Bedaro kepada Ida'an atau Idahan. yang bermaksud "Baik, Jujur dan Terbilang".
Nama lain Selain Ida'an, mereka juga di sebut Idahan atau Idaan.
namun begitu dalam beberapa catatan sejarah kaum ini biasanya di panggil sebagai Eraan (mengikut sebutan Bajau) atau Iraqan (mengikut sebutan Tausug), Sabahan (berasal daripada perkataan Saba'an) atau juga Buludupi (Booloodoopy).
Ada dua teori yang mengatakan tentang asal usul suka kaum Ida'an.
Bila sebut mengenai Warisan, sememangnya suku kaum Ida'an memang terkenal dengan Gua-Gua Warisan Sarang Burung yang menjadi Warisan Turun Temurun sejak dahulu lagi.
Berikut adalah beberapa buah Gua Batu Kapur yang diiktiraf sebagai Hak Warisan Kaum Ida'an.
Durian Merah atau Alau merupakan salah sebuah buah yang menjadi kegemaran bagi Suku Kaum Ida'an/Idahan.
Makanan tradisi yang lain termasuklah Temba' Pait,Temba' Kedaso , Pait Pelom, Sambal Gembuan, Tassam Badas Kayu, Tassam Buduk, Sekilo Kayu Kegut, Putti Bebbag dan banyak lagi.
.
Pesta atau Festival Khas Kaum Ida'an di Sabah. Jika Kaum Kadazandusun terkenal dengan Pesta Menuai Padi, kaum Ida'an pula terkenal dengan Pesta Mengutip Sarangnya.
Pada tahun 2019 buat pertama kalinya kaum Ida'an mempunyai Pestanya tersendiri yang di panggil Karnival Pesta Mengalap yang berlangsung pada bulan September di Perkarangan Gua Madani, Kunak.
Namun Pesta berkenaan tidak dapat diteruskan pada tahun berikutnya, akibat Pendamik Covid-19. Dan pada tahun 2022, Pesta Salag diadakan di Perkarangan Pejabat Daerah Lahad Datu.
Islam merupakan agama yang di anuti oleh keseluruhan masyarakat Suku Kaum Ida'an sejak dahulu.
Di percayai suku kaum Ida'an telah memeluk Islam seawal tahun 1408 masihi, ini dapat dibuktikan dengan penemuan manuskrip kuno yang menggunakan bahasa Ida'an lama dengan campuran sedikit bahasa Melayu.
Manuskrip berkenaan menerangkan tentang hukum-hukum Islam, ilmu falak dan juga cara-cara menanam padi.
Bahasa Etnik Idahan adalah tergolong dalam Rumpun Bahasa Timur-Laut Sabahan bersama dengan Bahasa Bonggi. Dan ini adalah berbeza dengan bahasa yang dituturi Etnik Dusun, Murut, Tidung dan juga Paitan. Yang digolongkan dalam bahasa Barat Daya Sabahan.
Bahasa Ida'anik merupakan salah satu bahasa asli yang dituturi di Kawasan Pantai Timur Sabah. Bahasa ini dituturi oleh Etnik Ida'an dan juga Etnik Begak, Walaupun mempunyai bahasa yang sama tetapi kedua suku ini mempunyai Dialek yang berbeza.
Keluarga Bahasa : Austronesia | Austronesian
|
---|
Perbandingan Dialek Penutur Bahasa Ida'anic iaitu Ida'an, Begak dan Buludupi.
Melayu | Ida'an | Begak | Buludupi |
---|---|---|---|
Satu | Sa' | Sa' | Ssa |
Dua | Duo | Duo | Duwo |
Tiga | Tellu | Telu | Tollu |
Empat | Ppat | Pat | Ppat |
Lima | Limo | Limo | Limo |
Enam | Enom | Enum | Nnom |
Tujuh | Turu' | Turu' | Turu' |
Lapan | Walu | Olu | Wolu |
Sembilan | Siwai | Siwai | Siwai |
Sepulu | Pulu' | Pulu' | Polu' |
Suku kaum Ida'an dikatakan bersaudara dengan dua suku iaitu Suku Begak dan juga Suku Subpan.
Penempatan orang-orang Ida'an di Negeri Sabah kini dapat ditemui di tiga buah daerah di Sabah iaitu Daerah Lahad Datu, Daerah Kinabatangan dan juga Daerah Sandakan.
Kegiatan ekonomi masyarakat Idahan pada zaman dahulu ada bergantung kepada aktiviti mengutip Sarang Burung, Nelayan, Bercucuk Tanam dan Berburu.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Idahan, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.