Dedap Merah: Spesies tumbuhan

Dedap, dadap, dedap serap atau dedap batik (nama saintfik: Erythrina variegata) adalah suatu spesies tumbuhan dalam keluarga Erythrina yang bertaburan sekitar kawasan-kawasan tropika dan subtropika Afrika, anak benua India dan pulau-pulau Lautan Hindi, utara benua Australia, sampailah ke barat Lautan Pasifik di pulau Fiji.

Dedap/Dadap
Dedap serap
Dedap batik
Dedap Merah: Botani, Kegunaan, Rujukan
Pokok di Kajang, Daerah Hulu Langat, Malaysia.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Erythrina
Spesies:
E. variegata
Nama binomial
Erythrina variegata

Pokok dedap sering ditemukan secara semulajadi di pantai dan hutan-hutan sekitar terutamanya berdekatan muara sungai.

"Dadap" turunan kata akar Proto-Austronesia *dapdap₁.

Botani

Pokok dedap mampu mencapai ketinggian antara 15 hingga 20 meter dengan ranting memanjang 50–60 sm. Batang pokok yang masih muda dan halus bergaris-garis hijau mendatar dengan warna kekelabuan, keperangan atau keputihan; batang biasanya dengan duri-duri tempel kecil (1–2 mm) berwarna hitam. Dedaun pokok tumbuh majmuk dari tangkai-tangkai panjang 10–40 cm, 3 helai anak daun setangkai berbentuk hati atau rombus berhujung tumpul dan beraneka rona (hijau hingga hijau muda) serta kuning pudar di sepanjang tulang daun dan urat sisi. Daun-daun ini sering meluruh pada musim kemarau.

Dedap Merah: Botani, Kegunaan, Rujukan 
Bunga di Kolkata, Bengal Barat, India.

Bunga-bunga tersusun menjambak dalam suatu tandan hampir berbentuk kon 25 sm panjang, setiap kuntum bunga mempunyai kelopak berwarna merah terang kejinggaan menyala hingga merah gelap dengan panjang 5.5-8 × 8 sm dan 10 stamen sekuntum. Lenggai biji yang terhasil dari persenyawaan ini lampai dan langsing mencapai sehingga 15–27 sm panjang setiap lenggai mengandungi 5-10 butir biji benih bujur berwarna merah tua atau ungu gelap berpermukaan gilap.

Kegunaan

Kayu

Pokok ini sering digunakan sebagai bahan penting dalam industri pembalakan dan pembuatan kertas. Kayu dedap digunakan secara tradisi dalam pelbagai cara oleh masyarakat setempat dari membuat lembing dan perisai (seperti di New Britain) sehinggalah ke jala (Kemboja).

Perubatan

Manuskrip Kitab Tibb Pontianak dikarang Haji Ismail bin Haji Mustafa di Pontianak, Kalimantan pada 1325 H (atau 1907-1908 M) ada menyenaraikan banyak faedah menggunakan pokok dedap dalam merawat pelbagai penyakit termasuk batuk, bengkak, pendarahan dalaman serta merangsang pengeluaran air susu dalam ibu yang hamil.

Perhutanan

Pokok-pokok dedap juga dimanfaatkan sebagai penghalang angin dan pokok pelindung (terutamanya dalam penanaman kopi) serta sebagai tanaman hiasan; ia sering ditanam di sepanjang tepi jalan raya dan taman-taman.

Petani-petani yang mengusahakan sirih, lada hitam dan vanila d India menggunakan pokok ini sebagai pokok penyokong jalar.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Dedap Merah BotaniDedap Merah KegunaanDedap Merah RujukanDedap Merah Pautan luarDedap Merah

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15Perdana Menteri MalaysiaYang di-Pertuan AgongUpacara kematian orang CinaJ RevolusiFarali KhanCik ManggisHari Raya AidilfitriHaidRita NadiraSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaFahmi FadzilPuaka Cuti SemesterNazim OthmanSateAngkatan Tentera MalaysiaSunan MuriaSophia LianaSelangorTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahSenarai kaum di MalaysiaMaya KarinPuteri Gunung LedangRogolSkop ProductionsSepupuMahathir MohamadNajib RazakDaun salamNabila RazaliAziz HarunSenarai penerima darjah kebesaran negeri Terengganu 2023Perjanjian HudaibiyahUniversiti Sains MalaysiaCapriceZambry Abdul KadirNafiez ZaidiPulau PinangSoffi JikanOrang Cina MalaysiaMalaysia MadaniSandakanSolat Sunat NikahFadhlina SidekSenarai raja-raja MelayuFrom Saga With LovePasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaSolat jamakMenara Jam Condong Teluk IntanCuti umum di MalaysiaIpohKera bekantanUjian dadahMaria OzawaMazlan AlimanTentera Laut Diraja MalaysiaIntegritiAisha RetnoSiksa NerakaPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaPiala Asia B-23 AFC 2024Bandaraya MelakaFaizal HusseinKesan perubahan iklimNombor perdanaGula melakaPenunggang Agama7 Hari Mencintaiku (musim 3)Syafiq YusofBola tamparZed ZaidiSaronChacha MaembongEtnik MelayuKelapa sawitAmerika Syarikat🡆 More