Abdul Razak Abdul Rahman

Yang Berhormat Datuk Abdul Razak Abdul Rahman ataupun lebih dikenali dengan nama Tok Ajak adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka UMNO Barisan Nasional kawasan Telok Mas, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Melaka, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka, Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Ketua Penerangan UMNO Negeri Melaka.

Beliau juga adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka (2008-2018), Bendahari Pemuda UMNO Malaysia (2013-2018) dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (2008-2013).

Yang Berhormat Datuk Wira

Abdul Razak Abdul Rahman

DCSM DPSM (Melaka); ADUN
عبد الرزاق بن عبد الرحمن
Abdul Razak Abdul Rahman Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka
Memegang jawatan
24 Jun 2018
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Timbalan PresidenMohamad Hassan
Setiausaha AgungAhmad Maslan
Pengerusi NegeriAb Rauf Yusoh
Setiausaha NegeriSulaiman Md Ali
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk Telok Mas
Memegang jawatan
27 Disember 2021
Didahului olehNoor Effandi Ahmad
Majoriti2,070 (PRU-15)
Abdul Razak Abdul Rahman Ketua Penerangan UMNO Negeri Melaka
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Timbalan PresidenMohamad Hassan
Setiausaha AgungAhmad Maslan
Pengerusi NegeriAb Rauf Yusoh
Setiausaha NegeriSulaiman Md Ali
Abdul Razak Abdul Rahman Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka
PresidenNajib Razak
Timbalan PresidenAhmad Zahid Hamidi
Setiausaha AgungTengku Adnan
Ketua Pemuda PusatKhairy Jamaluddin
Pengerusi NegeriIdris Haron
Butiran peribadi
Lahir (1973-06-14) 14 Jun 1973 (umur 50)
Melaka, Malaysia
KerakyatanAbdul Razak Abdul Rahman Malaysia
Parti politikAbdul Razak Abdul Rahman Barisan Nasional
Abdul Razak Abdul Rahman UMNO
KediamanAbdul Razak Abdul Rahman Melaka, Abdul Razak Abdul Rahman Malaysia
PekerjaanAhli Politik

Latar Belakang

Abdul Razak Abdul Rahman pernah bertanding di DUN Telok Mas pada Pilihan Raya Umum ke-14 tetapi kalah dengan majoriti 1,288 kepada Fendi Ahmad daripada Parti Keadilan Rakyat dan Kerajaan Negeri Melaka jatuh ke Pakatan Harapan.

Pada Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 November 2021, Abdul Razak Abdul Rahman sekali lagi terpilih sebagai calon Barisan Nasional di DUN Telok Mas dan berjaya mengalahkan calon daripada Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional dengan majoriti 2,076 undi.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali. Kemudian portfolio beliau ditukar kepada Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Melaka selepas terbentuk Kerajaan Perpaduan pasca Pilihan Raya Umum ke-15.

Politik

Abdul Razak Abdul Rahman mula aktif dalam politik dengan menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu sebelum menjadi Ketua Pemuda UMNO Cawangan seterusnya menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka dan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka.

Beliau kemudian memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka sejak 2008 sehingga 2018. Dalam pada masa yang sama beliau menjadi Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sehingga 2013. Pada 2013, beliau dilantik sebagai Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sehingga tahun 2018 di bawah Ketua Pemuda UMNO Malaysia ketika itu, Khairy Jamaluddin.

Selepas PRU-14, beliau bertanding dan memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka (2018-Kini). Beliau juga dilantik selaku Ketua Penerangan UMNO Negeri Melaka.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato' Seri Dr Shahidan Kassim dari 2014 sehingga 2018.

Pada Pemilihan UMNO bagi penggal 2023-2026, Abdul Razak Abdul Rahman telah menawarkan diri untuk bertanding Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang diadakan pada Mac 2023.

Pautan Luar

Tags:

Barisan NasionalMajlis Mesyuarat Kerajaan Negeri MelakaPertubuhan Kebangsaan Melayu BersatuTelok Mas (kawasan negeri)

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Man BaiAween IsmailNur FazuraMuaz ZabirIsteri-isteri Nabi MuhammadBoBoiBoyKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaParlimen MalaysiaAndai Itu TakdirnyaMarsyal TUDMMuhyiddin YassinAisha RetnoGerak KhasAbdul Rahman HashimPolis EVO 3Perang AhzabNegeri SembilanRemy IshakTunku Abdul RahmanEtikaKedahKata adjektifKata kerja tak transitifKKN di Desa Penari (filem)HarimauDaiyan TrishaDidi AstillahAmy SearchKerajaan KutaiOktovia ManroseTanda-tanda KiamatHentaiHulu SelangorMenara Berkembar PetronasMira FilzahRadio Televisyen MalaysiaDewi RemajaGol & Gincu (filem)Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKMBank Negara MalaysiaLaura AnnaSharifah AiniMadinah al-MunawwarahPrivate BodyguardErma FatimaFarali KhanShah RezzaAliff AzizUpin & IpinSyed Mokhtar Al-BukharyFikry IbrahimHantu Kak LimahBukan Kahwin PaksaPertubuhan Keselamatan SosialRasuahSharifah HusnaMuhammad bin Idris al-SyafiiMohammed Hanif OmarKiesha AlvaroRuhainiesMohd Noor Helmy Abdul HalemPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaBajauPuasa (Islam)MeerqeenBumiputeraTunku Abu BakarKementerian Komunikasi MalaysiaPenggunaAyob Khan Mydin PitchayHady MirzaKota KinabaluSlot LestaryNadhir NasarAlif SatarGambir SarawakHolokus🡆 More