Hidup Bersama Covid-19

Memandangkan pandemik COVID-19 berterusan biarpun terdapat vaksinasi besar-besaran, beberapa pakar dan pertubuhan berkaitan kesihatan telah mencadangkan bahawa manusia seharusnya hidup bersama COVID-19.

Berdasarkan teori ini, COVID-19 mungkin tidak akan hilang dari dunia namun menjadi endemik seperti selesema dan influenza, dan kehidupan manusia akan kembali ke norma lama walaupun tempoh sebenarnya masih belum pasti.

Istilah With Corona (Bahasa Korea: 위드코로나, Bahasa Jepun: ウィズ・コロナ) digunakan di Korea Selatan dan Jepun.

Latar belakang

COVID-19 yang disebabkan oleh SARS-COV-2 telah merebak ke seluruh dunia sejak awal 2020, dan telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Perintah berkurung seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di banyak negara untuk membendung wabak tersebut. Pandemik ini telah membawa pelbagai kesan sosial, seperti lonjakan bunuh diri dan keganasan rumah tangga, serta normalisasi aktiviti secara maya, termasuk pertemuan dan kelas dalam talian. Vaksin yang dibangunkan begitu cepat dalam tempoh setahun, dan vaksinasi bermula sejak Disember 2020. Teori imuniti kelompok telah dicadangkan untuk mengatasi wabak itu, dengan memberi vaksin kepada kebanyakan (kira-kira 80-90%) orang.

Kemunculan varian baharu, seperti British (α), Afrika Selatan (β), Brazil (γ), India (δ), dan Botswana (ο), memberikan persoalan tentang keberkesanan vaksin, kerana beberapa kajian mencadangkan bahawa varian baharu itu mungkin dapat mengurangkan keberkesanan vaksin. Kes dan kematian terobosan turut dilaporkan, terutamanya daripada vaksin tidak aktif buatan China, seperti vaksin Sinovac dan Sinopharm. Ketidaksamaan vaksin, di mana negara-negara yang belum dibangunkan (terutamanya di Afrika) bergelut untuk memperolehi vaksin, juga mencetuskan kontroversi.

Memandangkan pandangan bahawa vaksin sendiri tidak dapat menghentikan wabak itu, teori bahawa manusia seharusnya hidup bersama COVID-19 telah dicadangkan. Ini bermakna bahawa COVID-19 tidak akan ghaib dari dunia ini, tetapi menjadi endemik dan boleh diurus seperti selesema atau influenza, dan oleh itu norma lama (berbanding dengan apa yang dipanggil "norma baharu") akan kembali.

Mengikut negara

Korea Selatan

Pada 22 Oktober 2021, Heo Seok, Datuk Bandar Suncheon, mengumumkan bahawa bandar itu akan beralih kepada strategi "hidup bersama COVID-19" bermula dari 25 Oktober. Ini menjadikan Suncheon sebagai bandar pertama Korea Selatan yang melancarkan strategi tersebut.

Pada hari yang sama apabila Suncheon melancarkan strategi itu, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan telah mengadakan pendengaran awam di Daerah Tengah, Seoul, di mana dicadangnya strategi yang dipanggil "Pemulihan Langkah demi Langkah" bermula dari 1 November. Berdasarkan rancangan itu, kerajaan Korea Selatan merancang untuk menghentikan semua sekatan pada 24 Oktober 2022.

Bagaimanapun, pada 3 Disember, selepas kira-kira sebulan "Pemulihan Langkah demi Langkah", kerajaan menggantung sementara strategi itu dengan mengenakan semula ukuran yang lebih ketat mulai 6 Disember kerana lonjakan kes baharu dan kemunculan varian Botswana (ο).

Korea Utara

Pada 10 Januari 2022, Rodong Sinmun melaporkan bahawa negara itu ingin menukar ukuran COVID-19 daripada pendekatan "ketat" kepada pendekatan "maju dan mesra rakyat". Perkhidmatan kereta api kargo antara Sinuiju dengan Dandong kembali beroperasi semula sejak 16 Januari. Beberapa media Korea Selatan menganalisis bahawa Korea Utara ingin melancarkan strategi "hidup bersama COVID-19".

Singapura

Pada Jun 2021, Kementerian Kesihatan Singapura mencadangkan rancangan baharu untuk memasuki fasa endemik COVID-19 semenjak peningkatan pesat kadar vaksinasi di negara bandar Asia Tenggara itu. 3 menteri yang bertanggungjawab iaitu Gan Kim Yong, Ong Ye Kung dan Lawrence Wong, mengakui bahawa walaupun COVID-19 tidak akan ghaib, rakyat Singapura mungkin boleh kembali kepada norma lama.

Pelan itu mencadangkan perubahan berikut untuk menguruskan wabak:

  • Ujian yang lebih mudah dan pantas (bukan ujian PCR)
  • Pesakit ringan akan disembuhkan di rumah (bukan di hospital)
  • Pelancongan akan kembali semula, dengan syarat iaitu individu mesti mempunyai sijil vaksinasi

Namun begitu, strategi ini mencetuskan kontroversi sejak peningkatan pesat kes harian baharu walaupun kadar vaksinasi yang tinggi. Terdapat cadangan untuk mengenakan perintah berkurung semula, namun tidak pernah berlaku.

United Kingdom

Pada 19 Julai 2021, United Kingdom menghentikan hampir semua sekatan COVID-19 sewaktu lonjakan kes harian. Hari itu dikenali sebagai "Hari Kebebasan (Freedom Day)".

Lihat juga

Rujukan

Tags:

Hidup Bersama Covid-19 Latar belakangHidup Bersama Covid-19 Mengikut negaraHidup Bersama Covid-19 Lihat jugaHidup Bersama Covid-19 RujukanHidup Bersama Covid-19Endemik (epidemiologi)InfluenzaManusiaPandemik COVID-19Penyakit koronavirus 2019SelesemaVaksin COVID-19

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

KetumPuteri BalqisRock Oo!Ketua Polis Negara MalaysiaNabi Syu'aib a.s.Angkor WatHulu LangatMinyak sapiFadlan HazimSistem SuriaLee Kee HiongPandu PuteriInternazionale Milano F.C.Prabowo SubiantoSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiAdnan Abu HassanPahangAisha RetnoMazhab SyafiiMatlamat Pembangunan MampanKumpulan Wang Simpanan PekerjaJessica MilaKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)Adnan bin SaidiAnak Perjanjian Syaitan 2BulanA. Samad SaidKonfusianismeLondonSultan PerakEtikaAliff Dalam 7 DimensiYang di-Pertuan AgongPiala Dunia B-20 FIFA 2019Golongan kata (bahasa Melayu)Senarai buahBella DallyJustin BieberTidak beragamaPemancutan maniSSC NapoliPencemaran udaraPuncak AlamMaklumatOrang BanjarCik ManggisKerajaan Bani UmaiyahBatu Bersurat TerengganuYasmin AhmadNabila RazaliAsbab al-nuzulLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaFarah AhmadIman TroyeTikTokRadio Televisyen MalaysiaPasukan Kadet PDRMPerlisM.O.BUthman bin AffanKeputusan perlawanan pasukan bola sepak MalaysiaSibuRosyam NorSyed Zainal Abidin Syed Mohd TahirKata ganti diriTunku Aminah Maimunah IskandariahKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Kuih takoPiagam MadinahButakDemografi MalaysiaSharifah HusnaBak kut tehNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuUnifi TVAl-hamdu lillahi rabbil 'alaminKhawarij7 Hari Mencintaiku (musim 3)🡆 More