Abjad Vietnam

Abjad Vietnam (Vietnam: Chữ Quốc Ngữcode: vi is deprecated , tulisan bahasa kebangsaan) merupakan cabang abjad Rumi yang dikhususkan untuk Bahasa Vietnam.

Abjad ini dikembangkan berdasarkan pengejaan bahasa-bahasa Romawi terutamanya bahasa Portugis oleh Francisco de Pina, seorang mubaligh Jesuit dan Alexandre de Rhodes dalam kamus Dictionarium Annamiticum Lusitanum et Latinum tahun 1651. Ia pada mulanya dikembangkan dalam kalangan masyarakat penganut Gereja Katolik Rom selama 200 tahun, ia diteruskan lanjut pihak penjajah Perancis malah digalakkan dari Maharaja-Maharaja dinaungi yang memerintah Vietnam pada ketika itu; Maharaja Khải Định sendiri mengisytiharkan pemansuhan sistem Chữ Nôm beralih kepada perumian baru ini pada tahun 1918.

Huruf-huruf

Abjad ini mempunyai 29 huruf seperti berikut, dalam urutan betul:

    A Ă Â B C D Đ E Ê G H I K L M N O Ô Ơ P Q R S T U Ư V X Y
    a ă â b c d đ e ê g h i k l m n o ô ơ p q r s t u ư v x y

Bahasa Vietnam juga menggunakan sepuluh dwihuruf dan satu trihuruf seperti berikut.

    CH GH GI KH NG NGH NH PH QU TH TR

Dwihuruf-dwihuruf dan trihuruf ini pernah dianggap sebagai huruf tunggal dan seseorang boleh menjumpainya dalam kamus-kamus lama. Kini dwihuruf dan trihuruf ini bukan lagi dijadikan huruf tunggal untuk tujuan urutan; jadi, contohnya, "CH" diurut antara "CA" dan "CO" dalam kamus-kamus terkini.

Huruf-huruf "F", "J", "W" dan "Z" bukan sebahagian abjad Vietman, namun digunakan dalam kata pinjaman. "W" kadang-kala digunakan menggantikan tempat "Ư" dalam singkatan. Dalam penulisan tidak formal, "W", "F", dan "J" kadang-kala dijadikan trengkas masing-masing untuk "QU", "PH", dan "GI".

Nama-nama huruf dan sebutannya

Abjad Vietnam
Huruf Nama IPA
A a a
Ă ă á a
 â ə, ɜ
B b bê, bờ ɓ, ʔb
C c xê, cờ k
D d dê, dờ z, sebutan loghat selatan: j
Đ đ đê, đờ ɗ, ʔd
E e e ɛ
Ê ê ê e
(F) (f) ép
G g giê, gờ ɣ
ʒ(sebelum i, ê, dan e)
H h hắt, hờ h
I i i ngắn i
(J) (j) ri
K k ca, kờ k
L l e-lờ, lờ l
M m em-mờ, mờ m
N n en-nờ, nờ n
O o o ɔ
Ô ô ô o
Ơ ơ ơ əː, ɜː
P p pê, pờ p
Q q cu, quy, quờ k
R r e-rờ, rờ z, sebutan loghat selatan: ʐ, ɹ
S s ét-sì, sờ s, sebutan loghat selatan: ʂ
T t tê, tờ t
U u u u
Ư ư ư ɯ
V v vê, vờ v, sebutan loghat selatan: j
(W) (w) vê kép, vê-đúp
X x ích-xì, xờ s
Y y i dài, i-cờ-rét i
(Z) (z) giét

Tanda nada

Bahasa Vietnam adalah bahasa bernada, iaitu erti setiap perkataan bergantung kepada "nadanya" (pokoknya suatu corak nada suara dan pengglotisan tertentu) apabila disebut. Terdapat enam nada yang berbeza; yang pertama ("nada rata") tidak bertanda, sementara lima yang lain ditandai oleh tanda baca diakritik pada bahagian bunyi vokal suku kata.

    Nada Diakritik Bunyi vokal berdiakritik Huraian
    Ngang (Rata) Tiada A/a Ă/ă Â/â E/e Ê/ê I/i O/o Ô/ô Ơ/ơ U/u Ư/ư Y/y suara rata di paras tengah suara
    Huyền (Turun) Graf À/à Ằ/ằ Ầ/ầ È/è Ề/ề Ì/ì Ò/ò Ồ/ồ Ờ/ờ Ù/ù Ừ/ừ Ỳ/ỳ mula di paras agak rendah dan turunkan sedikit nada
    Sắc (Naik) Tirus Á/á Ắ/ắ Ấ/ấ É/é Ế/ế Í/í Ó/ó Ố/ố Ớ/ớ Ú/ú Ứ/ứ Ý/ý mula di paras agak tinggi dan naikkan nada dengan mendadak
    Hỏi (Turun-naik) Cangkuk Ả/ả Ẳ/ẳ Ẩ/ẩ Ẻ/ẻ Ể/ể Ỉ/ỉ Ỏ/ỏ Ổ/ổ Ở/ở Ủ/ủ Ử/ử Ỷ/ỷ mula di paras agak rendah, turunkan nada, dan naikkan nada
    Ngã (Naik berhamzah) Tilde Ã/ã Ẵ/ẵ Ẫ/ẫ Ẽ/ẽ Ễ/ễ Ĩ/ĩ Õ/õ Ỗ/ỗ Ỡ/ỡ Ũ/ũ Ữ/ữ Ỹ/ỹ mula di paras tinggi, kemudian turunkan dan naikkan kembali nada
    Nặng (Turun berhamzah) Titik di bawah Ạ/ạ Ặ/ặ Ậ/ậ Ẹ/ẹ Ệ/ệ Ị/ị Ọ/ọ Ộ/ộ Ợ/ợ Ụ/ụ Ự/ự Ỵ/ỵ mula di paras rendah dan terus turunkan nadanya

Lihat juga

  • Chữ Nôm, sistem lama berasaskan aksara Cina untuk menulis bahasa Vietnam sebelum ini.

Rujukan

    Sumber utama
  • Li, Yu (2020). The Chinese Writing System in Asia: An Interdisciplinary Perspective. Routledge. ISBN 978-1-00-069906-7.

Tags:

Abjad Vietnam Huruf-hurufAbjad Vietnam Tanda nadaAbjad Vietnam Lihat jugaAbjad Vietnam RujukanAbjad VietnamAbjad RumiBahasa Vietnam

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

BruneiSejarah MelakaNabila HudaAwieSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Pembimbing Rakan SebayaSingapuraSyiahTentera Laut Diraja MalaysiaProton WajaAfdlin ShaukiKadazan-DusunIkmal AmryNasi kandarAmir AhnafKongkekJohorPegawai WaranUpin & IpinBella AstillahAliff Syukri KamarzamanElla (penyanyi)Fattah AminAnwar IbrahimVirusSenarai peribahasa (A–M)Fasha SandhaMajlis Raja-RajaJamal AbdillahBahagian di SarawakMuhyiddin YassinSarimah IbrahimKementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan MalaysiaRuhainiesFarah AhmadIsrak dan MikrajSijil Pelajaran MalaysiaSekularismeMaya KarinSyafiq KyleFuckSharifah HusnaGabenor Bank Negara MalaysiaNabi Muhammad SAWSenarai pesawat Tentera Udara DiRaja MalaysiaMustika RatuHarimauPeristiwa Bukit KepongRejimen Askar Melayu DiRajaFilemografi P. RamleeKedahSurah al-BaqarahPolitik balas budiAffendy StephensSultanah Nur Diana Petra AbdullahLaman UtamaKKN di Desa Penari (filem)Kata ganti diriBatik Air MalaysiaTunku Ismail ibni Sultan IbrahimRinggitKuantanKetua Polis Negara MalaysiaDaun salamShuk SaharKugiran MasdoMohd Aleef YusofSherry AlhadadGanjaSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaRazarudin HusainSistem pernafasanLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaBarisan NasionalOrang LampungPenanda wacanaPeraturan bola jaringLobak merah🡆 More