Bovidae

Bovidae merupakan sebuah keluarga yang terdiri daripada sekitar 140 spesies mamalia ruminan berbelah telapuk yang mana setidak-tidaknya yang jantan bercirikan tanduk tak bercabang yang dilindungi dengan lapisan keratin kekal.

Bovidae
Julat zaman: 20–0 Ma
Awal Miosen - Kini
Bovidae
Hippotragus niger
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Infraorder: Pecora
Keluarga: Bovidae
Gray, 1821
Subkeluarga

Bovinae
Cephalophinae
Hippotraginae
Antilopinae
Caprinae
Reduncinae
Aepycerotinae
Peleinae
Alcelaphinae
Pantholopinae

Keluarga Bovidae sesungguhnya laris, pelbagai dan berasal dar Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Utara: antara ahli-ahlinya termasuk bison, kerbau, antelop, gazel, biri-biri, kambing, dan lembu.

Ciri-ciri

Ahli Bovidae paling besar badan, iaitu seladang beratnya baru melebihi satu tan dan berdiri setinggi 2.2 m (7.2 ka) ke paras bahu, sementara yang paling kecil badan, iaitu antelop royal beratnya 3 kg dan berdiri tidak lebih tinggi daripada kucing bela jinak. Ada yang berbadan gempal dan sasa, dan ada yang ringan badan dengan kaki turus panjang. Kebanyakan spesiesnya berkumpul banyak-banyak dengan tatatingkat sosial yang rumit, sedangkan yang lain rata-rata hidup seekor-seekor. Dalam lingkungan taburan yang meluas, Bovidae menduduki pelbagai ragam habitat, baik gurun mahupun tundra, hutan tropika mahupun gunung tinggi.

Kebanyakan ahli keluarga Bovidae adalah maun, kecuali kebanyakan duiker, yang maserba. Seperti lain-lain ruminan, Bovidae mempunyai perut berkebuk empat yang membolehkan pencernaan bahan tumbuh-tumbuhan seperti rumput yang tidak boleh dimakan oleh lain-lain jenis haiwan. Bahan tumbuhan sedemikian mengandungi selulosa yang tidak boleh dihadamkan terus oleh sebarang haiwan lebih tinggi. Bagaimanapun, ruminan (dan sesetengah haiwan lain seperti kanggaru, arnab dan anai-anai) boleh menggunakan mikroorganisma yang hidup di dalam ususnya untuk memecah-mecahkan selulosa melalui penapaian.

Oleh sebab betapa besar dan berat sistem pencernaan rumitnya, kebanyakan ahli Bovidae mempunyai bentuk badan yang padat, pendek dan gempal, walhal spesies-spesies yang lebih ramping lebih cerewet dalam memilih makanan, malah lebih rela merenggut daun daripada meragut rumput. Gigi taring dan kacip atasnya tiada, sebaliknya digantikan oleh lapik belulang keras yang digeritkan oleh gigi bawah untuk meragut rumput dan dedaun seumpamanya. Sepasang gigi luaran di bahagian depan rahang bawah sering dianggap sebagai taring, ataupun kacip tanpa taring. Gigi pipinya berkorona rendah dan selenodon, malah terpisah dari gigi depan oleh jurang lebar yang bergelar diastema. Formula gigi Bovidae lebih kurang sama dengan ruminan-ruminan lain, iaitu Bovidae  atau Bovidae 

Kesemua Bovidae mempunyai empat batang jari di setiap kaki. Ia berjalan dengan dua batang tengah (iaitu telapuk) sementara dua batang tepi (kuku embun) lebih kecil dan jarang-jarang menyentuh tanah. much smaller and rarely if ever touch the ground. Kecuali sesetengah jenis yang dibela jinak, yang jantan dalam kesemua spesiesnya mempunyai tanduk; begitu juga dengan yang betina dalam kebanyakan spesies. Saiz dan bentuk tanduknya banyak berbeza-beza tetapi binaan asasnya sentiasa merupakan sepasang tulang tertonjol tanpa cabang, biasanya berbentuk lingkar, pintal ataupun jejalur dan dilindungi dengan lapisan keratin kekal. Binaan tanduk yang unik ini adalah satu-satunya ciri-ciri morfologi yang jelas dan ketara yang membezakan Bovid daripada spesies-spesies Pecora yang lain. Pertumbuhan tanduk jantan dikaitkan dengan pemilihan seksual, sementara pertumbuhan tanduk betina mungkin disebabkan pemilihan semula jadi. Tanduk betina biasanya lebih kecil daripada tanduk jantan, malah kadang-kadang berlainan bentuknya. Tanduk betina Bovidae dipercayai berevolusi sebagai pertahanan daripada pemangsa ataupun tanda sifat kewilayahan kerana Bovidae betina yang tidak kewilayahan selalunya tiada tanduk, sebaliknya boleh bersembunyi daripada pemangsa.

Evolusi

Keluarga Bovidae dikenali melalui fosil-fosil hidupan dari awal Miosen, iaitu sekitar 20 juta tahun dahulu. Ahli-ahli paling purba seperti Eotragus merupakan haiwan kecil yang agak serupa dengan gazel zaamn sekarang dan mungkin hidup dalam persekitaran hutan jarang. Rumpun Bovidae cepat berpecah menjadi pelbagai hingga menjelang lewat Miosen, bilangan spesiesnya telah banyak bertambah. Penyebaran lewat Miosen ini antara lainnya disebabkan oleh sebilangan besar Bovidae yang membiasakan diri dengan habitat padang rumput yang lebih terbuka. Sekitar 78 genus telah dikenal pasti daripada zaman Miosen (berbanding 50 sekarang).

Pada awal sejarah elovusinya, rumpun Bovidae berpecah kepada dua klad utama iaitu Boodontia dan Aegodontia. Perpecahan Boodontia (asal Eurasia) dengan Aegodontia (asal Afrika) dikatakan berpunca daripada perpecahan tanah antara kedua-dua benua tersebut. Apabila dua benua itu bercantum semula, maka rintangan itu pun hilang dan kedua-dua klad memperluas ke dalam wilayah satu sama lain.

Bovidae moden paling banyak terdapat di Afrika sedangkan populasi yang tidak kurang jumlahnya tetapi kurang pelbagai terdapat di Asia dan Amerika Utara. Kebanyakan spesies Bovidae yang berevolusi di Asia tidak mungkin melepasi pemangsaan oleh manusia yang datang dari Afrika pada lewat Pleistosen. Sebaliknya, spesies-spesies Afrika memanfaatkan beribu-ribu atau beberapa jtua tahun untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan kemahiran memburu oleh manusia yang beransur-ansur tetapi kebanyakan spesies Bovidae yang umum dibela jinak (kambing, biri-biri, kerbau dan yak) berasal dari Asia. Ini mungkin kerana Bovidae di Asia kurang takut pada manusia dan lebih jinak.

Kehadiran sebilangan kecil bovidae Amerika moden mungkin merupakan kedatangan yang agak baharu melalui jambatan darat Bering, tetapi sudah lama mendahului kedatangan manusia.

Pengelasan

Keluarga Bovidae

  • Subkeluarga Bovinae: lembu, kerbau dan antelop bertanduk pilin, 27 spesies dalam 10 genus
  • Subkeluarga Cephalophinae: duiker, 21 spesies dalam 2 genus
  • Subkeluarga Hippotraginae: Antelop meragut, 7 spesies dalam 3 genus
  • Subkeluarga Antilopinae: gazel, antelop kerdil dan saiga, 35 spesies dalam 13 genus
  • Subkeluarga Caprinae: kambing, biri-biri, lembu kesturi, takin, dsb., 33 spesies dalam 10 genus
  • Subkeluarga Reduncinae: reedbuck, lechwe, 9 spesies dalam 2 genus
  • Subkeluarga Aepycerotinae: impala, 1 spesies dalam 1 genus
  • Subkeluarga Peleinae: Rebok kelabu, 1 spesies dalam 1 genus
  • Subkeluarga Alcelaphinae: wildebeest, topi/tsessebe, 10 spesies dalam 4 genus
  • Subkeluarga Pantholopinae: Antelop Tibet, 1 spesies dalam 1 genus

Rujukan

Tags:

Bovidae Ciri-ciriBovidae EvolusiBovidae PengelasanBovidae RujukanBovidae Pautan luarBovidae

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Malaysia MadaniAmyra RosliKhunsa (siri TV)Mierul AimanDataran MerdekaSultan Sharafuddin Idris ShahMandi wajibPencemaran udaraAzahari HusinUmmi NazeeraNabi Muhammad SAWKeperibadianDaerah di SabahTerlanjur Cinta (drama)Sultan Muhammad VFrekuensi radio di TerengganuYang di-Pertua Negeri SarawakMacNorish KarmanJep SepahtuNora DanishRejimen Askar Melayu DiRajaBella DallySifat-sifat AllahFrekuensi radio di PahangLiza AbdullahJenis darahKata adjektifTeknologiRamadanRibaSerpihan SayangPiala Dunia B-20 FIFA 2019Jenayah kolar putihHantu Kak Limah Balik RumahF.C. Internazionale MilanoProton WajaSyed Mohd Yusof Syed NasirKementerian Dalam Negeri MalaysiaPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuShuib SepahtuKementerian Kesihatan MalaysiaMohd Aidil Zafuan Abdul RadzakTunku Abdul RahmanSayu Yang SyukurBendaharaUthman bin AffanAmelia HendersonNanako MatsushimaYusof HaslamJudiPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaSel (biologi)Sepahtu Reunion LiveMohd Noor Helmy Abdul HalemKerajaan MataramShah AlamJustin BieberKetupatTwitterPandu PuteriSlot SakuraSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaDollaAliff Syukri KamarzamanAzan dan iqamatBanserSimpulan bahasaNegeri-negeri Melayu BersekutuDoa IftitahSenarai universiti di MalaysiaIbu Tiri (filem)Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)Nabi Musa a.s.Atikah SuhaimeDaerah LangkawiSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiCongkak🡆 More