Rabai

Rabai (kadangkala dieja Rabbi; Ibrani Ashkenaz: רְבִּי rǝbbī dan רַבִּי rabbī; Ibrani Sefardi: רִבִּי ribbī; Jawi: ‏راباي، ربي‎code: ms is deprecated ‎) ialah guru agama atau ulama dalam agama Yahudi.

Perkataan "rabai" (guruku) berasal daripada kata akar Ibrani Klasik "Rav", yang bererti "hebat" atau "dihormati". Semua permasalahan agama Yahudi biasanya dirujuk kepada rabai dan mereka mempunyai peranan sebagai penasihat dan ketua agama dalam setiap masyarakat Yahudi.

Seseorang menjadi rabai dengan ditahbiskan oleh rabai lain—proses yang dipanggil semikhah—setelah mempelajari sejarah dan teks-teks Yahudi seperti Talmud. Jawatan rabai berasal dari era Farisi (167 SM – 73 TM) dan Talmud (70 – 640 TM) ketika ulama-ulama berkumpul menghimpunkan hukum-hakam agama Yahudi. Istilah "rabai" digunakan buat kali pertama pada abad pertama Masihi. Lama-kelamaan, peranan rabai dipengaruhi oleh paderi-paderi Kristian Protestan dan rabai mula memberi khutbah, kaunseling, dan menjadi mewakili komuniti. Pada abad ke-19 di Jerman dan Amerika Syarikat, aktiviti-aktiviti ini menjadi lebih penting.

Bergantung pada mazhab, terdapat kriteria yang berbeza untuk menjadi seorang rabai. Sesetengah komuniti Yahudi Ortodoks tidak percaya bahawa wanita boleh menjadi rabai, manakala komuniti lain seperti Konservatif, Pembaharuan dan Rekonstruksionis membenarkan wanita menjadi rabai untuk hal-hal yang berkait dengan hukum-hakam dan akhlak.

Rabai
Rabai Moshe Feinstein, tokoh berkuasa Rabai terkemuka agama Yahudi Ortodoks akhir abad kedua puluh.

Etimologi

Perkataan "rabai" diserap melalui bahasa Inggeris "rabbi", yang itu pula datang daripada perkataan Ibrani Misynah רְבִּי rǝbbī, bermaksud "Tuan [Nama]"; kata nama standardnya dalam Ibrani ialah רב rav "tuan". רב rav juga digunakan sebagai gelaran untuk seorang rabai, begitu juga rabbeinu ("tuan kami") dan ha-rav ("sang tuan"). Ia lebih kurang setara dengan perkataan "ustaz" atau "syeikh" yang digunakan oleh masyarakat Muslim dalam bahasa Melayu.

Kata akar Ibrani tersebut pula berasal daripada kata akar Semitik ר-ב-ב (R-B-B), yang dalam bahasa Aram Alkitab bermaksud "hebat", malah "dihormati", tetapi biasanya digunakan sebagai imbuhan awalan dalam sesetengah binaan. Walaupun rabim "many" (seperti dalam 1 Raja-raja 18:25, הָרַבִּים) "majoriti, kelompok kebanyakan" digunakan untuk bercakap tentang komuniti dalam Naskhah Laut Mati, tiada bukti yang menyokong ia ada kaitan dengan jawatan "rabai". Akarnya serumpun dengan perkataan bahasa Arab ربّ rabb, yang bermaksud "tuan" (biasanya digunakan tentang Tuhan tetapi juga untuk raja-raja atau bangsawan), dan kepada perkataan bahasa Suryani ܪܒܝ rabi.

Sesetengah komuniti, lebih-lebih lagi Yahudi Sefardi dan Yaman, dahulu menyebutnya רִבִּי rībbī; sebutan ini telah bersaing dengan this רְבִּי rǝbbī dan רַבִּי rabbī dalam dialek Ashkenaz sehingga zaman moden.

Catatan

Rujukan



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Tags:

Agama YahudiBahasa Ibrani AlkitabiahBahasa Ibrani AshkenazBahasa Ibrani SefardiGuruTulisan JawiYahudi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Talbis IblisSyarikat swastaTeknologiKementerian Kesihatan MalaysiaGeografi IndonesiaLaskar MudaMenteri Pertahanan MalaysiaPerlisRejimen Askar Melayu DiRajaKL GangsterBajauQistina KhaledKata sendi (bahasa Melayu)Lelaki ItuLaluan Kelana JayaBella AstillahBaju MelayuMetamfetaminaIman TroyeMetodologiShah RezzaNabi Muhammad SAWPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuPemancutan maniJudiPegawai memerintahAbang Long FadilMahkamah MalaysiaNasi lemakFadhlina SidekRevolusi PerindustrianCibaiPendidikan di MalaysiaProton WiraDadahAmir AhnafJohor Darul Ta'zim F.C.Duerra MitildaTunku Abdul RahmanInna lillahi wa inna ilaihi raji'unFil MarsyalIsmail Mohamed SaidRisteena MunimGolongan kata (bahasa Melayu)Mokhtar DahariKL Special ForceGunung KinabaluMimi LanaKuchingMuhammad bin Idris al-SyafiiUniversiti Teknologi MalaysiaSenarai raja-raja MelayuDewan Negeri SelangorHari BumiGununganProton ExoraSenarai pesawat Tentera Udara DiRaja MalaysiaBahasa MaduraProton Saga (generasi kedua)Kerajaan Persekutuan MalaysiaKhunsa (siri TV)Kata adjektifSenarai haiwanBella DallySabrina AliNadia BrianJosiah HoganKhairy JamaluddinSyerifMaria OzawaDaiyan TrishaMia Sara ShaukiNajib RazakAdi PutraKartina AyoobSunan Gunung JatiFunanPasukan Udara Tentera Darat Malaysia🡆 More