Giorgio Napolitano (sebutan bahasa Itali: ; 29 Jun 1925 – 22 September 2023) ialah seorang ahli politik Itali yang berkhidmat sebagai Presiden Itali ke-11 dari 2006 hingga 2015.
Beliau merupakan presiden pertama yang dipilih untuk penggal kedua, presiden Itali paling lama hidup sehingga 98 tahun serta presiden pertama yang paling lama berkhidmat, dengan rekod 8 tahun dan 244 hari. Sebelum itu beliau menjadi presiden Dewan Rakyat Itali dari 1992 hingga 1994 dan Menteri Dalam Negeri dari 1996 hingga 1998.
Giorgio Napolitano | |
---|---|
Presiden Itali ke-11 | |
Dalam jawatan 15 Mei 2006 – 14 Januari 2015 | |
Perdana Menteri | Romano Prodi Silvio Berlusconi Mario Monti |
Didahului oleh | Carlo Azeglio Ciampi |
Digantikan oleh | Sergio Mattarella |
Menteri Dalam Negeri | |
Dalam jawatan 17 Mei 1996 – 21 Oktober 1998 | |
Perdana Menteri | Romano Prodi |
Didahului oleh | Giovanni Rinaldo Coronas |
Digantikan oleh | Rosa Russo Iervolino |
Presiden Dewan Rakyat | |
Dalam jawatan 3 Jun 1992 – 14 April 1994 | |
Presiden | Oscar Luigi Scalfaro |
Didahului oleh | Oscar Luigi Scalfaro |
Digantikan oleh | Irene Pivetti |
Butiran peribadi | |
Lahir | Naples, Itali | 29 Jun 1925
Meninggal dunia | 22 September 2023 (umur 98) Rom, Itali |
Parti politik | Bebas (2006–2023) |
Sekutu gabungan politik lain | Demokrat Kiri (1998–2006) Parti Demokratik Kiri (1991-1998) Parti Komunis Itali (1945–1991) |
Pasangan | Clio Maria Bittoni |
Anak-anak | Giulio Giovanni |
Kediaman | Istana Quirinal, Rom |
Alma mater | Universiti Naples Federico II |
Tandatangan |
Dilantik sebagai senator seumur hidup pada 2005, beliau terpilih sebagai Presiden Itali pada 10 Mei 2006; dengan upacara angkat sumpah pada 15 Mei. Beliau merupakan presiden yang pertama pernah menjadi anggota Parti Komunis Itali dan juga yang pertama terpilih semula sebagai Presiden, pada April 2013.
Setelah mencatat rekod lapan tahun setengah sebagai Presiden, Napolitano akhirnya meletak jawatan pada usia dekat 90 tahun pada Januari 2015. Pada 22 September 2023, beliau meninggal dunia pada usia 98 tahun.
Wiki Commons mempunyai media berkaitan Giorgio Napolitano |
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Oscar Luigi Scalfaro | Presiden Dewan Rakyat 1992–1994 | Diikuti oleh: Irene Pivetti |
Didahului oleh Giovanni Rinaldo Coronas | Menteri Dalam Negeri 1996–1998 | Diikuti oleh: Rosa Russo Iervolino |
Didahului oleh Carlo Azeglio Ciampi | Presiden Itali 2006–kini | Pemegang jawatan kini |
Susunan keutamaan | ||
Pertama | Susunan Keutamaan Itali sebagai Presiden | Diikuti oleh: Pietro Grasso |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Giorgio Napolitano, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.