Aegukga

Aegukga (Korea: 애국가code: ko is deprecated , Hanja: 愛國歌code: ko is deprecated , disebut: ; lit. Lagu Cinta Negara), ialah lagu kebangsaan Korea Selatan.

Aegukga
애국가
愛國歌
Aegukga

National anthem Aegukga Korea Selatan
Liriktidak diketahui pasti (Yun Chi-ho atau Ahn Changho), 1896
MuzikAhn Eak-tai, 1936
Diguna pakaiOgos 1948; 75 tahun yang lalu (1948-08)
Sampel audio
"Aegukga" (instrumental)
Aegukga
Hangul애국가
Hanja愛國歌
Perumian SemakanAegukga
McCune–ReischauerAegukka

Liriknya dipercayai dikarang oleh Yun Chi-ho, seorang ahli politik atau An Chang-ho, seorang pejuang kemerdekaan pada akhir kurun ke-19; pada mulanya seni kata ini dinyanyikan mengikut melodi suatu lagu rakyat Scotland terkenal bernama "Auld Lang Syne", namun ia diharamkan pada zaman pemerintahan Jepun (1910-1945) lagu tersebut telah diharamkan tetapi rakyat Korea yang berada di luar negara tetap menyanyikannya bagi meluahkan aspirasi mereka untuk merdeka. Irama baru dan terkini lagu ini digubah pada tahun 1937 oleh seorang penggubah lagu yang mukim di Sepanyol bernama Ahn Eak-tae.

Status Aegukga sebagai lagu kebangsaan Korea Selatan masih belum rasmi namun ia sering digunakan di upacara-upacara di dalam dan luar negara.

Sejarah penukilan

Duluan

Pada tahun 1890-an, dinasti Joseon yang sebelumnya didirikan mulai menghubungi negara-negara lain untuk pertama kalinya, termasuk Amerika Syarikat, Great Britain dan Empayar Rusia. Pertemuan dengan negara-negara asing memunculkan patriotisme, yang kemudian menciptakan beberapa "Aegugka". Misalnya, karya pada tahun 1896 termasuk "Aeguka" yang dibuat oleh Na Pil-gun, Han Myung-one, dan Lee Yong-mu. Pada 21 November 1896, para sarjana dari Universiti Pai Chai menyanyikan versi Aegukga dalam upacara pintu kemerdekaan. Namun, lagu ini berbeda dari lagu yang dinyanyikan oleh Akademi Militer pada tahun 1898 dan dari lagu yang dinyanyikan pada hari ulang tahun mantan maharaja.

Namun, sebuah buku dari zaman Empayar Korea pada tahun 1900 memiliki catatan lagu kebangsaan. Suatu gubahan yang diketahui sebagai "Aegukga Empayar Korea", atau secara harfiah "Lagu Kebangsaan Empayar Korea Raya" diyakini umum ditulis oleh Franz Eckert yang juga menggubah lagu kebangsaan Jepun. Beberapa orang berpendapat bahawa catatan yang mendokumentasikan tindakan Franz Eckert menunjukkan bahawa secara fisik tidak mungkin baginya untuk menulis lagu kebangsaan. Diperkirakan bahawa lagu yang dinyanyikan oleh sekolah Paejae adalah lagu Scotland Auld Lang Syne dan bahawa lagu yang dinyanyikan oleh Akademi Militer adalah versi dari lagu Inggeris God Save the Queen.

Lagu yang dikaitkan dengan Eckert dibuat oleh pihak tentera pada tahun 1902. Versi lagu Eckert dengan lirik yang berbeda mulai diimplementasikan secara wajib rasmi di semua sekolah pada tahun 1904 hasil gesaan sampingan dari perjanjian-perjanjian dimeterai Korea bersama Jepun pada tahun 1905 serta tahun 1907.

Pengarangan lirik dan muzik

Ada banyak teori mengenai penulis lirik resmi Aegukga. Umumnya diyakini bahawa lirik tersebut ditulis untuk upacara peletakan batu pertama Gerbang Kemerdekaan di Seoul pada tahun 1896 oleh Yun Chi-ho, seorang politisi Korea. Belakangan, Kim Gu pada masa pemerintahan Korea di pengasingan, berkata kepada rakan-rakannya: "Pada Gerakan 1 Mac, kami memiliki Taegeukgi dan Aegukga. Mengapa perihal siapa sang penulis menjadi masalah?" Dia menulis: "Lirik dan semangat lagu kebangsaan lebih penting daripada keberadaan penulis lirik." Teori-teori lain menyebut penulis lirik adalah An Chang-ho, Choi Byung-hun, Kim In-sik, Min Yeong-hwan atau kombinasi dari penulis yang disebutkan di atas. "Suruhanjaya untuk mencari komposer 'Aegukga'" didirikan pada tahun 1955 oleh pemerintah atas permintaan Amerika Syarikat, tetapi jawatankuasa itu menyimpulkan bahawa tidak ada cukup bukti untuk menyebutkan siapa sosok penulis lirik.

Awalnya, Aegukga dinyanyikan seirama lagu rakyat dari Scotland iaitu "Auld Lang Syne" yang diperkenalkan ke Korea oleh para mubaligh Barat. Pemerintah Korea Sementara (1919–1945) di Shanghai, China kemudiannya menggunapakai versi ini sebagai lagu kebangsaan mereka. Pada upacara perayaan pendirian Korea Selatan pada 15 Ogo1948, lagu Scotland tersebut akhirnya digantikan dengan menyadur petikan suatu simfoni bernama Korea Fantasia gubahan Ahn Eak-tai pada tahun 1935, meskipun penggunaannya telah dilakukan secara tidak resmi beberapa tahun sebelumnya. Aegukga yang baru kemudian diadopsi oleh Keputusan Presiden tahun 1948 oleh Presiden Korea Selatan Syngman Rhee (atau Lee Seungman).

Hingga 1987, Aegukga selalu didahului oleh empat ruffles and flourishes mirip amalan dilakukan di Taiwan, hari ini lagu dimainkan setelah memainkan musik kehormatan presiden.

Lirik

Hangul Hanja dan hangul Perumian Semakan Terjemahan bahasa Melayu
1
    동해 물과 백두산이 마르고 닳도록
    하느님이 보우하사 우리나라 만세.
1
    東海 물과 白頭山이 마르고 닳도록
    하느님이 保佑하사 우리나라 萬歲.
1
    Donghae mulgwa Baekdusani mareugo daldorok
    Haneunimi bouhasa urinara manse
1
후렴:
    무궁화 삼천 화려강산
    대한 사람, 대한으로 길이 보전하세.
후렴:
    無窮花 三千里 華麗江山
    大韓 사람, 大韓으로 길이 保全하세.
Hu-ryeom:
    Mugunghwa samcheolli hwaryeo gangsan
    Daehan saram daehaneuro giri bojeonhase
Korus
2
    남산 위에 저 소나무, 철갑을 두른 듯ig
    바람서리 불변함은 우리 기상일세.
2
    南山 위에 저 소나무, 鐵甲을 두른 듯
    바람서리 不變함은 우리 氣像일세.
2
    Namsan wie jeo sonamu cheolgabeul dureun deut
    Baram seori bulbyeonhameun uri gisangilse
2
    Sepertimana cemara Namsan teguh tidak digoyahkan ribut dan salji
    Begitu juga azam kita yang tidak berubah untuk selamanya.
    (ulang korus)
3
    가을 하늘 공활한데 높고 구름 없이
    밝은 달은 우리 가슴 일편단심일세.
3
    가을 하늘 空豁한데 높고 구름 없이
    밝은 달은 우리 가슴 一片丹心일세.
3
    Gaeul haneul gonghwalhande nopgo gureum eopsi
    Balgeun dareun uri gaseum ilpyeondansimilse
3
    DI langit biru musim luruh tinggi dan tidak berawan,
    Rembulan menerang bagai hati kita yang benar dan tidak berbahagi.
    (ulang korus)
4
    기상과 이 맘으로 충성을 다하여
    괴로우나 즐거우나 나라 사랑하세.
4
    氣像과 이 맘으로 忠誠을 다하여
    괴로우나 즐거우나 나라 사랑하세.
4
    I gisanggwa i mameuro chungseongeul dahayeo
    Goerouna jeulgeouna nara saranghase
4
    Dengan azam dan semangat, berilah kesetiaan dengan jiwa dan raga
    Marilah semua cintakan negara dalam masa suka atau duka.
    (ulang korus)
    Nota kaki

Kontroversi

Isu hak cipta

Memandangkan Ahn Eak-tai meninggal dunia pada tahun 1965, hak cipta gubahan lagu ini tidak akan luput hingga seawal tahun 2036. Atas sebab ini ada beberapa kejadian di mana ada terungkit masalah daripada isu ini - dua persatuan bola sepak profesional Korea Selatan pernah dikecam kelompok pemegang hak cipta kerana memainkan lagu ini pada Disember 2003. Namun, pada 16 Mac 2005, janda Ahn, Lolita Ahn, dan waris keluarganya menyerahkan semua hak cipta Aegukga milik mereka kepada pemerintah Korea Selatan. Sejak saat itu, Aegukga menjadi lagu berdomain publik.

Kritikan

Lirik lagu kebangsaan Korea Selatan telah dikritik oleh beberapa orang kerana terlalu berfokus kepada nasionalisme etnik daripada republikanisme awam, sehingga memupuk keterkaitan lebih kepada nasionalisme etnik terhadap "ras Korea" berbanding patriotisme terhadap negara Korea Selatan itu sendiri. Telah diperdebatkan bahawa kesan sampingan dari ini adalah meningkatnya simpati di antara Korea Selatan untuk rejim Korea Utara dengan kedok pan-nasionalisme etnis, yang mungkin dapat membahayakan keselamatan Korea Selatan dalam menghadapi ancaman tentera Korea Utara.

Rujukan

Pautan luar

Audio

Video

Tags:

Aegukga Sejarah penukilanAegukga LirikAegukga KontroversiAegukga RujukanAegukga Pautan luarAegukgaBahasa KoreaHanjaKorea SelatanLagu kebangsaanWikipedia:IPA untuk bahasa Korea

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

NeelofaPontianak Harum Sundal MalamSharifah AmaniMalaysiaHamidin Mohd AminArab SaudiSophia LianaLebuhraya Utara–Selatan Jajaran UtaraZakar manusiaOrang Asli di MalaysiaBank Negara MalaysiaHello, Mr. Perfect!Sistem SuriaSenarai raja-raja MelayuSemenanjung MalaysiaKKN di Desa Penari (filem)Bunga rayaM. NasirNabi Adam a.s.Harvey NormanMinal 'Aidin wal-FaizinAnna JoblingPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaTakwim HijrahBukit TaburShah IskandarNegeri SembilanKongkekPilihan raya umum India 2024Proton WiraKementerian Pendidikan MalaysiaSenarai model kereta ProtonAerofonKhunsa (siri TV)Ernie ZakriPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaSalahuddin al-AyyubiMay (kugiran)Vanny RossyaneSlot MegaDramaArena LieyaPlayboy Itu Suami AkuPerang BadarIsrak dan MikrajFahmi FadzilMarwilis YusofKlangNabila RazaliSultan PahangMedia sosialMajapahitBatu PahatNadia BrianNabi Ibrahim a.s.Sabrina AliSubang JayaRawang, SelangorRukun solatUniversiti Putra MalaysiaSalomaChinaFrancissca PeterSolat Sunat Tahiyyatul MasjidSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahRedza RosliPuteri BalqisKelantan Darul Naim F.C.Mas Ermieyati SamsudinSenarai perbandingan pangkat tenteraSkizofreniaNoor AzizahOmbak Rindu (filem)Bani IsraelSijil Tinggi Agama MalaysiaBatu Bersurat TerengganuKesan perubahan iklim🡆 More