Radang Meninges

Meningitis (Jawi: ‏مينيڠيتيس‎code: ms is deprecated ‎) atau radang selaput otak (Jawi: ‏رادڠ سلاڤوت اوتق‎code: ms is deprecated ‎) ialah keradangan pada membran sekeliling otak dan saraf tunjang.

Ia terjadi akibat dari jangkitan virus atau bakteria yang berlaku pada selaput tisu membran yang menyelaputi otak dan cecair serebrospina.

Meningitis
Pengelasan dan sumber luaran
Radang Meninges
Meninges pada sistem saraf pusat: dura mater, arachnoid, dan pia mater.
ICD-10G00G03
ICD-9320322
P. Data Penyakit22543
MedlinePlus000680
eMedicinemed/2613 emerg/309 emerg/390
MeSHD008581
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Jenis

Meningitis terdiri daripada beberapa buah jenis. Meningitis meningokokus ialah radang pada selaput sekeliling otak dan saraf tunjang dan boleh membawa kepada meningokokal septisemia (keracunan darah oleh bakteria meningokokus). Penyakit meningokokal disebabkan oleh bakteria meningococcus Neisseria meningitides, dan penyakit ini berjangkit secara langsung menerusi titisan rembesan respiratori dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti.

Penyakit ini kebanyakkannya berlaku di kalangan kanak-kanak berumur bawah lima tahun. Ia juga kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Mereka yang mempunyai tahap keimunan yang rendah dan rapat dengan pesakit, pelancong yang melawat ke kawasan endemik di dunia juga mempunyai risiko yang tinggi.

Tanda dan gejala

Antara 5 ke 10% pesakit adalah pembawa pembawa sihat yang tidak mempunyai gejala. Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut:

  • sakit kepala yang teruk
  • demam
  • loya
  • muntah
  • sakit tengkuk
  • tidak boleh melihat (silau) cahaya
  • ruam
  • tanda-tanda lain seperti rasa mengantuk dan kebingungan

Prognosis

Kadar kematian pesakit meningitis ialah 5–15% kes dengan terapi sempurna dan 50% tanpa rawatan. 20% kalangan pesakit meningitis yang selamat mengalami masalah saraf termasuk pekak dan lumpuh.

Diagnosis

Seseorang dengan gejala-gejala meningitis akan dilakukan ujian darah untuk mengenal pasti tanda-tanda keradangan. Pengambilan cecair serebrospinal melalui tebukan lumbar ialah ujian paling utama dalam pengenalpastian meningitis. Namun begitu, imbasan CT atau MRI perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum tebukan lumbar apabila pesakit mempunyai bendasing seperti tumor atau memiliki tekanan intrakranium yang tinggi.

Rawatan

Antibiotik kemoprofilaksis (pencegahan penyakit menggunakan antibiotik) adalah disyorkan kepada kontak rapat sahaja. Pemvaksinan hanya akan dilakukan sekiranya jangkitan tidak berkesan.

Pencegahan

Vaksin meningokokal

Vaksin ini (dipanggil Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135) —yang boleh didapati di hospital kerajaan, klinik bergerak, poliklinik dan klinik swasta— disyorkan pengunaannya kepada pelancong atau pelawat yang ke kawasan endemikbseperti Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah termasuk Arab Saudi bagi mereka yang mengerjakan haji atau umrah. Vaksin ini biasanya diambil dua minggu sebelum tarikh melancong atau melawat dan ia boleh bertahan selama kira-kira 3 hingga 5 tahun. Imunisasi secara rutin kepada kanak-kanak adalah tidak digalakkan.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Radang Meninges JenisRadang Meninges Tanda dan gejalaRadang Meninges DiagnosisRadang Meninges RawatanRadang Meninges PencegahanRadang Meninges RujukanRadang Meninges Pautan luarRadang MeningesBakteriaKeradanganOtakTulisan JawiVirus

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Hannah DelishaBahasa MaduraRukun ImanKanun KeseksaanPencemaran udaraAbdullah bin Ahmad BadawiRukun solatJenis darahSejarah MelakaMerdeka 118Fahmi FadzilSultan Mizan Zainal AbidinNasrizal NgasriGerak KhasMia Sara ShaukiPeribahasa MelayuRita NadiraSunan GresikZahirah MacWilsonRedza RosliBatik Air MalaysiaLovely RunnerJean Retno AryaniTeknologiPahangStadium Bola Sepak Kuala LumpurRacun RihannaPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalKomanderKucingPulau PinangMikroplastikKomunikasiPemboleh ubahSijil Tinggi Agama MalaysiaNazim OthmanPasukan Gerakan AmAsmidarNabi Ibrahim a.s.Shah AlamBatu PahatSaleemNur FazuraMohd Ghazali Che MatTunku Abdul RahmanNaim DanielDemokrasiTentang Hati DiaTakdir Itu Milik AkuSenarai raja-raja MelayuDaun salamSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahInstitut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan KebangsaanHantu dalam masyarakat MelayuSyamsul YusofKolej Islam Sultan Alam ShahKelurBugisNajua NasirMelioidosisNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuSultanah Nur Diana Petra AbdullahSenarai Kementerian di MalaysiaFrekuensi radio di MelakaSenarai poskod di MalaysiaVirusSyiahPertubuhan Keselamatan SosialPendidikan di MalaysiaJawatankuasa Hubungan Antara KaumAndai Itu TakdirnyaKerajaan Bani UmaiyahKugiran MasdoSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaImbuhan kata nama (bahasa Melayu)Nabi Sulaiman a.s.Zambry Abdul KadirSejarah Singapura🡆 More