Astro @15 merupakan saluran interaktif 24 jam yang pertama di Malaysia.
Mula bersiaran menerusi saluran 17 pada 26 Julai 2003 dan kemudiannya pada 1 Oktober tahun yang sama dipindahkan ke saluran 15 selama empat bulan. Disebabkan oleh pertukaran saluran Astro ke nombor tiga digit yang berlaku kepada hampir semua saluran, saluran ini dipindahkan ke saluran 109 namun masih mengekalkan nama lamanya. Astro @15 rasmi melancarkan pada 26 Julai 2003 menyiarkan melalui saluran 17. Ia adalah saluran sembang interaktif, terutamanya tertumpu kepada penonton Melayu.
Negara | Malaysia |
---|---|
Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
Pemilikan | |
Pemilik | Astro |
Sejarah | |
Dilancarkan | 26 Julai 2003 |
Ditutup | 1 Mei 2012 |
Digantikan oleh | Astro Mustika HD (2012–2018) |
Nama dahulu | @15 (26 Julai 2003 - 28 September 2003) |
Saluran televisyen ini menawarkan para penontonnya untuk menghantar mesej dan mesej tersebut akan dipaparkan di skrin sambil mengikuti rancangan yang disiarkan (kebiasaanya rancangan Melayu) serta muzik video lagu-lagu popular. Saluran ini ditamatkan pada 1 Mei 2012. Astro @15, berhenti penyiaran pada tengah malam, 1 Mei 2012. Digantikan oleh Astro Mustika HD pada 21 Mei 2012, manakala program yang disiarkan oleh saluran yang dibawa oleh saluran-saluran Melayu Astro yang lain. Selain itu, Astro mempunyai saluran yang bernama Astro @Play.
Berikut ini adalah perubahan nombor yang ada di Astro @15:
Pada tanggal 26 Julai 2003, @15 dapat boleh disaksikan melalui Astro di saluran 17.
Pada 29 September 2003, @15 telah rasmi melancarkan nama baharu menjadi Astro @15.
Pada 1 Oktober 2003, Astro @15 telah dinomborkan semula dari saluran 17 ke saluran 15.
Pada tanggal 1 Oktober 2007, Astro @15 akan diubah nombor memperkenalkan menjadi 3 digit iaitu 109.
Pada tanggal 1 Mei 2012, Astro @15 telah rasmi ditamatkan siaran.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Astro @15, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.