Wan Rashidah Meor Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Wann (lahir di Kuala Kangsar, Perak, 17 April 1970; umur 54 tahun) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.
Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian sekitar lewat 80 an. Album pertamanya iaitu Lamunan Hati telah diterbitkan pada tahun 1988.
Wann | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Wan Rashidah binti Meor Abdul Rashid |
Juga dikenali sebagai | Wann |
Kelahiran | Kuala Kangsar, Perak, Malaysia | 17 April 1970
Genre | Pop rock, jazz, pop, balada |
Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon |
Tahun aktif | 1988–kini |
Syarikat rakaman |
|
Beliau dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak dan merupakan anak sulung dalam keluarga seramai tujuh orang. Ketika berusia 18 tahun, Wann memulakan kerjayanya sebagai penyanyi dan mula menanggung keluarganya hasil dari kerjaya tersebut.
Pada tahun 1993, beliau telah berkahwin dengan Mohamed Thazah Hamzah. Setahun selepas melangsungkan perkahwinan, Wann telah berhijrah bersama suaminya ke Singapura. Hasil dari perkahwinan tersebut, beliau telah dikurniakan dua orang anak iaitu Mohd Israfael dan Natasha. Setelah berkahwin, Wann mula memperlahankan kariernya bagi memberikan fokus kepada keluarga.
Wann memulakan kerjayanya di dalam bidang seni pada tahun 1988 apabila menjadi artis di bawah naungan syarikat rakaman 'Suara Cipta Sempurna' (SCS). Album debut pertamanya iaitu 'Lamunan Hati' telah dilancarkan pada tahun tersebut. Sejak album pertamanya terjual di pasaran, beliau semakin dikenali ramai dan mendapat banyak undangan untuk mengadakan persembahan pentas. Ibu beliau iaitu Puan Junaidah telah menjadi pengurusnya semasa di awal kerjayanya.
Pada tahun 1989, album keduanya berjudul 'Terlerai Kasih' mula diterbitkan. Semasa albumnya berada di pasaran, sebanyak 30,000 unit terpaksa dihentikan jualan akibat daripada konflik yang berlaku di antara penerbit album iaitu A. Ali bersama dengan syarikat rakaman NSR. Ketika konflik tersebut berlaku, lagu-lagu di dalam album tersebut tidak dibenarkan untuk dimainkan di corong-corong radio. Tindakan saman oleh pihak NSR terhadap A. Ali yang mungkin mengambil masa yang lama untuk diselesaikan menyebabkan syarikat SCS Records membuat keputusan untuk merakamkan semula album tersebut. Pihak SCS Records telah bekerjasama dengan John Goh bagi menerbitkan album gantian tersebut.
Pada tahun 1990, Wann mula merakam album terbaru yang berjudul 'Koleksi Nostalgia Wann'. Album tersebut dimuatkan dengan lagu-lagu Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma yang telah dirakam semula oleh Wann dengan diberikan nafas baru oleh komposer.
Pada tahun 1992, album kedua Koleksi Nostalgia Wann mula dilancarkan. Antara lagu popular yang dimuatkan di dalam album tersebut ialah Bossanova. Lagu yang pernah didendangkan oleh Puan Sri Saloma telah diberi nafas baru oleh Wann.
Wann kembali dengan album khas iaitu 'Kilauan' (Nostalgia Sharifah Aini) pada tahun 1997. Album tersebut dimuatkan dengan lagu-lagu Sharifah Aini yang telah dirakam semula oleh Wann. Di dalam album tersebut juga dimuatkan dengan sebuah lagu baru yang berjudul Kilauan khas buat idolanya, Datuk Sharifah Aini.
Bersempena dengan ulang tahun yang ke 25 penglibatan beliau di dalam industri, Wann telah membuat kemunculan khas bersama peminat-peminatnya iaitu sebuah persembahan pentas "Live Bersama Wann dan Peminat" di The Pearl Hotel Kuala Lumpur pada 7 September 2019.
Pada 25 September 2019, nama Wann telah disenaraikan di antara peserta yang bakal bertanding di dalam program realiti Gegar Vaganza (musim 6). Wann akhirnya telah bersetuju untuk menyertainya selepas beberapa kali menolak tawaran yang diberikan oleh Astro.
Sebelum ini, Wann pernah dilamar oleh pihak Astro bagi menyertai program realiti Gegar Vaganza. Namun, Wann terpaksa menolak lamaran tersebut sebanyak 3 kali kerana masih belum bersedia. Beliau secara peribadi berminat untuk menyertai program berkenaan tetapi perlu mengambil kira pelbagai faktor sebelum bersetuju menerima tawaran tersebut. Beliau sangat berbesar hati kepada pihak Astro yang sanggup datang sehingga ke Singapura semata-mata untuk menjemputnya menjadi sebahagian daripada program pertandingan nyanyian GV.
Pada 25 September 2019, nama Wann telah diumumkan sebagai salah seorang peserta sebuah program realiti Gegar Vaganza (musim 6). Konsert pertama telah bermula pada 13 Oktober 2019.
Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2019 | |||||
---|---|---|---|---|---|
Minggu | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Markah | Kedudukan |
Minggu 1 | Lagu Ke Artis? | "Bossanova" | Dirinya sendiri / Saloma | 74.33% | 2 |
Minggu ke-2 | CarMa (Cari Makan) | "Lamunan Hati" | Dirinya sendiri | 68.00% | 6 |
Minggu ke-3 | Yang Aneh Aneh | "Asmaradana" | Tiara Jacquelina | 74.00% | 3 |
Minggu ke-4 | Haa... Tepuk | "Engkau Laksana Bulan" (duet bersama Aris Ariwatan) | P. Ramlee | 57.00% | 8 |
Minggu ke-5 | CurHat (Curahan Hati) | "Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu" | Uji Rashid | 71.00% | 5 |
Minggu ke-6 | Melets (Meletop) | "Pengemis Cinta" | Ella | 59.00% | 7 |
Minggu ke-7 | Caras (Cara Sendiri) | "Terlalu Memuja" | Wany Hasrita | 61.00% | 8 |
Minggu ke-8 | Reset | "Wajah Rahsia Hati" | Fauziah Ahmad Daud | 63.00% | 5 |
Minggu ke-9 (Suku akhir) | Suara Komposer | "Hitam Putih Kehidupan" | Sheila Majid | 56.00% | 8 |
Minggu ke-10 (Separuh khir) | Fabulous | "Ku Gembira Disampingmu" | Khadijah Ibrahim | 57.00% | 7 |
"Dua Insan" (duet bersama Zarul Umbrella) | M. Nasir & Yunizar Hussein |
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
1989 | Pelumba Malam | Penampilan Khas "Jawapan Yang Kelabu" nyanyian oleh Wann telah digunakan sebagai lagu tema filem tersebut. | |
1991 | Jaket Biru | Merupakan filem terakhir lakonan Wann. |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Wann, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.