Ilmu Ekonomi: Sains sosial yang menganalisis pengeluaran, pengedaran dan penggunaan barang dan perkhidmatan

Ekonomi (Economy) (daripada bahasa Greek οίκος , 'rumah', and νέμω , 'peraturan,' iaitu pengurusan rumah tangga) merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia.

Ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan melalui pembolehubah yang dapat diukur, meliputi analisa pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan barang dan perkhidmatan.

Ekonomi disebut sebagai positif jika ilmu ini berusaha untuk menjelaskan akibat dari berbagai pilihan yang ada untuk sekumpulan tanggapan-tanggapan tertentu, dan disebut sebagai normatif jika ia mensyaratkan tindakan yang harus diambil.

Subjek dalam ekonomi dapat dibahagi kepada dua cabang besar:

  • ekonomi mikro: yang berhadapan dengan keputusan ekonomi di tingkat individu.
  • ekonomi makro: melihat ekonomi secara keseluruhan (termasuk inflasi, pengangguran, pengeluaran industri, dan peranan pemerintah).

Aspek yang menerima perhatian khusus dalam ekonomi adalah penyediaan bahan, pengeluaran, pengedaran, perdagangan dan persaingan.

Sains ekonomi

Sains ekonomi adalah pengetahuan ilmiah yang mempelajari tentang hubungan moral dengan manusia. Hubungan ini wujud dalam berbagai-bagai bentuk, antaranya berupa aktiviti hubungan pengeluaran, penggunaan dan pengedaran pendapatan. Pertanyaan klasik sampai saat ini belum dijawab oleh umat manusia adalah pertanyaan tentang dari mana datangnya keperluan manusia sehingga muncul apa yang disebut pertukaran dalam bentuk perdagangan?

Memang ekonomi merupakan salah satu misteri terbesar di dunia ini, kerana banyaknya kejadian-kejadian ekonomi yang luput dari kawalan para saintis. Satu hukum ekonomi yang ditemukan belum tentu boleh menjawab permasalahan yang muncul di masa akan datang. Jawapan yang selalu diusahakan oleh para saintis untuk mencuba menjawab pertanyaan tersebut adalah dengan menilik kepada konsepsi hakikat manusia.

Siapakah manusia itu? Hal ini merupakan pertanyaan asas sekaligus fundamental dalam mempelajari gejala-gejala ekonomi. Semua teori ekonomi membutuhkan gagasan dasar tentang manusia. Memang belum ada saintis yang mampu mengetahui dirinya sendiri secara sempurna sehingga dapat dijadikan patokan dalam merumuskan hakikat manusia.

Sebagai contoh Adam Smith sebagai pelopor bangkitnya ilmu ekonomi punya tanggapan tentang hakikat manusia yang berbeda dengan Aristotele dalam membangun teori ekonominya. Sains ekonomi juga sering disebut ilmu tentang moral karana ia muncul dari keperhatinan moral para ahli falsafah seperti Adam Smith, Karl Marx, F.A. Hayek, J.M. Keynes.

Lihat juga

Tags:

BarangPerkhidmatanSains sosial

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Yusof HaslamKadazan-DusunPutrajayaSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiMenteri Pendidikan MalaysiaBuayaSyafiq YusofUniversiti MalayaJohor Darul Ta'zim F.C.Darjah kebesaran MelayuBelimbing buluhPemasyhuran Kemerdekaan Tanah MelayuKucingErysha EmyraFadhlina SidekPersekutuan Tanah MelayuSenarai stesen radio di MalaysiaAmir AhnafMenara Berkembar PetronasWak DoyokRazif SidekAbdul Razak HusseinZodiakOrang Melayu IndonesiaProton ExoraSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahPeristiwa 13 MeiSM Faliq SM NasimuddinKata adjektifPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Jabatan Kastam Diraja MalaysiaAzizulhasni AwangGayatri Su-Lin PillaiPerpustakaan Nasional Republik IndonesiaPerikatan NasionalCinta Untuk Sekali LagiUniversiti Teknologi MalaysiaJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaOrang BanjarFrekuensi radio di KedahLee Zii JiaNegara PalestinSenarai saluran AstroMelodi (rancangan TV)Takwim HijrahSlot SamarindaKata kerjaHantu Kak LimahKementerian Pendidikan MalaysiaBaba dan NyonyaTunku Ismail ibni Sultan IbrahimTengku Zafrul Abdul AzizCiri-ciri orang munafikKesultanan DemakSlot MegaDramaPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuKulim (bandar)Batu PahatHasmiza binti OthmanPakatan HarapanKedatangan dan Penyebaran Islam di NusantaraZul HuzaimyVanny VabiolaMahalini RaharjaPolitik balas budiPulau PangkorAliff AzizNabila Huda2024 dalam bola sepak MalaysiaMia KhalifaBaju MelayuAniq SuhairSenarai raja-raja MelayuIman TroyeMajapahitFoo Kok Keong🡆 More