Christina Liew Chin Jin

YB Datuk Christina Liew Chin Jin (lahir 14 September 1952) merupakan seorang ahli politik Malaysia.

Beliau merupakan Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dan mewakili DUN Api Api. Beliau juga merupakan Naib Presiden Pakatan Harapan dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat di Sabah.

YB Datuk

Christina Liew Chin Jin

PGDK
刘静芝
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah
Memegang jawatan
11 Januari 2023
Ketua MenteriHajiji Noor
Didahului olehChristina Liew Chin Jin Christina Liew Chin Jin Jafry Ariffin
Dalam jawatan
16 Mei 2018 – 30 Julai 2020
Ketua MenteriMohd Shafie Apdal
Didahului olehChristina Liew Chin Jin Christina Liew Chin Jin Masidi Manjun
Digantikan olehChristina Liew Chin Jin Christina Liew Chin Jin Jafry Ariffin
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Api-Api
Memegang jawatan
6 Mei 2013
Didahului olehChristina Liew Chin Jin Christina Liew Chin Jin Yee Moh Chai
Majoriti795 (2013)
2,954 (2018)
5,347 (2020)
Naib Presiden Pakatan Harapan
Memegang jawatan
11 September 2017
Pengerusi Pakatan Harapan Sabah
Memegang jawatan
11 September 2017
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR (dilantik)
Memegang jawatan
2022
Ketua PKR Cabang Kota Kinabalu
Memegang jawatan
2022
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Sabah
Dalam jawatan
2 Oktober 2016 – 2022
Didahului olehLajim Ukin
Digantikan olehSangkar Rasam
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Tawau, Sabah
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului olehChristina Liew Chin Jin Christina Liew Chin Jin Mary Yap Kain Ching
Digantikan olehChristina Liew Chin Jin Christina Liew Chin Jin Lo Su Fui
Majoriti4,727 (2018)
Timbalan Ketua Menteri Sabah
Dalam jawatan
bersama
Wilfred Madius Tangau
Jaujan Sambakong
16 Mei 2018 – 30 Julai 2020
GabenorJuhar Mahiruddin
Ketua MenteriMohd Shafie Apdal
Digantikan olehBung Moktar Radin
Butiran peribadi
Lahir (1952-09-14) 14 September 1952 (umur 71)
Christina Liew Chin Jin Hong Kong
KerakyatanMalaysia
Parti politikChristina Liew Chin Jin Christina Liew Chin Jin PH-PKR
PasanganKurnadi Hadikusomo
ProfesionBekas peguam

Kehidupan peribadi

Christina dilahirkan di Hong Kong British sebagai anak daripada ibu bapa Cina Hakka. Ibu bapanya berhijrah ke Tawau di bawah Jajahan Mahkota Borneo Utara ketika berusia beberapa bulan. Christina berkahwin dengan orang Indonesia berketurunan Hokkien yang berhijrah ke Amerika Syarikat tetapi sering merantau untuk tinggal bersamanya dan anak-anak mereka.

Kontroversi dan kritikan

Christina mendapat kritikan daripada penduduk Tawau selaku Ahli Parlimen Tawau kerana dilihat kurang mengambil kisah berkenaan nasib penduduk Tawau. Menurut wakil penduduk, Christina didakwa jarang datang ke Tawau, dan dikatakan hanya pernah dilihat turun padang ketika pilihan raya negeri Sabah pada 2020. Ketika meletusnya sebuah protes di Kampung Muhibbah Raya, Tawau pada April 2021 susulan tekanan penduduk akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, Christina dikutuk oleh pihak pemuda PKR Sabah kerana menunda pemberian bantuan makanan selama 'seminggu dua' selepas protes tersebut. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2022, beliau akhirnya telah dikalahkan di Parlimen Tawau oleh calon muda dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Tuan Lo Su Fui dengan menggunakan tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pada tahun 2014, Christina adalah salah satu daripada tiga orang yang diperintahkan untuk membayar ganti rugi kepada Borneo Samudera Sdn Bhd (BSSB) kerana mendorong peserta Skim Pekebun Kecil Bahagak secara salah untuk melanggar perjanjian usaha sama mereka (JVA) dengan BSSB.

Sokongan Terhadap Hajiji

Pada 6hb Januari 2023, Pengerusi UMNO Sabah merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah dan ADUN Lamag bersama beberapa ADUN UMNO yang lain telah menarik sokongan terhadap Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah. Hal ini disebabkan, tindakan beliau dan kesemua ADUN BERSATU telah keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN). Walau bagaimanapun terdapat beberapa ADUN UMNO yang bertindak kekal menyokong Hajiji seperti Shahelmey Yahya, James Ratib, Mohd Arsad Bistari, Jasnih Daya dan Yusof Yacob serta Andi Muhammad Suryady Bandy dan Harun Durabi.

Christina Liew sebagai Pengerusi PH Sabah telah membawa 7 ADUN PH iaitu 4 DAP, 2 PKR dan 1 UPKO untuk menyokong Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah. Tindakan 7 ADUN UMNO kekal menyokong Hajiji dengan sokongan 7 ADUN PH telah menyebabkan Hajiji memperoleh majoriti mudah untuk terus kekal sebagai KM Sabah.

Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim merestui Hajiji Noor untuk kekal sebagai Ketua Menteri Sabah. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi juga turun ke Sabah mengiringi PM bagi membincangkan hal ini dan mencadangkan agar sebuah Kerajaan Perpaduan dibentuk di Sabah.

Walau bagaimanapun, berlaku rombakan kabinet Sabah yang mana Bung Moktar Radin telah digugurkan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kerja Raya Sabah. Beliau telah digantikan oleh Shahelmey Yahya yang juga Ahli Parlimen Putatan. Beberapa ADUN UMNO yang berkhidmat sebagai Pembantu Menteri juga digugurkan.

Kesan daripada sokongan ADUN PH, Christina Liew (PKR) dan Phoong Jin Zhe (DAP) masing-masing dilantik sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Sabah dan Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah. Tan Lee Fatt (DAP) dilantik sebagai Pembantu Menteri Kewangan Sabah dan Peto Galim (PKR) dilantik sebagai Pembantu Menteri Pertanian Sabah.

Keputusan pilihan raya

Dewan Rakyat
Tahun Kawasan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan Jumlah undi Majoriti Keluar mengundi
1986 P151 Tawau, Sabah Christina Liew (PBS) 4,814 27.12% Samson Chin Chee Tsu (DAP) 8,277 46.62% 17,923 3,463 63.12%
Abdul Ghapur Salleh (Bebas) 4,663 26.26%
2002 P150 Gaya, Sabah Christina Liew (keADILan) 2,613 11.89% Liew Teck Chan (SAPP) 15,639 71.19% 22,100 11,923 44.71%
Hiew King Cheu (DAP) 3,716 16.92%
2008 P172 Kota Kinabalu, Sabah Christina Liew (PKR) 9,358 33.93% Hiew King Cheu (DAP) 9,464 34.31% 27,909 106 64.09%
Liew Teck Chan (SAPP) 8,420 30.53%
Kong Yu Kiong (Bebas) 341 1.24%
2018 P190 Tawau, Sabah Christina Liew (PKR) 21,400 50.05%2 Yap Kain Ching (PBS) 16,673 39.00%2 43,734 4,727 73.20%
Mohamad Husain (PAS) 2,518 5.89%
Alizaman Jijurahman (PHRS) 2,162 5.06%
Notes:
Tidak termasuk undian bagi calon di tempat ketiga dan ke bawah.
2 Peratusan berbeza diguna pakai bagi pilihan raya 2018.
Dewan Undangan Negeri Sabah
Tahun Kawasan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan Jumlah undi Majoriti Keluar mengundi
2013 N15 Api-Api, P172 Kota Kinabalu Christina Liew (PKR) 5,853 49.64% Yee Moh Chai (PBS) 5,058 42.90% 12,099 795 80.20%
Wong Yit Ming (SAPP) 713 6.05%
Felix Chong Kat Fah (STAR) 152 1.29%
Marcel Jude Ms Joseph (Bebas) 14 0.12%
2018 Christina Liew (PKR) 8,174 57.04% Yee Moh Chai (PBS) 5,220 36.43% 14,729 2,954 76.40%
Lim Kat Chung (SAPP) 598 4.17%
Len Lip Fong (PKAN) 244 1.70%
Chan Chee Ching (Bebas) 94 0.66%
2020 N20 Api-Api, P172 Kota Kinabalu Christina Liew (PKR) 7,796 67.80% Yee Moh Chai (PBS) 2,449 21.29% 11,499 5,347 60.05%
Pang Yuk Ming (PCS) 431 3.75%
Chin Su Phin (LDP) 317 2.76%
Lo Yau Foh (PPRS) 280 2.43%
Chong Tze Kiun (GAGASAN) 97 0.84%
Sim Sie Hong (Bebas) 72 0.63%
Ng Chun Sua (Bebas) 41 0.36%
Marcel Jude (Bebas) 16 0.14%

Anugerah

  • Christina Liew Chin Jin  Sabah :
    • Christina Liew Chin Jin  Darjah Panglima Gagah Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2018)

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Christina Liew Chin Jin Kehidupan peribadiChristina Liew Chin Jin Kontroversi dan kritikanChristina Liew Chin Jin Sokongan Terhadap HajijiChristina Liew Chin Jin Keputusan pilihan rayaChristina Liew Chin Jin AnugerahChristina Liew Chin Jin RujukanChristina Liew Chin Jin Pautan luarChristina Liew Chin JinDewan Undangan Negeri SabahKabinet SabahMalaysiaPakatan HarapanParti Keadilan RakyatSabah

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Rita RudainiGabenor Bank Negara MalaysiaLebuhraya Utara–Selatan Jajaran UtaraM. NasirFarali KhanBani IsraelLaluan Kelana JayaKelayakan Piala Asia B-23 AFC 2024Solat JumaatAyamEyka FarhanaJenis air untuk bersuci dalam IslamRukun ImanBuah kerasNadia BrianRaja Zarith SofiahKecerdasan buatanMona FandeyFahrin AhmadFrekuensi radio di KelantanAn-Nuayman bin AmrHael HusainiPilihan raya negeri Selangor 2023Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IraqIzzue IslamNajis dalam IslamFrekuensi radio di SabahRita NadiraPembentukan MalaysiaPerang UhudSunan DrajatPuteri Gunung LedangKhir RahmanBola tamparAzira ShafinazSeri KembanganHarris AlifNatasya MahyanJamrahSearch (kugiran)Johor BahruMohd Shuhaily Mohd ZainMahathir MohamadPerceraian dalam IslamJanji Diana (drama)Ujian dadahAznil NawawiNina IskandarIntan NajuwaMarried Tapi BenciRuhainiesSheikh Muszaphar ShukorSungai TerengganuFrekuensi radio di MelakaParti Rakyat India MalaysiaNora DanishLeftenan KomanderHot FMPerang BadarPiala ThomasUpacara kematian orang CinaSurah Al-InsyirahKementerian Kesihatan MalaysiaAdiraHulu LangatJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahDaerah di MalaysiaJeslina HashimOne Cent ThiefPenjajahan Jepun di Tanah MelayuPilihan raya umum India 2024Hantu dalam masyarakat MelayuSabrina AliTerlanjur Cinta (drama web)Iskandar Chempaka🡆 More