Ahmad Maslan

Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (lahir 30 April 1966) merupakan seorang ahli politik dari UMNO - Barisan Nasional.

Beliau merupakan Timbalan Menteri Kewangan Kerajaan Malaysia. Pada peringkat pusat parti, beliau ialah setiausaha agung UMNO dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dipilih),peringkat akar umbi pula; timbalan ketua bahagian UMNO Pontian.


Ahmad Maslan

SMW (WP); DMSM, PJK (Melaka)
Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Kerja Raya
Memegang jawatan
12 Disember 2023
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriAlexander Nanta Linggi
Didahului olehAbdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri Kewangan I
Dalam jawatan
10 Disember 2022 – 12 Disember 2023
Berkhidmat dengan
Steven Sim
Timbalan II
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriAnwar Ibrahim
Didahului olehMohd Shahar Abdullah
Digantikan olehLim Hui Ying
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P164 Pontian, Johor
Memegang jawatan
2008
Didahului olehAhmad Maslan Ahmad Maslan Hasni Mohammad
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor
Memegang jawatan
Mac 2023
Didahului olehNur Jazlan Mohamed
Ketua UMNO Bahagian Pontian
Memegang jawatan
Mac 2023
Didahului olehHasni Mohammad
Setiausaha Agung UMNO
Dalam jawatan
12 Mac 2020 – 21 Mac 2023
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Didahului olehAnnuar Musa
Digantikan olehAsyraf Wajdi Dusuki
Setiausaha Agung Barisan Nasional
Dalam jawatan
5 Januari 2021 – 7 Jun 2021
Didahului olehAnnuar Musa
Digantikan olehZambry Abdul Kadir
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I
Dalam jawatan
29 Julai 2015 – 9 Mei 2018
Berkhidmat dengan
Lee Chee Leong
Chua Tee Yong
Timbalan II
MenteriMustapa Mohamed
Didahului olehHamim Samuri
Lee Chee Leong
Digantikan olehOng Kian Ming
Timbalan Menteri Kewangan Malaysia
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 28 Julai 2015
Berkhidmat dengan Chua Tee Yong
Menteri
Didahului olehAwang Adek Hussin
Digantikan olehJohari Abdul Ghani
Butiran peribadi
LahirAhmad bin Maslan
(1966-04-30) 30 April 1966 (umur 57)
Pontian, Johor, Persekutuan Malaysia
Parti politikAhmad Maslan Barisan Nasional
Ahmad Maslan UMNO
PasanganDatin Seri Noraini binti Sulaiman
Anak-anak3
PekerjaanAhli politik
Laman web rasmiLaman blog

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Parit Haji Yusof, Lubuk Sipat, Benut, Pontian, Johor. Beliau bersekolah Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia, Lubok Sipat, Benut, Pontian, Johor dan menjadi Tokoh Murid sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang. Di peringkat sekolah menengah, beliau merupakan Pelajar Terbaik SRP dan Pembahas Terbaik Piala Perdana Menteri. Seterusnya belajar di Rosehill College, Auckland, New Zealand dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi & Sains Politik) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Victoria, New Zealand (1986 - 1988). Ketika mengambil Sarjana Pentadbiran Perniagaan, (MBA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Ahmad Maslan  Malaysia (2001-2003) beliau menerima Anugerah Emas Siswa Terbaik. Beliau menamatkan pembelajarannya di sana dengan CGPA 3.85.

Pendidikan

  1. (1973 hingga 1978) Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia. Lubuk Sipat, Benut, Pontian.
  2. (1979 hingga 1983) Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang (Asrama Penuh).
  3. (1984 hingga 1985) Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi & Sains Politik) di Rosehill College, Auckland New Zealand.
  4. (1986 hingga 1988) Ijazah Sarjana (Pentadbiran Perniagaan) di Universiti Victoria, New Zealand.
  5. (2001 hingga 2003) Ijazah Sarjana (Pentadbiran Perniagaan) di Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.

Kerjaya

  1. 1989 hingga 1990: Pengurus Operasi Persatuan Pertubuhan Islam New Zealand, Wellington, New Zealand.
  2. 1991 hingga 1994: Penolong Pengarah Biro Tata Negara, Jabatan Perdana Menteri.
  3. 1994 hingga 1995: Setiausaha Sulit Kanan kepada Y. B. Dato' Mustapa bin Mohamed (Timbalan Menteri Kewangan).
  4. 1995 hingga 2000: Setiausaha Politik kepada YB. Dato' Mustapa bin Mohamed (Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi).
  5. 2000 hingga 2005: Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Restu (Shah Alam, Melaka & P.Pinang).
  6. 2005 hingga 2008: Pengarah SERANTA (FELDA) Jabatan Perdana Menteri.
  7. 8 Mac 2008 hingga kini: Ahli Parlimen Pontian.
  8. 9 April 2009 hingga 14 Mei 2013: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
  9. 15 Mac 2013 hingga 2015: Timbalan Menteri Kewangan II Kerajaan Malaysia.
  10. 2015 hingga 9 April 2018: Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa I Kerajaan Malaysia.

Politik

Ahmad Maslan dipilih sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia , Setiausaha Politik kepada Datuk Mustapa Mohamed . Beliau kini adalah Timbalan ketua UMNO Bahagian Pontian.

Ahmad Maslan dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO yang pernah disandang oleh Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, Datuk Mustapa Mohamed, Tan Sri Mohd Yusof Noor dan Tan Sri Husein Ahmad. Antara tugasannya ialah menarik golongan muda menyertai UMNO. Daripada 11.7 juta pengundi, hampir separuh adalah golongan muda di bawah 40 tahun. Daripada 11.7 pengundi di Malaysia, terdapat 4.38 juta yang sudah mencecah usia 21 tahun masih belum mendaftar sebagai pengundi dan daripada jumlah itu 2.85 juta atau 60% adalah Bumiputera. Beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Pada pemilihan agung UMNO 2016, beliau telah ditukarkan portfolionya daripada Ketua Penerangan UMNO kepada Ketua Biro IT UMNO. Jawatan lama beliau disandang oleh Tan Sri Annuar Musa yang merupakan bekas Pengerusi MARA pada 29 Januari 2016.

Keputusan pilihan raya umum Malaysia

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Ahmad Bin Maslan bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pontian , negeri Johor. Ahmad Bin Maslan telah menang dengan mendapat undi sebanyak 23121.

Calon lawan ialah Mohd Annuar Bin Mohd Salleh dari PKR mendapat 8,677 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 75.8 %. Undi rosak sebanyak 1008.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, Ahmad Bin Maslan bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pontian , negeri Johor. Ahmad Bin Maslan telah menang dengan mendapat undi sebanyak 27,804.

Calon lawan ialah Haniff @ Ghazali bin Hosman dari PKR mendapat 14,077 undi - Kalah . Dan mencatatkan majoriti sebanyak 13,727 undi. Undi PKR meningkat sebanyak 5,400 undi kerana pengundi muda mula memberi peluang dan ruang kepada PKR dan tidak yakin dengan kredibiliti YB Ahmad bin Maslan dari Barisan Nasional. Ahmad bin Maslan lebih popular di kawasan Benut dan tidak popular di kawasan Pontian Kechil.

Rakyat marhaen di kawasan ini lebih senang untuk berjumpa dan membuat aduan dengan Adun Pekan Nenas YB Yeo Tung Siong dari DAP. Ahmad bin Maslan lebih cenderung berada di tapak pasar malam dan pasar tani di kawasan Pontian untuk lebih mendekati rakyat marhaen.

Parlimen Malaysia: P164 Pontian, Johor
Tahun Penyandang Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan Jumlah pengundi Majoriti Peratusan unjuran
2008 Ahmad Maslan (UMNO) 23,121 70.48% Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR) 8,677 26.45% 32,806 14,444 75.83%
2013 Ahmad Maslan (UMNO) 27,804 64.92% Haniff @ Ghazali Hosman (PKR) 14,077 32.87% 42,831 13,727 86.30%
2018 Ahmad Maslan (UMNO) 21,132 46.21% Karmaine Sardini (PPBM) 20,299 44.39% 46,683 833 84.00%
Baharom Mohamad (PAS) 4,295 9.40%

Kontroversi

Setiausaha Agung Barisan Nasional

Selepas Annuar Musa dipecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional kerana sering mempertikaikan Pengerusi Barisan Nasional, pelantikan Ahmad sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional oleh Ahmad Zahid Hamidi pula tidak mendapat persetujuan Dewan Tertinggi Barisan Nasional. Zambry Abdul Kadir kemudiannya dipilih menggantikan tempat beliau.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat II

Ahmad telah dicalonkan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat II oleh Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob bagi mewakili Barisan Nasional. Namun pencalonan itu tidak mendapat sokongan dari Perikatan Nasional terutamanya BERSATU, walaupun PAS menyokong kerana Ahmad masih ada kes yang dibicarakan di mahkamah. BERSATU telah menetapkan untuk berkecuali untuk mengundi jika Ahmad masih dicalonkan. Nga Kor Ming pula dicalonkan oleh Pakatan Harapan.

Anugerah

Lihat juga

Rujukan

Tags:

Ahmad Maslan Kehidupan awalAhmad Maslan PendidikanAhmad Maslan KerjayaAhmad Maslan PolitikAhmad Maslan Keputusan pilihan raya umum MalaysiaAhmad Maslan KontroversiAhmad Maslan AnugerahAhmad Maslan Lihat jugaAhmad Maslan RujukanAhmad MaslanBarisan NasionalGelaranHajiUMNOYang Berhormat

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Tengku Permaisuri NorashikinHulu LangatSalahuddin al-AyyubiMuhammad al-FatihLemangPolitik balas budiKobe Jae ChongSistem SuriaBatu PahatHero RemajaHukum madAisyah Abu BakarTentera Udara Diraja MalaysiaKimpalanSolatPasukan bola sepak kebangsaan Emiriah Arab BersatuBunga rayaSekolah Menengah Kebangsaan Batu KikirBajauSerembanTeknologi hijauFuckAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaPASKAL (filem)Perang Dunia PertamaJenis air untuk bersuci dalam IslamIpohDewan Bahasa dan PustakaCerita Rakyat MalaysiaGerak KhasJenis darahPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 Emiriah Arab BersatuHun HaqeemPulau PinangPenebangan hutanArcaDaiyan TrishaHafizh Syahrin AbdullahSheriffPiala Asia B-23 AFC 2024Tanam paksaPontianak Harum Sundal MalamSlot AkasiaJam 24 jamRaja berperlembagaanMisteri DilailaKerana Dia SukaUlar rusuk kerbauRejimen Askar Melayu DiRajaSuntikanTadau KaamatanAngeline TanKrisis airTahun Baru CinaMalang Si PuteriPerakCinema (Slot TV3)DubaiMohd Noor Helmy Abdul HalemIkan bayanSenarai model kereta ProtonKhaliq Mehtab Mohd IshaqBumiputera di SabahQistina KhaledAziz SattarJamrahUjian dadahMenteri Kesihatan MalaysiaKedahAniq SuhairSarimah IbrahimAirKugiran MasdoElektroterapiZahirah MacWilsonTeluk Panglima Garang🡆 More